Oleh pada 26 Sep 2017 kategori

Sumber foto: Instagram.com/armadaammar

Setelah 5 bulan digantung kerja akibat isu kontroversi menghina bapa bekas pelari pecut tempatan, Watson Nyambek, Ammar kini sudah kembali menjalankan tugas sebagai penyampai radio Hot FM.

Menurut pihak Hot FM, Ammar telah mula masuk ke konti sejak Isnin yang lalu menerusi segmen 'Jam Hot' bersama dengan dua lagi penyampai iaitu Deen dan Issey.

Pemilik nama sebenar Azizul Ammar Abu Hassan (30 tahun) itu turut memuat naik foto bersama dua gandingannya itu menerusi Instagram pada hari Selasa.

Ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah dari peminat Ammar yang bersyukur kerana dia diberi peluang untuk mengendalikan semula segmen yang keudara bermula jam 4 petang itu.

Namun, Ammar tidak dapat mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan perkara tersebut. 

Sebelum ini, Ammar sibuk menguruskan pembukaan sebuah kafe yang bertemakan kucing sepanjang tempoh khidmatnya digantung.

Pada 23 April lalu, Primeworks Studios Sdn Bhd nekad mengambil tindakan menggantung tugas Ammar dan 6 orang kru penerbitan berikutan isu kontroversi sebuah rancangan kendalian mereka berjudul 'Sukan Tak Sentral'.

Menurutnya, insiden itu benar-benar menjadikannya seorang yang lebih matang dan berfikiran positif.

Sumber berita: mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)