daihatsu perodua boon

gambar sekadar hiasan. kredit : paultan

Antara faktor-faktor utama yang dipertimbangkan dan dititikberatkan dalam membuat keputusan untuk membeli kereta adalah tujuan penggunaan, harga semasa dan juga penggunaan minyak oleh kereta tersebut. Namun, terdapat satu lagi perkara yang perlu difikirkan sebelum keputusan itu dibuat, iaitu nilai dan harga kereta tersebut selepas beberapa tahun.

Ini amat penting kerana ia membolehkan anda mengagak nilai sesebuah kereta itu pada masa hadapan. Jika anda membeli kereta yang mempunyai nilai susutan yang tinggi, anda akan mengalami kerugian dalam beberapa tahun apabila kereta anda itu hendak dijual.

axia

iluminasi.com ingin berkongsi antara 5 model kereta di Malaysia yang mempunyai nilai susutan terendah.

Nota : Anggaran ini dibuat berdasarkan purata harga (bawah RM100,000), kereta yang banyak digunakan di Malaysia dan bergantung kepada keadaan sesebuah kereta. Ia tidaklah 100% tepat namun dapat memberikan gambaran kereta yang mana mempunyai nilai tertinggi selepas beberapa tahun.

5. Proton Persona

persona

Anggaran nilai selepas 5 tahun : 45%-47%

Proton Persona berada di tangga ke-5 senarai ini. Ia merupakan antara salah satu model keluaran Malaysia yang sangat banyak di atas jalan raya. Proton Persona menjadi tarikan ramai kerana bentuk badannya yang padat dan ruangan dalam yang agak luas. Model ini boleh didapati dengan harga RM45,000 pada tahun 2012 dan harga Proton Persona terpakai kini boleh didapati dengan harga RM21,000.

4. Honda City

city 2012

Anggaran nilai selepas 5 tahun : 55% - 58%

Model yang mempunyai rekabentuk yang sangat sporty dan futuristik daripada Honda, ia menjadi pilihan golongan muda masa kini. Honda City terkenal sebagai kereta jimat minyak dan berbaloi untuk dimiliki. Pada tahun 2013, Honda City boleh dimiliki dengan harga anggaran RM85,000 dan kini, kereta yang sama boleh dibeli dengan harga anggaran RM47,600.

3. Nissan Grand Livina

grand livina 105

Anggaran nilai selepas 5 tahun : 60%

Ketika dilancarkan pada tahun 2007 di Malaysia, kereta MPV ini mendapat perhatian ramai kerana dikatakan sesuai dijadikan kereta keluarga dengan harga yang berpatutan. Mempunyai 5 tempat duduk dewasa dan 2 untuk kanak-kanak, ruang di dalam MPV ini agak luas dan boleh diubah suai supaya mendapat lebih ruang. Pengunaan minyak jugak tidak terlalu kuat bagi kereta bersaiz besar. Grand Livina boleh dimiliki dengan harga RM90,000 pada 2014 dan anggaran penyusutan nilainya hanya 40% membuatkan ia kini berharga dalam lingkungan RM54,000.

2. Toyota Vios

vios 2012

Anggaran nilai selepas 5 tahun : 62% - 65%

Dikatakan sebagai musuh tradisi Honda City, model kereta ini juga antara yang terbanyak digunakan oleh rakyat Malaysia. Dengan rekabentuk unik serta ketahanan Toyota Vios membuatkan ia menjadi pilihan semua bangsa dan lapisan masyarakat di Malaysia. Dijual dengan harga tidak kurang seperti Honda City iaitu anggaran RM85,000 pada tahun 2013, kini ia boleh didapati dengan harga RM54,000.

1. Perodua Myvi

myvi 2013

Anggaran nilai selepas 5 tahun : 65%

Seperti yang dijangkakan untuk berada di tangga pertama carta ini, adalah kereta yang dianggarkan paling banyak di atas muka bumi Malaysia, iaitu Perodua Myvi. Ia dikatakan model keluaran Malaysia paling berjaya dan dianggarkan sebanyak 500,000 buah Perodua Myvi berada di atas jalan raya sejak ia diperkenalkan pada tahun 2005. Kenyataan ini boleh dibuktikan dengan melihat di persekitaran anda, pasti akan terlihat model ini.

Ia menjadi pilihan kerana reka bentuk yang comel dan futuristik, ruang dalaman yang agak luas, serta harga mampu milik yang menjadi pilihan mereka yang berpendapatan sederhana. Ia dijual dengan harga purata RM45,000 pada tahun 2013 dan kini dengan reka bentuknya yang tak luput dek zaman, harganya menurun menjadi RM29,000 bagi Myvi berenjin 1.3 liter, mengikut keadaan kereta.

Rujukan :

1. Carsome

2. Muv


tags : , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)