Oleh pada 23 Mar 2017 kategori

Artikel ini ditulis oleh saudara Ky Tee, CEO dan juga penasihat kewangan, pelaburan dan hartanah di syarikatnya KY Consultacy, di laman facebooknya dan pihak iluminasi telah mendapat kebenaran untuk ulang siar penulisannya di laman blog ini. Semoga bermaanfaat kepada semua.

hotel near suria klcc teaser

Kadar sewa KLCC.....

Saya baru sahaja habis makan tengahari dengan seorang pelanggan yang berniaga kedai butik di Suria KLCC. Beliau mula berniaga di KLCC pada tahun 1998. Pada ketika itu, kadar sewa di baru RM12,000 sahaja sebulan dengan kedai keluasan 700 kaki persegi bersamaan dengan RM17 bagi setiap kaki persegi.

6172236721 6a851e8cdd b

Pada tahun 2015, kadar sewa naik kepada RM100 per square feet, sama dengan RM 70,000 sewa sebulan keluasan 700 square feet. Setiap hari perlu buka dan tutup perniagaan tepat masa. Jika terlambat akan dikenakan denda sebanyak RM300. Selain itu, setiap bulan pengusaha kedai perlu menghantar laporan perniagaan kepada pihak pengurusan, untuk diteliti oleh merek. Jika penjualan di kedai anda tidak bagus, pengurusan berhak untuk tidak lagi meneruskan sewa kepada anda selepas tamat tempoh perjanjian sewa kedai, dan akan di suruh keluar, walaupun anda mampu membayar sewa setiap bulan.

signatures suria klcc foodcourt kuala lumpur

Itu bagi butik. Bagi gerai- gerai di foodcourt di tingkat 2 pula, contohnya kedai yang menjual nasi ayam, kadar sewa setiap bulan adalah sebanyak RM40,000. Untuk hanya membayar sewa kedai sahaja, kedai tersebut perlu menjual nasi ayam yang berharga RM8 sebanyak 166 pinggan setiap hari. Itu belum termasuk kos bahan mentah, bil api dan air serta gaji pekerja.

Rakan saya juga memberitahu salah satu restoran di Suria KLCC boleh mencapai kadar jualan sebanyak RM2 juta sebulan, dan kadar sewa kedai sebulan adalah sebanyak RM200,000. Dan jika anda ingin menyewa kedai di Suria KLCC, anda perlu membayar pendahuluan sewa sebanyak 4 bulan + 2 bulan. 

Contoh kiraan : Dengan kadar keluasan 700 kaki persegi, kadar sewa adalah RM 70,000 sebulan, jadi RM 70,000 x 6 bulan =RM 420,000

Anda perlu membayar lump sum sebanyak RM420,000 kepada pihak pengurusan, sebelum memulakan perniagaan. Belum termasuk modal yang lain lagi. Dan anda pula perlu sentiasa hit target sales setiap bulan, jika tidak mahu "ditendang keluar" daripada kedai anda. Walaupun kadar sewa disini mahal, tapi anda perlu tahu, Suria KLCC adalah antara shopping mall yang paling ramai dikunjungi warga metropolitan Kuala Lumpur, dan juga dari Selangor dan negeri-negeri jiran, serta pelancong-pelancong asing.

1200 petronas twin towers

Dengan kredibiliti Menara KLCC yang terkenal di seluruh dunia kerana pernah menjadi menara tertinggi di dunia, serta masih memegang takhta menara berkembar tertinggi di dunia, dan juga sebagai mercu tanda Malaysia, maka tak hairanlah kalau sewa di sini boleh mencecah hingga ratusan ribu ringgit. Kerana kuasa pembeli disini sangat tinggi, dan jika anda bertanyakan kepada saya, ke mana saya patut bawa pelancong dari luar di sekitar Kuala Lumpur, saya akan membawa mereka ke KLCC. 

Terletak betul-betul di tengah kota metropolitan, Suria KLCC memang menjadi tumpuan semua orang. Seperti yang diceritakan oleh saudara Ky Tee, penjualan bulanan sebuah kedai boleh mencapai RM2 juta sebulan dengan kadar sewa RM200,000 sebulan, memang tak perlu dipertikaikan lagi bahawa memang boleh mendapat keuntungan yang sangat tinggi. Tetapi ingat, anda juga perlukan modal yang tinggi dan perlu mengekalkan rentak jualan yang bagus setiap bulan.

unnamed

Menurut sumber, kadar sewa bagi tahun 2017 telah meningkat. Kalau diperhatikan, memang nampak peningkatan kadar sewa yang sangat tinggi.


tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)