Jika anda pernah merenung ke dalam akuarium atau pernah tertelan air ketika berenang-renang di laut, pasti anda tertanya-tanya berapa banyak air tersebut yang mengandungi air kencing.

Sudah tentu ia merupakan soalan yang tidak menyenangkan tetapi dengan berbilion-bilion haiwan akuatik yang terdapat di dalam laut, sudah pasti kesemua bahan buangan tersebut berlegar-legar di dalam air.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dari segi soalan awal artikel ini, jawapannya adalah, ya, haiwan akuatik memang kencing di dalam laut. Dan sebenarnya, bahan buangan ini merupakan sebahagian penting kepada ekosistem marin global!

Semua makhluk kencing

haiwan laut juga kencing

Walaupun ini bukan subjek yang dilihatkan sebagai sesuatu yang sopan untuk dibincangkan, tak dapat dinafikan bahawa semuanya makhlum bernyawa kencing.

Keupayaan untuk membuang bahan buangan adalah penting untuk fungsi normal sesuatu organisma. Walau bagaimanapun, cara pengeluaran sisa ini mungkin berbeza-beza antara spesies dan apa yang berlaku di dalam air adalah lebih menarik.

Ini terutamanya kerana adalah sukar untuk mengetahui bila dan dari mana makhluk air itu kencing kerana dikelilingi oleh air!  

ikan jerung berak hijau

Walau bagaimanapun, para penyelidik telah melakukan kajian yang mendalam mengenai subjek ini kerana kita tahu air kencing kita sangat kaya dengan nutrien.

Jadi, sudah tentu air kencing makhluk laut juga mempunyai nutrien, mineral dan asid amino tertentu yang dilepaskan ke dalam air.

Sebenarnya, air kencing dari makhluk laut membentuk bahagian utama kitaran nutrien di lautan kita.

Sama ada kita bercakap mengenai beratus-ratus gelen sehari yang dikeluarkan dari ikan paus atau beberapa titis amonia yang dirembeskan dari insang ikan tropika yang kecil, proses pembuangan air adalah unsur utama ekosistem yang berkembang pesat.

Sebagai contoh, seekor paus biru yang merupakan haiwan paling besar di dunia mampu membesar sehingga seberat 200 tan. Dan setiap hari, haiwan ini akan mengeluarkan di antara 200 hingga 300 gelen air kencing.

paus biru berak

Sumber makanan bagi ikan ini iaitu krill, biasanya hidup lebih daripada 300 kaki ke bawah laut. Dan apabila paus biru ini makan, ia biasanya makan di kedalaman yang dalam.

Namun ketika ia mencerna makanan dan kencing, ia dilakukan berhampiran dengan kawasan permukaan, mengagihkan semula nutrien dari makanan ke kawasan yang lebih tinggi di lautan.

Selain itu, disebabkan oleh corak paus migrasi dalam tempoh yang panjang yang mana selalunya merentasi lautan, timbunan air kencing dikeluarkan oleh seperti baja.

Phytoplankton adalah asas mikroskopik untuk semua kehidupan di lautan dan nitrogen serta air kencing paus yang kaya dengan fosforus dari ikan paus dan haiwan marin bermigrasi besar yang lain adalah sumber makanan yang ideal untuk makhluk kecil ini.

Tanpa kita ketahui, berjuta-juta galon air kencing ikan paus yang dibuang ke lautan setiap hari membantu untuk menjaga seluruh kitaran kehidupan lautan lain.

Bagaimana pula dengan ikan-ikan kecil?

ikan kecil di lautan juga kencing

Jika kita fikir tentang haiwan yang bersaiz besar, sudah tentu air kencing haiwan ini sangat banyak. Namun bagaimana dengan ikan yang bersaiz kecil?

Bagaimana air kencing haiwan laut kecil yang sedikit boleh memberikan kesan kepada lautan yang sangat luas?

Sebenarnya, air kencing ikan-ikan kecil mungkin tidak sehebat air kencing ikan paus yang seperti baja, namun bagi kawasan "kejiranan" ikan kecil, bahan buangan yang dirembeskan boleh memberikan kesan.

Apabila berkaitan dengan terumbu karang dan ekosistem pantai yang lain, nutrien tidak selalu menjadi bekalan yang kaya. Tetapi ia tetap mempunyai populasi yang berkembang pesat dan pelbagai.

Apabila beratus-ratus spesies ikan kencing berhampiran dengan terumbu karang, nutrien dalam air kencing ini segera disedut oleh batu karang dan yang lainnya.

Nitrogen dan fosforus yang terkandung dalam air kencing ikan, serta pelbagai asid amino dan mineral lain boleh membantu terumbu karang tumbuh sihat dan berkembang.

Tak semua ikan diciptakan sama, jadi tak semua ikan mampu memberikan kesan yang sama.

air kencing ikan sangat penting untuk pertumbuhan batu karang

Ikan air masin cenderung untuk tidak buang air kecil kerana ia lebih mudah untuk mengekalkan kestabilan osmosis dengan persekitaran sendiri.

Kebanyakan ikan air masin mengeluarkan ammonia melalui insang disebabkan ini adalah salah satu daripada beberapa produk buangan yang kerap dihasilkan, berikutan garam berlebihan dalam badan.

Sebaliknya, ikan air tawar mungkin mengeluarkan ammonia melalui insang, tetapi ia juga mempunyai liang kencing di mana ia boleh menghilangkan air berlebihan.

Air ini mungkin mempunyai asid amino, urea dan asid organik lain, seperti kreatinin dan creatine.

Banyak kajian penyelidikan telah menunjukkan bahawa kawasan yang mempunyai populasi ikan yang tinggi mempunyai lebih banyak air kaya nutrien dan terumbu karang dan tumbuh-tumbuhan lautan tumbuh 1.5 hingga 4 kali lebih cepat daripada di kawasan-kawasan kekurangan ikan.

Manusia jadikan lautan sebagai tong sampah

manusia jadikan laut sebagai tong sampah

Walaupun hakikat haiwan marin menjadikan lautan sebagai tandas, namun kegiatan manusia yang juga menjadikan lautan sebagai tandas dan tong sampah adalah sangat membahayakan.

Produk sisa manusia mempunyai kepekatan produk sisa yang tinggi, yang sebenarnya boleh merosakkan ekosistem dan tidak bermanfaat.

Tambahan pula, kesan pencemaran, lambakan, perubahan iklim dan penangkapan ikan berlebihan bermakna bahawa populasi lautan berkurangan pada kadar yang membimbangkan.

Anggaran mengatakan bahawa kira-kira 50% daripada kehidupan marin telah dihapuskan dalam tempoh 40 tahun yang lalu, yang bermaksud bahawa 50% air kencing yang dipam ke dalam lautan juga hilang.

Rujukan:

1. Livescience

2. Oceana

3. Mom.me

4. Nature

5. Springer




Hakcipta iluminasi.com (2017)