Umum mengetahui bahawa orang Cina sangat sinonim dengan kejaayaan mereka dalam perniagaan. Buktinya, ekonomi di Malaysia sebahagian besarnya dikuasai oleh bangsa Cina. 

Bukan itu sahaja, kita harus mengakui bahawa suku kaum ini sangat bekerja keras dalam pekerjaan dan perniagaan. Malah, anda pasti mempunyai pengalaman di mana salah seorang pelajar cemerlang di sekolah datang dari bangsa ini. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Benar kejayaan tidak ditentukan oleh bangsa seseorang, tetapi dirinya sendiri. Namun, orang Cina mempunyai beberapa prinsip yang membuatkan mereka lebih ke hadapan dari segi perniagaan, dan iluminasi.com ingin berkongsi 9 prinsip orang Cina yang membuatkan mereka berjaya.

1. "Jika ingin lebih berjaya dari orang lain, tak ada pilihan lain selain daripada bekerja keras dan rajin"

9 prinsip orang cina yang membuatkan mereka berjaya di mana sahaja

Ini antara salah satu prinsip yang sangat penting dalam menentukan kejayaan seseorang. Walaupun tak semua yang bekerja keras itu berjaya namun usaha adalah perkara terpenting dalam mengukir kejayaan.

Prinsip ini sangat sinonim dengan bangsa Cina.

2. “Makan bubur sebelum berjaya dan makan nasi setelah berjaya.”

9 prinsip orang cina yang membuatkan mereka berjaya di mana sahaja 2

Pepatah ini sangat serupa dengan pepatah Melayu iaitu "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian". 

Sebelum berjaya, adalah lebih baik untuk kita tahan segala keinginan, walaupun sukar.

Apabila sudah berjaya apa sahaja yang diimpikan boleh dipenuhi.

3. “Mereka yang tidak berjimat cermat pasti akan menderita di kemudian hari"

9 prinsip orang cina yang membuatkan mereka berjaya di mana sahaja 5

Selaras dengan pepatah sebelumnya, berdasarkan pepatah Confucius ini, kehidupan berhemat sangat ditekankan oleh kebanyakan bangsa Cina. Kebanyakan daripada mereka lebih suka berbelanja menggunakan wang tunai berbanding kad kredit atau ansurans.

Sekiranya wang tidak mencukupi, mereka lebih memilih untuk menangguhkannya. Selain itu, mereka juga mempunyai prinsip mengasingkan 70% daripada pendapatan bagi tujuan simpanan atau pelaburan, selebihnya digunakan untuk keperluan hidup.

4. “Peniaga tidak boleh terlalu tegar. Sebaliknya, adalah perlu untuk membenarkan proses tawar-menawar.”

9 prinsip orang cina yang membuatkan mereka berjaya di mana sahaja 6

Prinsip ini adalah yang membuatkan kebanyakan bangsa Cina berjaya dalam perniagaan. Mereka memperlakukan pelanggan sebagai "raja". Jika anda perasan, cara perniagaan orang Cina, mereka tidak mengabaikan pelanggan dan fokus untuk berinteraksi.

Ini membuatkan pelanggan berasa dihargai dan akan melakukan urusniaga berterusan, membuatkan banyak perniagaan lama orang Cina masih kekal sehingga kini.

5. “Orang yang tak mampu senyum dilarang membuka perniagaan"

9 prinsip orang cina yang membuatkan mereka berjaya di mana sahaja 3

Seperti di atas, orang Cina sangat baik dalam perniagaan. Kebanyakann peniaga Cina lebih mesra dan seperti bersahabat dengan pelanggan. Ingat, faktor kejayaan sesuatu perniagaan itu bukanlah semata-mata terletak kepada harga yang murah tetapi juga kepada perkhidmatan yang diberikan.

Sebagai contoh, restoran mewah. Menunya tidaklah begitu berbeza daripada gerai di kaki lima namun pelanggan yang mencari layanan yang berbeza lebih memilih restoran mewah.

6. “Menyimpang seinci, rugi seribu batu”

9 prinsip orang cina yang membuatkan mereka berjaya di mana sahaja 8

Bagi kebanyakan bangsa Cina, mereka sangat mengutamakan catatan kemasukan dan pengeluaran wang. Dengan ini, tiada kes seperti tersalah kira atau pengeluaran secara tidak sedar akan berlaku.

Prinsip ini sangat penting dalam perniagaan kerana setiap sen memberikan perbezaan dalam jangka masa yang panjang.

7. “Jangan bimbang jangkaan yang belum tiba, jangan terlalu menyesali apa yang telah berlaku".

9 prinsip orang cina yang membuatkan mereka berjaya di mana sahaja 7

Tidak bermaksud semua orang Cina berjaya, mereka pun sama seperti bangsa lain mengalami kegagalan. Namun, prinsip ini mengajar kita untuk tidak menyesal apa yang telah berlaku secara berlarutan. Jadikan pengajaran dan teruskan hidup.

Selain itu, jangan terlalu risau tentang perkara yang belum tiba. Daripada anda terlalu memikirkan, lebih baik anda fokus kepada waktu sekarang yang mampu membuahkan hasil.

8. “Kejayaan terbesar bukanlah kerana kita tak pernah gagal tetapi bagaimana kita bangkit setiap kali gagal".

9 prinsip orang cina yang membuatkan mereka berjaya di mana sahaja 4 424

Confucius memberitahu daripada terus menerus meratapi kegagalan, adalah lebih baik dan bijak jika kita berusaha untuk bangkit dari kegagalan tersebut dalam mencapai kejayaan.

9. “Fikirlah untuk 3 keturunan”

9 prinsip orang cina yang membuatkan mereka berjaya di mana sahaja 9

Pepatas ini mengajarkan anda untuk tidak hanya memikirkan diri sendiri. Di saat anda mengejar kejayaan, anda seharusnya memikirkan masa depan termasuk keturunan anda.

Dengan ini, anda tidak akan mudah puas dengan pencapaian yang anda kecapi, sebaliknya lebih berfikir pencapaian yang belum diperoleh untuk anak cucu ada.

Maka tidak hairanlah mengapa ramai orang Cina yang berjaya turun temurun dan mewariskan kekayaan serta syarikat kepada generasi seterusnya.

Rujukan:

1. Money Smart

2. Life




Hakcipta iluminasi.com (2017)