Teknologi kini berkembang dengan amat pesat. Hal ini merunsingkan ibu bapa dikhuatiri anak mereka ketinggalan di dalam bidang akademik dan juga teknologi. Jadi kali ini iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda, permainan-permainan yang baik untuk anda laburkan duit anda kepada anak anda agar mereka lebih pintar dan bijak di masa hadapan. Senarai ini adalah berdasarkan kajian serata dunia. Namun perlu diingatkan, ibu bapa masih perlu mengehadkan waktu bermain permainan-permainan ini kepada anak mereka.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Lego Brick
Perkembangan kognitif anak boleh berkembang dengan pesat kerana permainan Lego memerlukan tumpuan pada otan, tangan dan mata. Begitu juga dengan kemahiran spatial yang membolehkan mereka untuk mewujudkan apa yang mereka lihat dalam pemikiran mereka (imaginasi). Kajian telah menunjukkan bahawa pemikiran spatial berfungsi sebagai penanda aras yang sangat penting dengan pencapaian individu dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.
2. Kiub Rubik
Bagi anda yang tidak pernah bermain rubik kiub, ianya pasti kelihatan sangat sukar kan? Sebenarnya rubik kiub ini memerlukan memori dan kira-kira dalam penyelesaiannya. Solusi rubik kiub memerlukan kemahiran matematik yang tinggi.
Namun begitu, masih ada beberapa kemahiran unik yang terlibat dalam menyelesaikan rubik kiub ini. Ada juga individu yang tidak menggunakan matematik dalam menyelesaikan rubik kiub, tetapi hanya menggunakan pengecaman patern, visualisasi, dan imbasan memori secara fotografi. Menyelesaikan Rubik kiub atau apa saja bentuk teka-teki dapat membantu ketajaman minda, fokus, pada masa sama mampu menjana otak pada tahap luar dari kebiasaan.
3. Permainan video/konsol
Satu kajian telah dijalankan oleh Michigan State University, menunjukkan bahawa bermain permainan video mampu meningkat kreativiti (kelompok terpilih terdiri daripada kanak-kanak berusia 12 tahun). Kajian ini telah menjalankan ujian 'Torrance' ke atas semua subjek untuk mendapatkan keputusan ujian yang konstruk secara multi-dimensional.
Keputusan daripada ujian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang bermain permainan video mendapat markah yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang hanya menggunakan komputer, internet dan gajet seperti telefon pintar.
4. alat muzik
Dalam satu kajian menggunakan mesin imbasan neurologi, kanak-kanak yang bermain alat muzik menunjukkan tindak balas otak yang lebih kuat (robust) kepada bunyi berbanding mereka yang bukan ahli musik. Keputusan kajian terhadap otak pemain keyboard juga mengejutkan. Didapati bahawa kawasan liputan otak yang mengawal pergerakan jari memiliki volum lebih besar dari kebiasaan.
Bagi kanak-kanak atau individu yang tidak pernah bermain alat muzik, imbasan awal dan selepas diajar bermain muzik selama satu hari (menggunakan 5 jari) memberikan perubahan yang besar kepada volum kawasan otak dimana ianya kelihatan seperti otak diaturcara semula (re-wiring). Banyak lagi kajian lain berkaitan perkembangan otak bagi ahli musik ini, anda boleh ikuti bacaan penuh di sini - Music and Intelligence.
5. Raspberry pi / Adruino
Ini adalah gajet yang sangat sesuai dijadikan permainan untuk anak-anak anda. Bahkan ibu bapa juga boleh menambah ilmu dalam membantu anak menyiapkan projek-projek ringkas menggunakan Raspberry Pi ataupun Adruino. Pasti sesiapa pun tidak mahu anak mereka ketinggalan dalam teknologi. Selaras dengan permasalahan itu, gajet ini mampu mengajar anak anda berfikir dengan kreatif, linux, programming, elektronik, dan bermacam-macam lagi.
Sekiranya ibu-bapa kurang mahir dalam penggunaan gajet ini, anda boleh beli buku yang menceritakan bagaimana menghasilkan projek-projek ringkas menggunakan gajet ini. Di internet pun bersepah-sepah perkongsian orang ramai yang boleh didapati secara percuma.
Pautan projek percuma :
Rujukan :