Terdapat beberapa jenis makanan yang harus dielakkan kerana sebab-sebab kesihatan. Namun, bagaimana dengan hidangan yang dilarang oleh undang-undang kerajaan daripada memakannya?

Beberapa makanan kegemaran anda boleh diharamkan di peringkat antarabangsa untuk pelbagai sebab termasuklah kesan kepada alam sekitar, pemakanan, dan adat.

Dengan jenayah yang bermula daripada pelanggaran cap dagang kepada proses pengeluaran tidak berperikemanusiaan yang berkaitan dengan mereka, makanan dan snek ini menyalahi undang-undang di seluruh dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 10 snek dan makanan yang diharamkan di seluruh dunia atas sebab tertentu.

1. Ikan siakap - Great Britain

ikan siakap

Ikan siakap adalah antara pilihan yang popular di restoran berkelas atas, restoran ikan bakar dan juga makanan Thai di seluruh dunia. Antara masakan yang paling menjadi kegemaran rakyat Malaysia adalah siakap masak stim dan tiga rasa. 

Namun, ia berbeza di Great Britain. Setahun yang lalu, negara ini mencadangkan larangan pengangkapan ikan siakap komersial di laut Atlantik disebabkan oleh kerana pengurangan dramatik dalam populasi spesies ini.

siakap tiga rasa tak halal

Cadangan yang sama mencadangkan untuk menyekat penjualan ikan kod Celtic dan Ireland untuk alasan yang sama.

Walaupun pengharaman itu masih belum berkuatkuasa pada ketika ini ini, berkemungkinan besar bahawa makanan laut kegemaran ramai ini tidak akan dapat dirasai lagi oleh penduduk di Great Britain pada masa akan datang. 

2. M&M's - Sweden

m m diharamkan di sweden

Gula-gula yang disaluti coklat sememangya bukan satu pilihan makanan yang sihat, tetapi ini bukan sebab mengapa Sweden mengharamkannya.

Sebaliknya, negara ini mengharamkan jualan M&Ms kerana mahkamah memutuskan bahawa penjenamaan gula-gula itu terlalu serupa dengan coklat lain yang meliputi snek kacang bercoklat iaitu M oleh Mondelez.

Syarikat Mondelez telah menjual makanan dan snek mereka di Sweden sejak 1957 dan membantah nama dan logo serupa M&M.

3. Sos tomato - Perancis

sos tomato diharamkan di sekolah di perancis

Ramai di antara kita mungkin menyukai burger mereka dipenuhi dengan sos cili dan sos tomato, namun jika ia dilakukan oleh pelajar sekolah di Perancis, mereka akan mengalami masalah besar.

Pada tahun 2011, negara ini memperkenalkan garis panduan pemakanan baru di sekolah yang termasuk sekatan ke atas sos berasaskan tomato yang manis.

Dalam usaha untuk memelihara tradisi masakan Perancis, pelajar hanya dibenarkan untuk mengambil sos tomato dengan kentang goreng sekali sahaja dalam tempoh seminggu.

Walaupun larangan ini bukanlah disebabkan oleh kebimbangan terhadap kesihatan pelajar, namun ia sedikit sebanyak memberikan kebaikan kepada kanak-kanak.

4. Gula-gula getah - Singapura

gula gula getah diharamkan di singapura

Singapura sememangnya terkenal dengan kebersihan dan apabila ia berkaitan dengan gula-gula getah, mereka sangat serius.

Negara ini mengharamkan gula-gula getah pada tahun 1992 dalam usaha untuk mengekalkan jalan-jalan dalam keadaan bersih dan bebas dari kotoran.

Kedai-kedai yang memilih snek larangan ini berisiko berhadapan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda mencecah RM4,000. 

5. Foie Gras 

foie gras

Foie gras hidangan yang istimewa bagi Perancis, namun ia tidak mendapat tempat di negara seperti Itali, India, Denmark, Finland, Norway, Poland, Jerman dan juga di California, Amerika Syarikat.

Di California, negeri ini mengembalikan semula larangan terhadap hati itik dan angsa yang berlemak ini. Mereka memetik bahawa perlakuan tidak berperikemanusiaan terhadap haiwan ternakan itu adalah sebab kepada pengharamannya.

Untuk menjadikan hati haiwan-haiwan ini berlemak yang memberikan rasa enak, itik dan angsa diberi makan melalui tiub secara paksa, untuk membesarkan organ itu sehingga sepuluh kali saiz normalnya.

Pertubuhan hak asasi haiwan seperti PETA merikan larangan itu sementara ramai chef California dan penternak tidak sabar-sabar untuk melihat larangan itu ditarik balik. melihatnya terbalik.

