Oleh pada 28 Jul 2017 kategori

Sumber foto: Youtube mr ZORO aniki

Penyanyi Aiman Tino mengesahkan bahawa ibunya, Hazelina Mat Jalil yang berusia 41 tahun kini sedang mengandung tiga bulan anaknya yang ke-11 setelah menjalani pemeriksaan di sebuah hospital baru-baru ini.

Rasa seronok betul bila ibu bagi tahu saya akan dapat adik lagi walaupun saya orang terakhir dimaklumkan.


Lepas ni, kami akan ada 11 beradik dan pastinya suasana akan bertambah meriah .

Pemilik nama sebenar Mohammad Aiman Yusri yang berusia 19 tahun itu juga sempat meluahkan hasratnya untuk mempelajari selok-belok menjaga bayi seperti cara memberi makan dan minum apabila adik barunya itu dilahirkan nanti.

Untuk info, Aiman juga mempunyai adik-beradik lain iaitu Nur Fara Ain (23 tahun), Mohd. Aidil (22 tahun), Nurfarazira (21 tahun), Nur Isfasha (15 tahun), Mohd. Haikal (11 tahun), Nur Alya Mahsuri (8 tahun), Nur Qaseh Mahsuri (6 tahun), Mohd. Ikhwan (3 tahun) dan Nur Nina Izara (2 tahun).

aiman tino teruja bakal dapat adik beradik ke 11 1

Foto ihsan Aiman Tino

Sumber berita & foto: mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)