Oleh pada 23 Apr 2017 kategori

8 Peraturan besar dalam pemasaran

 Jadi pendengar yang terbaik

Untuk menjadi pendengar yang terbaik pastikan anda perhatikan keadaan sekeliling, ikutilah perkembangan walaupun anda tidak termasuk dan tidak berminat dalam golongan tersebut. Sebagai contoh, walaupun anda tidak suka menonton perlawanan bola sepak, namun ada harus tahu pasukan mana yang akan berlawan. Sekurang-kurangnya, anda sudah mengikuti sedikit perkembangan. Apa yang anda akan dapat disitu?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dari situ anda dapat buat satu copywriting yang terus menusuk ke hati peminat bola sepak dan anda mampu untuk memasarkan produk yang berkaitan dengan bola sepak dengan lebih berkesan. Jika anda mengikuti perkembangan bola sepak, kemungkinan anda ada idea untuk memasarkan baju,cenderahati dan lain-lain yang mengkut tema bola sepak.

Bekerja dengan sangat rapi

Secara tidak langsung ini akan meningkatkan produktiviti anda. Bukan hanya sekadar hangat hangat untuk berbuat perkara yang baru, sekejap nak buat yang ini dan sekejap nak buat yang itu. Jika anda sedang melakukan sesuatu perniagaan dan anda melihat seseorang itu menayang gambar besama duit yang banyak, anda terpengaruh dan seronok nak buat yang itu pula. Akhir sekali  sampai sudah pun tak menjadi. Itu bukan multitasking tetapi itu jahanam namanya.

Jangan mencipta atau membuat rekaan semata-mata.

Ketahui tujuan sebenar sesuatu perkara itu dari asas dan kemudian gabungkan maklumat itu mengikut cara yang terbaruJika anda menjual sesuatu produk, pegang produk itu sehingga ia menyerlahkan kekuatan kepada anda. Anda perlu tahu segala info produk tersebut dari dalam dan luar. Anda tidak perlu mencipta sesuatu yang baru, tetapi perlu untuk mencari semua kekuatan yang sedia ada dan menggabungkan ia dalam cara yang baru untuk disediakan kepada orang ramai. Ini adalah salah satu skill untuk produk OEM (Original Equipment Manufacture). Andai kata fungsi produk pencerah jenama A tidak sama dengan jenama B tetapi ia tetap dari kilang yang sama.

Tulis di otak cipanzi (mudah dan tepat)

Ayat in bukan menyatakan supaya anda pergi menulis diatas otak seekor cipanzi tetapi ayat ini menyatakan bahawa penulisan itu biar sampai kepada orang yang sepatutnya. Jika penulisan anda untuk budak tadika, pastikan cara penulisa itu dikhaskan untuk budak tadika atau ibubapanya. Ini gunanya untuk membuat split testing kepada orang yang berbeza-beza mengikut umurnya. Bukan satu ayat dan anda terus siarkan kepada semua orang tanpa mengikut umur. Sesuaikan penulisan dengan keadaan sekeliling anda.

sofian che isa 12

Channel demand - jangan terlalu menjual.

Anda bukan perlu wujudkan "keinginan" untuk produk itu semata mata tetapi anda perlu membawa market yang sedia ada dan disalurkan ke dalam produk anda. Sebagai contoh, jikalau anda menjual produk kurus, bukan dengan berikan "keinginan" semata-mata untuk menjadi kurus, sebaliknya anda ceritakan juga manfaat kenapa perlu menjadi kurus.

Fokus kemampuan produk

Anda harus berfikir apa yang kebaikan produk itu mampu buat dan bukannya hanya sekadar bercerita bahawa produk tersebut boleh buat semua benda seperti memutihkan,menguruskan,mencantikan dan juga menyihatkan.  Bercakap tentang manfaat dan bercakap lebih tentang manfaat emosi. Biarkan ciri-ciri produk tu diceritakan kemudian.

Membuat kepuasan serta-merta.

Dalam copywriting atau pemasaran sendiri, prospek sudah boleh bermula untuk mendapatkan kepuasan atau berasa seperti mereka sudah mendapat sesuatu dari anda atau produk anda. Contohnya, dalam market sudah terlalu banyak produk kecantikan berasaskan sachet yang perlu dibancuh dahulu. Kenapa tidak buat dalam bentuk pil? Ia akan menjadil lebih senang dan mudah diambil pil. Asas benda yang sama sahaja dan efek penggunaan pun sama tetapi ia sudah dimudahkan cara berbanding sachet tadi.

Kegagalan berterusan

Selalu gagal dan mencuba sebaik mungkin adalah perbezaan yang sangat ketara, itu tanda anda sudah berusaha dengan kuat! Itu bermakna anda fikir sendiri kaedah yang lain. Dimudah cerita itu bukan rezeki anda untuk terus mencuba benda yang sama tetapi anda perlu tukar kepada sesuatu yang baru!

im malaysia sofian che isa

Edisi ini telah di ubahsuai mengikut ayat kefahaman dari seorang pakar pemasaran internet iaitu Sofian Che Isa.

Sumber rujukan : 8 Great Rules of Marketing from Eugene Schwartz




Hakcipta iluminasi.com (2017)