6. Salmon ternakan

salmon ternakan

Salmon adalah antara makanan yang paling berkhasiat kerana menjadi sumber protein dan lemak baik. Namun, ikan kegemaran ramai ini masih mempunyai sisi gelap, sekurang-kurangnya apabila ia merupakan jenis yang diternak oleh ladang penternakan.

Juga dikenali sebagai salmon Atlantik, ikan ini menimbulkan beberapa kebimbangan terhhadap alam sekitar, menurut Dana Pertahanan Alam Sekitar.

Negara-negara termasuk New Zealand, Australia dan Rusia telah mengharamkan penjualan dan pengambilan salmon yang diternak di ladang dalam usaha untuk mengurangkan pencemaran.

Jika anda ke pasaraya, elakkan daripada membeli ikan ini yang mempunyai warna kelabu dan lebih memilih ikan yang berlabel "sockeye" atau "Alaska", bagi memastikan anda memakan ikan salmon liar.

7. Kinder Surprise Eggs 

kinder surprise eggs diharamkan di amerika syarikat

Produk import dari British ini dilarang dari memasuki Amerika Syarikat dan bukan disebabkan oleh kecenderungan untuk ketagihan.

Sebaliknya, snek coklat ini diharamkan di Amerika Syarikat kerana ia mengandungi objek yang tidak boleh dimakan di bahagian tengah pek, yang melanggar peraturan Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat.

Snek ini dianggap sebagai pembawa bahaya tersedak kerana kanak-kanak kecil mungkin tersilap ketika cuba memakan mainan yang ada di tengah-tengah coklat ini.

8. Betik diubahsuai secara genetik - Kesatuan Eropah

betik diubahsuai secara genetik

Kebanyakan betik Hawaii kini diubahsuai secara genetik untuk tahan terhadap virus ringspot.

Penyelidikan kini menunjukkan bahawa haiwan yang diberi makan makanan yang diubahsuai secara genetik, seperti jagung dan soya, mengalami pelbagai penyakit, termasuk kerosakan usus, kerosakan pelbagai organ, tumor besar, kecacatan kelahiran, kematian pramatang dan kemandulan lengkap oleh generasi ketiga daripada keturunan.

Betik jenis ini diharamkan oleh Kesatuan Eropah.

9. Makanan diproses yang mengandungi perwarna tiruan 

makanan diproses dengan pewarna tiruan

Lebih daripada 3,000 bahan tambahan makanan termasuklah pengawet, perasa, warna dan bahan-bahan lain ditambah ke dalam makanan di Amerika Syarikat, termasuk makanan bayi dan makanan yang disasarkan kepada kanak-kanak.

Sementara itu, kebanyakan daripada ini dilarang di negara lain berdasarkan penyelidikan yang menunjukkan kesan toksik dan kesan kesihatan yang berbahaya, terutama berkaitan dengan kesan buruk terhadap tingkah laku kanak-kanak.

Sebagai contoh, seperti yang dilaporkan di dalam sebuah artikel:

"Mac & Cheese dalam kotak, keropok cheddar berperisa, Jell-O dan banyak bijirin kanak-kanak mengandungi 40 merah, kuning 5, kuning 6 dan / atau biru 2, pewarna yang paling banyak digunakan di Amerika Syarikat. Bahan tambahan boleh menyebabkan masalah tingkah laku serta kanser, kecacatan kelahiran dan masalah kesihatan lain terhadap haiwan makmal. Merah 40 dan kuning 6 juga disyaki menyebabkan reaksi hipersensitiviti seperti alergi pada kanak-kanak. Pusat Sains untuk Kepentingan Awam melaporkan bahawa sesetengah pewarna juga "tercemar dengan karsinogen"."

Di negara-negara di mana pewarna makanan ini dilarang, syarikat makanan seperti Kraft menggunakan pewarna semulajadi, seperti ekstrak paprika, bit, dan annatto.

Makanan seperti ini diharamkan di negara seperti Norway dan Austria. Pada tahun 2009, kerajaan British menasihati syarikat-syarikat untuk berhenti menggunakan pewarna makanan menjelang akhir tahun itu.

Kesatuan Eropah juga memerlukan notis amaran mengenai kebanyakan makanan yang mengandungi pewarna yang ingin dihasilkan.

10. Susu dicampur rBGH

susu segar

Dalam undang-undang tentang susu, Kanada, Israel, dan Kesatuan Eropah telah melarang susu yang dicampur dengan rBGH.

Hormon yang dihasilkan secara genetik ini direka untuk meningkatkan pengeluaran susu dalam lembu yang mengalami tekanan mental dan fizikal disebabkan oleh keadaan di kem ternakan.

rBGH telah terbukti menyebabkan ketahanan antibiotik dan insiden penyakit yang lebih tinggi kepada lembu yang telah mendorong pengharamannya di banyak negara.

Rujukan:

1. Mercola

2. Eat this 




Hakcipta iluminasi.com (2017)