Istilah "dry cleaning" atau cucian kering agak mengelirukan dan ramai yang tidak mengetahui apa maksud sebenarnya.

Dalam istilah yang paling mudah, cucian kering adalah proses membersihkan pakaian tanpa menggunakan air.

Namun, proses cucian ini masih melibatkan cecair iaitu selain daripada air.

Cucian kering merujuk kepada proses mencuci pakaian dan fabrik menggunakan pelarut kimia yang mengandungi sedikit atau tiada air.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ini kerana air boleh merosakkan sesetengah fabrik, seperti kapas, kulit dan sutera. Malah, mesin basuh juga boleh menyebabkan kerosakan pada butang, renda, labuci dan hiasan halus yang lain.

apa itu cucian kering atau dry cleaning

Jadi, proses cucian kering dihasilkan di mana ketika mencuci permukaan atau fabrik, pelarut yang digunakan tidak menembusi serat fabrik seperti air dalam mesin basuh.

Cucian kering biasanya melibatkan pakaian dan kain yang tidak tahan dengan ketegaran mesin basuh standard.

Proses ini mengekalkan kualiti fabrik dan membantu mencegah penyusutan serta regangan.

Ia juga boleh menjimatkan masa di mana anda tidak perlu mencuci pakaian menggunakan tangan.

Sejarah cucian kering

toga zaman rom

Cucian kering telah lama wujud iaitu sejak zaman Rom ketika mana amonia digunakan untuk membersihkan pakaian diperbuat daripada bulu kambing biri-biri dikenali sebagai toga.

Bahan kimi ini digunakan untuk mengelakkan penyusutan yang berlaku apabila bulu tersebut terkena air panas.

Seterusnya, teknik cucian kering berubah menggunakan pelarut berasaskan petroleum seperti petrol dan minyak tanah yang terbukti sangat mudah terbakar dan berbahaya untuk digunakan.

Menjelang tahun 1930-an, penggunaan pelarut berklorin seperti perchlorethylethyl atau tetrachlorethylene mula digunakan.

Kedua-dua ini mempunyai bau kimia yang agak kuat dan tersangat berkesan, serta masih digunakan oleh banyak syarikat pencuci komersial pada hari ini. 

Pada tahun 1990-an, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat mula mengaawal bahan kimia cucian kering dan mendorong pembersih komersial untuk menggunakan pelarut yang lebih selamat dan lebih mesra alam.

Kelebihan cucian kering

proses cucian kering

Banyak kelebihan cucian kering berbanding cucian biasa.

Perbezaan paling penting antara kedua-kedua kaedah cucian ini adalah proses pelbagai langkah yang disebut sebagai "pre-spotting".

Ia merupakan satu langkah cucian di mana ahli profesional mungkin menggunakan vakum, wap dan panas bagi mempersiapkan kawasan kotoran untuk dibersihkan.

Bukan semua kotoran adalah sama, jadi sangat penting untuk pakaian dirawat terlebih dahulu mengikut jenis kotoran dan kain bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan.

Sekiranya kotoran berat seperti lumpur atau minyak tidak dirawat dengan betul menggunakan penghilang kotoran sebelum melakukan kontak dengan air, maka ia mungkin akan secara tidak sengaja menjadikan kotoran tersebut terserap ke dalam pakaian membuatkannya lebih sukar untuk ditanggalkan.

mesin basuh cucian kering

Hasilnya,  cucian kering boleh menjadi pilihan rawatan alternatif bagi kotoran yang sukar dicuci menggunakan cucian tradisional.

Fabrik halus seperti sutera dan bulu kambing biri-biri adalah sangat sensitif dan perlu dicuci secara kering.

Serat rapuh ini boleh mengecut atau kehilangan bentuknya ketika bersentuhan dengan air. Sebaliknya, bahan tahan lama seperti kapas dan poliester boleh dibersihkan dengan kaedah pencucian tradisional tanpa berhadapan dengan risiko kerosakan. risiko perubahan.

Manakala bagi fabrik cashmere pula, ia boleh dicuci menggunakan cucian kering atau dibasuh dengan tangan secara basah menggunakan sabun cucian.




Hakcipta iluminasi.com (2017)