Menurut statistik, hampir setiap ibu bapa yakin bahawa mereka melakukan tugas membesarkan dan mengajar anak-anak dengan yang betul

Hakikatnya, ia bukan semudah disangka. Kerap kali, ibu bapa tidak dapat mengawal emosi mereka dan menghukum anak-anak mereka lebih daripada apa yang sepatutnya.

Ini memberikan kesan negatif kepada kanak-kanak, membina rasa takut dan stereotaip dalam diri yang akan menyukarkan hidup mereka di kemudian hari. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kami di iluminasi.com pasti tiada satu pun ibu bapa yang suka menghukum anak-anak mereka, namun kadang-kala ia sesuatu yang sememangnya patut dilakukan.

Saranan daripada pakar dapat membantu kita menangani situasi ini, jadi kami kongiskan dengan para pembaca 9 cara untuk menghukum tanpa menjejaskan keyakinan anak-anak .

1. Jika kanak-kanak tiada niat buruk, mereka tak sepatutnya dihukum 

anak buat salah tak sengaja

Dalam kebanyakan situasi, kanak-kanak tidak berniat untuk membahayakan sesiapa sahaja, mereka hanya meneroka keinginan sahaja.

Dan apabila seorang kanak-kanak hanya berniat untuk mempelajari sesuatu, mereka harus disokong walaupun tindakan mereka membawa kepada sesuatu yang buruk.

Begitu juga keadaan yang tidak disengajakan. Apa yang perlu dilakukan adalah bersimpati terhadap kanak-kanak dan beritahu mereka bagaimana untuk memperbaiki keadaan.

Apabila anda menghukum anak-anak disebabkan sesuatu yang tidak disengajakan, ibu bapa berisiko membesarkan anak-anak yang tidak mampu membuat keputusan sendiri.

Mereka boleh melakukan perkara-perkara seperti yang diperintahkan dengan begitu baik kerana mereka sudah terbiasa berkelakuan sebegitu di hadapan seseorang yang berkuasa, namun mereka tak mampu untuk membuat keputusan sendiri serta menjadi tidak bertanggungjawab. 

2. Cadangan dan arahan adalah perkara yang berbeza 

anak menangis

Situasi ini dipanggil sebagai tindakan stereotip. Ibu bapa seringkali berfikiran bahawa cara tradisional untuk membesarkan anak-anak adalah betul dan terbaik.

Pemikiran orang dewasa seperti ini kerana beranggapan bahawa sesuatu itu betul disebabkan ibu bapa mereka juga melakukan perkara yang sama.

Terdapat perbezaan yang sangat besar dengan mengatakan "Mungkin kamu tak patut bermain permainan video?" dan "Jangan main permainan video,".

Ayat pertama adalah satu cadangan dan yang kemudian adalah satu perintah. Jadi, anda hanya perlu menghukum anak anda jika anda telah memerintahkan anak-anak anda melakukan atau tidak melakukan sesuatu.

Sekiranya seorang kanak-kanak mempunyai emosi yang kuat dan stabil dan mereka dihukum kerana tidak mematuhi cadangan anda, ia mungkin tak akan menjejaskan mereka.

Tetapi jika mereka sensitif, ia boleh menjejaskan tumbesaran minda mereka. Apabila kanak-kanak yang sensitif membesar, ini akan membuatkan mereka ingin mengikuti perintah semua orang yang mereka hormati kerana mereka takut akan akibatnya.

3. Hukuman tidak sepatunya dilakukan mengikut emosi

jangan hukum anak dengan emosi

Sekiranya kanak-kanak tidak patuh, sesetengah ibu bapa menjadi sangat marah dan tidak dapat mengawalnya walaupun sayangkan anak-anak mereka.

Ia sering disebabkan oleh terlalu meletakkan harapan yang tinggi kepada anak-anak jangkaan. Dan apabila harapan ini tidak menjadi realiti, ibu bapa berasa tidak puas. Emosi seperti ini perlu kawal.

Jika kanak-kanak mudah terpengaruh, mereka mungkin menghadapi masalah pada masa depan akibat daripada semua jeritan yang diterima daripada ibu bapa. 

Ahli psikologi memberitahu bahawa mereka mungkin akan bergantung kepada orang yang mempunyai status sosial yang tinggi.

4. Jangan hukum anak-anak di tempat awam

hukum anak dikhalayak ramai

Menghukum di khalayak ramai membuatkan anak-anak berasa malu dan marah. Ahli psikologi tidak mengesyorkan menggunakan frasa popular seperti "Apa orang lain akan cakap?".

Juga, perkara yang sama akan berlaku apabila kanak-kanak terlalu dihargai di khalayak ramai, yang mana mungkin akan membuatkan mereka menjadi terlalu sombong.

Seorang kanak-kanak yang sering dihukum di khalayak ramai selalu merasa malu dan menjangkakan keadaan itu berulang.

