Paru-paru adalah antara organ terpenting dalam tubuh badan manusia. Fungsi utamanya adalah menukar oksigen dari udara dengan karbon dioksida dari darah  dengan bantuan hemoglobin.

Proses ini dikenali sebagai respirasi atau pernafasan. Istilah perubatan berkaitan paru-paru selalunya bermula dengan "pulmo-" dari perkataan Latin pulmones untuk paru-paru.

Namun, banyak perkara tentang organ ini yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Oleh itu, iluminasi.com kongsikan 8 fungsi paru-paru yang anda mungkin tak tahu.

1. Menyedut oksigen adalah antara salah satu tugas utama paru-paru 

terapi oksigen

Ya, kita memerlukan oksigen untuk hidup, tetapi jika kita tidak mengeluarkan karbon dioksida yang terdapat dalam paru-paru, kematian boleh berlaku. 

Karbon dioksida bertindak sebagai asid di dalam badan dan dihasilkan oleh tindakan otot.

Badan kita beroperasi dengan optimum pada julat pH yang agak rendah dan apabila anda menjana CO2 tambahan, seperti menaiki tangga, anda meningkatkan pH ke dalam julat normal secara serta-merta dengan mengeluarkan CO2 melalui pernafasan yang mendalam. 

2. Bertindak sebagai "baldi darah" 

fungsi paru paru

Daripada beranggapan bahawa paru-paru anda sebagai sebuah belon besar, paru-paru adalah lebih tepat dilihat sebagai sebuah baldi darah dengan gelembung udara melalui mereka.

Bahkan, paru-paru anda mengandungi darah sebanyak darah di seluruh tubuh anda, itulah sebabnya pusat graviti badan terletak di atas pinggang anda.

Malah, ia juga menghasilkan sel darah juga. Setiap kali jantung anda berdegup, ia menghantar jumlah darah yang sama ke paru-paru anda seperti ke tempat lain di dalam badan.

Ia adalah satu sistem yang luar biasa yang boleh memberi respirasi (pertukaran gas dari udara ke dalam darah dan paru-paru) tanpa kebocoran. Hakikat bahawa hari perkara ini berlaku setiap hari sepanjang hayat kita adalah sangat menakjubkan.

3. Bersaiz lebih besar daripada yang anda sangkakan

paru paru sebenarnya sangat besar

Sedar atau tidak, paru-paru adalah antara salah satu daripada organ-organ yang terbesar dalam tubuh badan.

Tetapi anda mungkin terkejut apabila mengetahui bahawa jika anda membentankan kawasan permukaan alveoli, kantung di mana oksigen dan darah bertemu, ia boleh menutup seluruh gelanggang tenis.

4. Menghasilkan mukus

mukus

Tiada siapa dalam dunia ini gemarkan mukus atau hingus lebih-lebih lagi apabila ia tersumbat di hidung dan dada ketika selsema.

Namun, ia merupakan ejen yang penentang jangkitan yang sangat hebat dengan beberapa ciri-ciri menarik.

Malah, mukus sebenarnya lebih bersih daripada darah. Jika anda mengambil bakteria dan mendedahkannya kepada mukus, mukus akan menghentikan pertumbuhan bakteria, manakala darah pula akan menyokong pertumbuhan bakteria.

Oleh sebab ini, para penyelidik makmal dengan senjaga menggunakan darah untuk membiakkan bakteria.

Mukus anda adalah ejen pelindung penting yang anda akan mati tanpanya.

Jika anda tidak mempunyai mukus dalam paru-paru anda, anda akan mengalami dehidarsi, hilang begitu banyak air melalui penyejatan yang boleh membunuh dalam masa beberapa minit.

Akan tetapi, penghasilan mukus berlendir secara terlalu banyak adalah berbahaya.

5. Asap boleh meresap ke dalam otak

kesan asap kepada otak

Perkara ini boleh berlaku dalam masa kurang dari 7 saat.

Kerana kawasan permukaan yang besar paru-paru dan hubungan rapat dengan saluran darah yang mengelilinginya, maka penyedutan asap atau ubat teruap oleh paru-paru anda boleh sampai ke otak dengan cepat.

6. Batuk tak semestinya tanda anda tak sihat

batuk

Sama seperti mukus, tiada siapa yang suka untuk batuk. Malah, walaupun anda tidak sakit, manusia biasa akan batuk lebih daripada 10 kali dalam sehari.

Ini boleh berlaku sama ada dengan tersedak, tersedut bahan yang menyebabkan reaksi alergi atau mukus anda yang dihasilkan melalui senaman.

7. Asma bukan hanya satu penyakit 

asma

Asma, yang menyebabkan pernafasan berbunyi, batuk dan sesak nafas, sebenarnya adalah beberapa penyakit yang berlainan di bawah satu nama.

Berita baiknya adalah bahawa kematian akibat asma sangat jarang berlaku dan telah menurun dengan ketara dalam tempoh 20 tahun yang lalu.

Tetapi ia tidak menjejaskan semua orang secara sama rata. Wanita lebih cenderung untuk mengalami asma sebagai orang dewasa daripada lelaki, terutamanya jika mereka mempunyai berat badan berlebihan.

Dan orang-orang di kawasan bandar lebih cenderung menderita asma daripada mereka di kawasan luar bandar, mungkin disebabkan peningkatan zarah-zarah di udara dari ekzos kereta dan pencemaran industri.

Asma boleh menjadi semakin baik melalui senaman kardiovaskular. Tiada sukan yang tidak boleh disertai oleh pesakit asma kecuali menyelam skuba yang mana tidak dilihatkan sebagai satu sukan.

9. Anda boleh dijangkiti kanser paru-paru walaupun tak pernah merokok

kanser paru paru

Anda mungkin mampu menjalani seluruh hidup anda dalam persekitaran yang sangat bersih, tidak pernah merokok tetapi masih boleh menghidap kanser paru-paru.

Walaupun kebanyakan kanser paru-paru disebabkan oleh rokok, namun ia bukannya 100%.

Antara penyebab lain termasuklah jenis pekerjaan, terdedah kepada radiasi dan faktor risiko genetik yang berpotensi.

Orang ramai cenderung mengambil remeh tentang kesihatan paru-paru dan beranggapan bahawa mereka tidak mempunyai risiko kanser paru-paru kerana tidak merokok.

Rujukan:

1. Pulmonary

2. Live Science

3. Mental Floss




Hakcipta iluminasi.com (2017)