Lelaki dan wanita menggunakan cara yang berbeza dalam menunjukkan perasaan mereka. Perempuan lebih menzahirkan perasaan, lelaki pula lebih menyimpan dan tidak terlalu menunjuk rasa sayang. Susah untuk mengetahui tanda-tanda dan ciri-ciri lelaki yang setia kepada pasangannya.

Namun, jika seseorang lelaki sanggup menunjukkan rasa sayang terhadap wanita secara terbuka, maka itu tanda sayang sebenar. Sayang itu juga sebenarnya subjektif. Tapi ini adalah antara sifat "majoriti" berdasarkan pemerhatian (bukan kajian) menunjukkan seseorang itu lelaki yang baik dan calon yang baik untuk dijadikan pasangan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin kongsikan 8 perkara yang seorang lelaki akan lakukan kepada wanita yang benar-benar mereka cintai.

1. Menjadi pendengar yang baik

perkara yang lelaki lakukan hanya untuk wanita yang dicintai 5

Kadang-kadang lelaki berperwatakan seperti seorang kanak-kanak. Ya, memang begitu. Kebanyakan lelaki hanya memberikan tumpuan kepada perkara yang mereka minat.

Namun, jika seorang lelaki itu mencintai, suara anda akan menjadi sesuatu yang mereka dengar. Cakap sahaja apa yang anda rasakan dan mereka akan beri perhatian.

Lelaki yang benar-benar sayang terhadap seorang wanita bukan sahaja akan dengar malah akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada kata-kata anda. Anda akan menyedari yang mereka mengikut nasihat serta menghormati pendapat anda.

2. Bangga dengan pencapaian pasangan

Apa yang pasangan mereka lakukan akan dirasakan seperti pencapaian diri sendiri jika seorang lelaki itu mencintai wanita.

Ia hampir seperti perasaan bangga seorang ibu apabila anak mereka melakukan sesuatu untuk kali pertama.

Lelaki yang mencintai wanita tidak akan pernah bersaing sebaliknya akan cuba untuk menang bersama-sama.

3. Berkorban untuk kebahagian pasangan

hafiz mahamad bawa awek naik limo viral

Biasanya lelaki adalah lebih dominan dalam perhubungan. Kebanyakan keputusan akan dibuat oleh lelaki, namun jika mereka benar-benar cinta, lelaki akan berkorban untuk kebahagiaan wanita. 

Jika lelaki mengubah rancangannya daripada apa yang dia mahu lakukan kepada apa yang dia tahu akan membuatkan anda gembira, lelaki itu sebenarnya sedang menunjukkan rasa cinta dan hormat kepada anda.

Ia menunjukkan lelaki itu sentiasa memikirkan anda daripada dirinya.

4. Berjuang untuk cinta anda

Bagi lelaki yang mencintai, mereka akan sanggup melakukan apa saja dan bertarung untuk cinta si wanita. Bak kata pepatah sanggup meredah lautan api. 

Lelaki akan sentiasa berasa beruntung mempunyai seseorang dalam hidup mereka membuatkan kehilangan wanita dicintai adalah perkara terakhir yang mereka mahukan.

5. Bertengkar dengan pasangan

perkara yang lelaki lakukan hanya untuk wanita yang dicintai 3

Relaks, jangan panik. Ya, memang benar lelaki akan bergaduh atau bertengkar dengan wanita yang mereka cinta.

Pertengkaran atau pergauduhan bukan selalu bermaksud hubungan anda bermasalah. Jika lelaki benar-benar sayang, mereka akan bertindak begini, berbincang dan mencari penyelesaian kepada hubungan anda.

Perbincangan adalah petanda yang lelaki ingin hubungan anda menjadi.

6. Berasakan pasangan sentiasa cantik walau apa pun terjadi

Bak kata pepatah cinta itu buta. Apa yang tidak manis di mata orang lain mungkin manis di mata anda.

Jika lelaki mencintai seseorang, mereka akan sentiasa melihat pasangan masing-masing dengan pandangan yang indah. Walaupun kadang-kadang tidak berpenampilan menarik, wanita masih kelihatan cantik di mata lelaki yang mencintainya.

Ia menunjukkan bahawa lelaki tersebut mencintai dengan ikhlas lebih daripada sekadar rupa paras.

7. Ambil berat akan keluarga pasangan 

Lelaki akan memahami orang kesayangan anda adalah sangat penting untuk anda, jika orang kesayangan anda gembira, ia membuatkan anda gembira.

Jika lelaki mencintai anda, dia akan mendengar dengan baik dan sabar ketika anda berkongsikan mengenai kisah-kisah mereka.

Lelaki akan menyedari kepentingan orang kesayangan dalam hidup anda dan akan menawarkan penyelesaian kepada masalah dengan hati yang ikhlas.

8. Tak takut untuk kelihatan lemah

Lelaki mempunyai ego yang sangat tinggi dan benci jika kelihatan lemah. Ini adalah sifat semulajadi seorang lelaki sejati.

Namun jika seorang lelaki mencintai wanita, mereka langsung tak akan memikirkan hal ini dan tak ada sebarang masalah untuk menunjukkan rasa takut kehilangan orang yang mereka sayang.




Hakcipta iluminasi.com (2017)