Oleh pada 12 Mar 2018 kategori

Pernahkah anda tertanya mengapa komposisi gas di dalam udara dipenuhi dengan nitrogen dan bukannya oksigen kerana oksigen dilihat lebih penting dalam memastikan kesinambungan hidupan di bumi? Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.

Sekiranya hal ini terjadi, jumlah oksigen di dalam atmosfera akan menjadi 4 kali ganda lebih banyak berbanding sekarang. Kesannya adalah sangat buruk. Dari segi isipadu, udara kering terdiri daripada 78.09% nitrogen, 20.95% oksigen, 0.93% argon, 0.039% karbon dioksida dan sejumlah kecil gas-gas lain. 

Udara juga mengandungi wap air pada kadar yang berbeza mengikut lokasi. Secara purata, kandungan wap air di dalam udara pada paras air laut adalah 1%, manakala lebih daripada 0.4% di seluruh atmosfera. 

Gas-Gas Yang Terdapat Di Dalam Atmosfera

komposisi gas di dalam udara

Nitrogen adalah gas yang tidak reaktif dan stabil. Jadi, dengan nisbah yang tinggi di dalam udara, nitrogen menjadikan atmosfera ini stabil. Atmosfera yang stabil menghalang berlakunya perubahan yang pantas dalam sebatian (compounds) apabila ia berinteraksi secara kimia dengan udara. 

Oksigen adalah salah satu asas kehidupan. Oksigen diperlukan oleh seluruh kehidupan bagi proses pernafasan, dan pokok serta tumbuhan memerlukan oksigen bagi menjalani proses fotosintesis. Dengan adanya oksigen, proses pembakaran boleh berlaku. Tanpa oksigen, adalah mustahil untuk kita memasak, apatah lagi untuk hidup. 

Namun, sekiranya nisbah oksigen di dalam udara menaik secara mendadak, dunia ini akan menjadi kelam kabut.

Kesan Medikal Disebabkan Nisbah Oksigen Yang Tinggi Di Dalam Atmosfera

kesan keracunan oksigen kepada kesihatan

kelihatan lebih tua daripada usia

Bernafas dalam persekitaran yang penuh dengan oksigen boleh menyebabkan keracunan oksigen, atau turut dikenali sebagai sindrom ketoksidan oksigen dan mabuk oksigen. 

Kesannya, akan berlaku hyperoxia, keadaan di mana terdapat oksigen berlebihan di dalam tisu badan. Membran sel akan rosak, struktur penting di dalam paru-paru iaitu alveoli akan tidak berfungsi, berlakunya detasmen retina, sawan dan paru-paru dipenuhi cecair badan. 

Disebabkan oksigen memenuhi ruang atmosfera, persekitaran kita akan menjadi sangat-sangat reaktif. Bahan-bahan biodegradable akan mula teroksida dengan pantas, makanan akan cepat basi, malah proses penuaan akan menjadi laju, yakni kita akan nampak lebih tua daripada umur sebenar kita. Wanita pasti benci akan hal ini. 

Jangka hayat manusia akan menurun dengan mendadak. Kedutan pada wajah akan mula kelihatan sebelum usia 10 tahun, yang mana mustahil untuk kita capai usia tersebut akibat keracunan oksigen. 

Atmosfera Menjadi Mudah Terbakar

atmotsfera bumi mudah terbakar

Atmosfera akan menjadi sangat mudah terbakar. Api juga akan merebak dengan sangat pantas. Sedikit nyalaan api boleh menyebabkan bala bencana kepada umat manusia kerana api mudah untuk merebak. 

Tumbuhan Akan Mati & Ekosistem Akan Binasa

pokok tumbuhan mati dan ekosistem hancur

Tumbuhan-tumbuhan juga akan terkesan sekiranya udara dipenuhi oksigen. Tanda kehadiran karbon dioksida, tumbuhan tidak dapat melalui proses fotosintesis. Akibatnya, seluruh ekosistem akan hancur. Kebanyakan hutan-hutan akan mati dan terbakar, menyebabkan langit menjadi hitam dengan asap dan bumi akan menjadi sejuk. 

Kru-kru Di Angkasa Lepas Tidak Boleh Pulang Ke Bumi

kru di angkasa lepas tidak boleh pulang ke bumi 29

Kru-kru di angkasa lepas seperti di International Space Station (ISS) sudah pasti tidak boleh pulang ke bumi dengan ekosistem yang tidak stabil dan cuaca yang sejuk. Namun, sebab utama mustahil bagi mereka untuk pulang ke bumi adalah shuttle (kenderaan) yang digunakan direka untuk tahan suhu-suhu tertentu. Geseran dengan atmosfera yang dipenuhi oksigen akan menyebabkan shuttle mereka terbakar dengan mudah. Jadi, jalan terbaik adalah mereka terus tinggal di angkasa. 

Aurora Borealis & Australis Hanya Mempunyai Satu Warna

satu warna aurora borealis australis

Warna-warna yang berbeza Aurora Borealis dan Australis adalah disebabkan gas-gas yang berbeza di dalam atmosfera. Sekiranya hanya oksigen memenuhi ruang udara, maka warna yang kelihatan ketika berlakunya aurora hanyalah hijau sahaja. Kejadian ini juga akan kerap kali berlaku berbanding keadaan sebelumnya. 

Lapisan Ozon Juga Akan Tiada

ketiadaan lapisan ozon bumi

Lapisan ozon melindungi kehidupan di bumi daripada sinaran UV. Tanpa lapisan ini, tumbuh-tumbuhan akan mati dengan cepat, manusia dan haiwan pula akan mendapat barah kulit serta kerosakan yang serius pada mata. 

Kesimpulan

kesimpulan sekiranya atmosfera dipenuhi 100 oksigen

Kesemua kesan dan akibat yang disebutkan di atas hanyalah berdasarkan jangkaan manusia, realitinya mungkin sama mungkin berbeza. Namun, haruslah diingatkan, Tuhan mencipta bumi, alam semesta dan segalanya pada kadar tertentu dengan rekaan tertentu pasti bersebab. 

Manusia mempunyai sepasang mata, telinga dan satu hidung pun ada sebabnya, apatah lagi lain-lain ciptaan-Nya. Jadi kita sebagai manusia harus bersyukur seadanya. Hargai apa yang kita ada dan jaga dengan elok. 

Sumber:

  1. quora.com

tags : , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)