Dalam kehidupan dewasa mereka, mereka boleh berubah menjadi orang yang benar-benar bergantung pada pendapat majoriti dan tidak akan dapat membuat keputusan sendiri.

5. Jika anda berjanji untuk menghukum, anda harus tunaikannya 

hukum anak

Sekiranya orang dewasa berjanji untuk menghukum anak, mereka harus melakukannya. Menurut pakar psikologi kanak-kanak, ancaman yang hanya dikatakan tetapi tidak dilakukan adalah lebih buruk daripada tiada hukuman langsung.

Kanak-kanak dengan cepat menyedari bahawa ibu bapa hanya mengeluarkan kata-kata ancaman dan mereka berhenti mempercayai ibu bapa.

Sistem nilai kemudiannya akan menjadi rosak, di mana mereka tidak dapat memahami perbezaan antara baik dan buruk kerana mereka tidak mempunyai sistem peraturan.

Walau bagaimanapun, anda boleh mengabaikan hukuman jika jangkaannya sudah berkesan. Tetapi dalam kes ini, anda harus menerangkan kepada anak bahawa kelakuan ini tidak normal, ia hanya pengecualian yang jarang berlaku.

6. Jika anda tak pasti siapa yang bersalah, hukum semua anak-anak 

hukum semua anak jika tak tahu siapa bersalah

Sekiranya ibu bapa tidak yakin anak mana yang bersalah, mereka tidak sepatutnya menghukum salah seorang daripada mereka saha.

Dalam keadaan ketika anak-anak anda bersama rakan mereka, anda tidak boleh mengkritik anak-anak yang lain sama sekali.

Sekiranya mereka bersama adik-beradik mereka dan perkara yang mereka lakukan adalah sesuatu serius serta perlu dihukum, maka setiap daripada mereka harus dihukum.

Jika anda tidak melakukannya, anak yang anda akan hukum akan rosak dan mungkin menjadi "kambing hitam" pada masa akan datang.

Dan anak-anak yang lain akan berasa kebal kerana tidak dihukum dan ini tidak akan memberikan kesan positif pada masa depan mereka. Ini hanya akan berlaku jika ibu bapa menghukum hanya seorang daripada anak-anak.

7. Hukum kerana kesalahan semasa, bukan untuk kesalahan masa lalu

anak bermasalah

Salah satu kaedah yang paling penting untuk menjaga anak adalah, "hukuman - pengampunan - lupakan."

Seorang kanak-kanak yang sentiasa dihukum kerana kesalahan masa lalu mereka tidak boleh menjadi individu yang kuat. Mereka akan takut melakukan sesuatu yang baru dan akan lebih suka melakukan perkara rutin.

Ia juga boleh menyukarkan mereka untuk belajar dari kesilapan sendiri. Mereka tidak akan menganalisa kesilapan mereka sebaliknya akan meneruskannya. 

Juga, jika ibu bapa mengetahui tentang sesuatu yang buruk yang dilakukan oleh anak-anak lama dahulu, ahli psikologi juga tidak mengesyorkan mereka dihukum.

Apa yang seharunya dilakukan oleh ibu bapa adalah menjelaskan apakah kesalahan yang telah dilakukan. 

8. Hukuman harus bersesuaian dengan umur dan hobi

anak menangis 2

Sistem hukuman harus jelas dan seimbang. Jangan berikan hukuman yang sama untuk markah peperiksaan yang teruk dengan kesalahan memecahkan tingkap.

Perkara-perkara kecil, hukuman kecil dan bagi perkara-perkara besar, hukuman yang serius perlu dikenakan.

Juga, anda perlu mengambil kira usia dan minat kanak-kanak. Jika kanak-kanak suka media sosial, anda harus membataskan masa penggunaannya yang akan menjadi hukuman yang baik.

Dan jika seorang kanak-kanak tidak menggunakan media sosial sama sekali, anda harus memikirkan cara yang berbeza untuk menghukum mereka.

Seorang kanak-kanak yang selalu mendapat hukuman yang sama untuk perkara-perkara yang berbeza tidak dapat membina sistem nilai moral yang baik kerana mereka tidak dapat membezakan kepentingan sesuatu perkara.

9. Jangan gunakan perkataan kasar atau menyinggung perasaan

jangan guna kata kata kasar pada anak

Ini berlaku apabila seseorang itu benar-benar beremosi dan ramai ibu bapa langsung tidak sedar bahawa mereka melakukannya. Pakar psikologi mengesyorkan agar hanya menggunakan perbendaharaan kata neutral.

Kanak-kanak yang sensitif mungkin mempunyai masalah dengan keyakinan yang rendah. Mereka mungkin akan mengingati masa-masa di mana ibu atau bapa mereka menggunakan perkataan yang tidak baik.

Ini lebih serius untuk kanak-kanak perempuan, jadi anda perlu lebih berhati-hati dengan mereka.

Mungkin anda terpaksa berurusan dengan kaedah hukuman yang salah dan akibatnya? Bagaimana anda menghukum anak anda? Beritahu kami mengenainya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)