afieq shazwan luah rasa cemburu dengan haqiem rusli

Sumber foto: tv14.my

Lahir menerusi pentas yang sama, Afieq Shazwan meluahkan rasa cemburu terhadap Haqiem Rusli yang juga merupakan kawan baiknya semasa mereka sama-sama menjadi peserta 'Idola Kecil' musim pertama dahulu.

Pemilik nama sebenar Shafieq Shazwan Zamrus yang kini berusia 20 tahun itu menjelaskan yang sifat cemburunya itu lebih ke arah positif untuk menjadikan Haqiem sebagai sumber inspirasi untuk berjaya dalam bidang nyanyian.

Memang tidak dinafikan saya ada simpan perasaan cemburu bila melihat Haqiem lebih berjaya sekarang ini. Tapi tidaklah sehingga saya dengki dengan dia atau cemburu yang negatif.

Lebih kepada saya mahu menjadi seperti dia. Walaupun kami sama-sama lahir daripada program yang sama tapi mungkin rezeki nyanyian Haqiem lebih ke depan berbanding saya.

Tapi saya tak kisah sangat sebab dah nama pun rezeki masing-masing. Buat masa ini pun, saya fokus pada bidang lakonan terlebih dahulu .

Walaupun sudah 9 tahun menceburi bidang nyanyian, Afieq tidak bersikap terasa hati sekiranya ada yang masih belum mengetahui kewujudannya dalam industri seni.

Mungkin masih ada yang tak kenal saya tapi bila lihat gambar masa saya kecil, mereka baru teringat siapa saya. Tapi tak mengapa sebab perjalanan karier saya masih panjang.

Lagipun saya pun sibuk dengan pelajaran dan dalam waktu yang sama masih menerima tawaran berlakon. Insya-Allah saya yakin setiap orang ada rezeki masing-masing .

Antara perkembangan terbaru Afieq ialah drama 'Miss Kapten Cikgu Waiz' yang sedang menghiasi slot Lestary TV3 pada setiap hari Rabu hingga Jumaat pada jam 9.00 malam. Selain itu, Afieq juga masih bergelar pelajar jurusan Diploma Perniaagaan dan Pengurusan di Management and Science University (MSU), Shah Alam .

Sumber berita: mStar Online


tags : , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)