Pelancongan adalah salah satu industri yang memberikan pulangan tersangat lumayan tak kira di mana sahaja lokasi sesebuah negara.
Pelbagai usaha dilakukan oleh pemerintah tempatan untuk meningkatkan kadar pelancong yang melawat ke kawasan mereka.
Namun, kebanjiran pelancong tidak hanya semestinya memberikan kesan positif tetapi juga banyak kesan negatif.
BESARKAN TEKS A- A+
Dan oleh itu terdapat pihak berkuasa yang telah melaksanakan larangan yang pelik dalam menjaga ketenteraman bandar mereka.
1. Pelancong harian harus membayar cukai - Venice, Itali
Penduduk tempatan bandar purba ini bosan dengan pelancong yang menyesakkan.
Para pelancomg yang tersangat ramai telah menghalang jalan-jalan dan penduduk tempatan tidak dapat untuk ke tempat kerja atau pulang ke rumah selepas seharian bekerja.
Disebabkan ini, bandar ini mengenakan bayaran ke atas pelancong yang ingin melawati Venice. Para pelancong yang datang ke Venice untuk menaiki gondola perlu membayar RM12.
Sesiapa yang cuba mengelak daripada membayar akan dikenakan denda sehingga RM1,400. Namun, peraturan ini hanya dikenakan ke atas pelancong yang hanya datang selama satu hari bagi menjimatkan wang penginapan hotel.
Bagi pelancong yang menginap di hotel, cukai telah dikenakan ke atas mereka. Cukai ini boleh mencecah RM40 mengikut musim.
2. Undang-undang ketat pantai yang ketat - Boracay, Filipina
Pihak berkuasa Filipina terpaksa menutup pantai-pantai di Pulau Boracay selama 6 bulan untuk kerja-kerja pembersihan.
Hampir RM80 juta dibelanjakan untuk membersihkan sampah sarap di kawasan pasir dan air.
Dan kini Filipina bersedia membenarkan para pelancong untuk kembali ke pantai-pantai ini, tetapi dalam jumlah yang tidak begitu ramai dan jika mereka tak merosakkan alam sekitar.
Di kawasan pantai, aktiviti seperti merokok, minum minuman keras dan makan adalah dilarang sama sekali. Malah, lanskap semulajadi harus kekal seperti mana yang anda lihat, bererti kanak-kanak tidak dibenarkan membina istana pasir.
3. Larangan penggunaan plastik - Ko Samet, Thailand
Di Pulau Ko Samet di Thailand, penggunaan beg dan bekas plastik adalah tidak dibenarkan.
Jika anda berbuat demikian, denda akan dikenakan.
Peraturan ini dikuatkuasakan kerana Pulau Ko Samet dipenuhi sampah-sarap, dengan hampit 1,500 orang pelancong datang ke sini setiap hari.
4. Bali bakal haramkan pemakaian bikini - Indonesia
Penduduk di pulau ini mengadu tentang pelancong yang bersiar-siar dengan mengenakan pakaian renang atau bikin, dan mengambil gambar di hadapan kuil-kuil.
Jadi pada tahun 2018, pihak berkuasa tempatan mempertimbangkan dengan serius untuk mengharamkan pemakaian bikini dan mengehadkan akses ke tempat-tempat suci kepada pelancong.
5. Larangan pembinaan hostel persendirian - Rusia
Pada tahun 2108, sejumlah hostel telah dibuka di Rusia.
Kebanyakannya adalah di apartment-apartment di bandar di mana tuan rumah menyediakan katil tambahan dan menyewakannya kepada pelawat dan pelancong.
Namun pada tahun 2019, hostel di apartment kemungkinan besar akan diharamkan.
Ini bermakna para mereka harus menempah bilik di hostel-hostel yang sah.
6. Hanya 300 orang dibenarkan mendaki Gunung Everest
Pada tahun 2019 dan seterusnya, para pendaki hanya dibenarkan untuk mendaki gunung tertinggi di dunia ini pada musim bunga sahaja.
Malah, terdapat had terhadap jumlah pendaki yang dibenarkan iaitu tidak lebih daripada 300 orang setiap tahun.
Keputusan ini diputuskan selepas pihak berkuasa tempatan terpaksa membersihkan sampah-sarap yang terdapat sekitar gunung ini.
Pada tahun 2018, sebanyak 8.4 tan sampah dan najis dipungut di Gunung Everest
7. Penggunaan telefon semasa berbasikal diharamkan - Belanda
Para pelancong yang biasa menyewa basikal sewa perlu berhenti daripada bercakap di telefon semasa menunggang basikal.
Jika ditangkap, denda sebanyak RM1,000 akan dikenakan.
Sebelum ini, penggunaan telefon bimbit ketika memandu adalah diharamkan tetapi bermula Julai 2019, undang-undang yang sama akan dikenakan terhadap penunggang basikal.
Sebabnya adalah sangat jelas, iaitu jumlah kemalangan bertambah.
8. Pelancong dilarang makan atau rehat di tepi jalan - Florence, Itali
Bandar Florence dilawati oleh lebih daripada 10 juta pelancong dari pelbagai negara.
Sebelum ini, terdapat ramai pelancong yang kepenatan dilihat berehat dan makan di hampir kesemua tempat di bandar ini.
Pihak berkuasa bandar kemudian memutuskan bahawa kelakuan sebegini memberikan kesan negatif terhadap Florence dan sejak 2018, duduk di atas tangga dan makan di kawasan luar telah diharamkan.
Denda sebanyak RM2,000 dikenakan jika melanggar peraturan ini.
9. Bas pelawat dihadkan dan tapak warisan dijaga dengan ketat - Rome, Itali
Sejak Januari 2019, pusat bandar ibu negara Itali ini telag ditutup kepad bas-bas pelancong.
Hal ini dilakukan bagi melindungi warisan sejarah dan mengurangkan tahap pencemaran bunyi serta udara.
Malah, hukuman yang lebih keras akan dikenakan kepada mereka yang merosakkan warisan sejarah, seperti mengambil serpihan dinding Collosseum atau membasuk kaki di air pancut.