Sebagai seorang tidak kira sama ada dari sekolah rendah, sekolah menengah atau kolej anda perlu mempunyai disiplin untuk mempeorlehi sesuatu kejayaan. Anda perlukan strategi untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Untuk seseorang pelajar itu berjaya mereka perlu bijak untuk menggunakan masa. Seseorang pelajar yang cemerlang, tentu sekali tidak akan melakukan perkara-perkara yang merugikan dan bertangguh dalam melaksanakan sesuatu perkara.
BESARKAN TEKS A- A+
Pada masa yang sama juga anda perlu belajar bagaimana untuk menguruskan kehidupan anda yang semakin hari semakin mencabar. Mempunyai rangka pelan pembelajaran adalah penting untuk mencapai kejayaan anda dalam pelajaran. Jadi, jika anda sedang mencari beberapa panduan mengenai cara terbaik untuk menguruskan diri sendiri, maka di sini terdapat tujuh tips pengurusan diri semua pelajar perlu tahu.
1. Tidur
Pertama sekali anda perlu mendapat tidur malam yang cukup seberapa kerap yang anda boleh. Ramai yang tidak mengambil endah hal ini, jumlah minimum yang diperlukan untuk pelajar adalah di antara 7 hingga 9 jam sehari. Tanpa rehat dan tidur yang cukup boleh menyebabkan keupayaan pembelajaran seseorang individu terjejas kerana faedah tidur yang utama adalah untuk memulihkan otak dan menyegarkan tubuh.
2. Makan
Diet yang sihat juga penting pada setiap pelajar yang menempuh hari persekolahan di sekolah. Kenderaan memerlukan bahan api untuk bergerak, bergitu juga manusia perlu makanan yang seimbang untuk sistem tubuh badan yang cergas dan cerdas. Makanan yang seimbang dapat membantu anda mendapatkan lebih banyak inspirasi dan motivasi diri anda akan menjadi lebih baik untuk menempuh hari pembelajaran dan melaksanakannya dengan bertenaga. Banyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran, ia akan membuat anda menjadi lebih kuat dan cerdas. Anda perlu mengambil sarapan walaupon sedikit sebelum sesi persekolahan bermula, pastikan bawa air kosong untuk diminum ketika didalam kelas.
3. Tidak ponteng
Jangan sesekali sengaja untuk ponteng kelas kecuali ada hal tertentu seperti sakit atau hal kecemasan. Kebanyakan pakar strategi pembelajaran menekankan betapa pentingnya untuk anda tidak ponteng mana-mana kelas kerana akan sentiasa ada maklumat penting atau input yang guru atau pensyarah berikan kepada setiap kelas yang boleh menjadi kunci kepada anda untuk membuka idea untuk projek akhir serta peperiksaan yang bakal anda tempuhi. Jadi anda perlu sentiasa bersedia dari sekarang.
4. Kalendar
Anda perlu melekatkan kalendar pada dinding dan membuat nota pada diairi anda setiap tarikh akhir tugasan dan tarikh peperiksaan. Dengan cara ini anda akan sentiasa berada didalam keadaan bersedia dan dapat menyiapkan tugasan mengikut tarikh yang ditetapkan. Salah satu perkara yang mugkin boleh terjadi adalah apabila anda melengkapkan tugasan tetapi anda lewat menghatarnya disebabkan anda tidak pasti tarikh akhir untuk menghatra tugasan. Sebab ini penting untuk anda membuat nota pada kalendar anda supaya tidak terlepas pandang perkara penting.
5. Penggunaan teknologi
Zaman sekarang adalah zaman teknologi tinggi. Ibubapa harus memainkan peranan penting dalam memberi anak-anak gajet supaya mereka tidak leka dan mengabaikan tugaan yang diberikan. Setiap pelajar perlu berusaha untuk mengimbangi penggunaan teknologi tertentu dan juga platform media sosial. Teknologi merupakan punca nombor satu untuk anda suka melengah-lengahkan masa dan menangguh kerja yang sering terjadi di kalangan para pelajar masa kini. Setiap pelajar perlu melatih diri untuk menghadkan dan menjauhkan diri dari teknologi apabila anda sedang menulis tugasan. Apa yang perlu anda lakukan ketika itu adalah fokus untuk menyiapkan tugasan yang diberikan sahaja.
6. Belajar secara berkumpulan
Jika anda adalah seorang pelajar yang jenis tidak boleh fokus apabila belajar bersendirian, maka membuat satu kumpulan untuk belajar bersama-bersama rakan sekolah atau kolej yang sama atau berlainan. Dengan belajar secara berkumpulan, anda akan dapat bekerja bersama dengan orang-orang yang bermotivasi dan melihat motivasi mereka lah yang akan merangsang anda untuk bertindak lebih positif dan membuat anda menjadi lebih produktif.
7. Pembelajaran yang berterusan
Untuk menjadi pelajar yang cemerlang, anda perlu belajar sentiasa dari awal tahun dan juga ketika hari peperiksaan. Ulangkaji untuk setiap subjek pada setiap hari dibuat pada hari yang sama atau setiap hujung minggu jika pelajar terlalu sibuk. Maklumat yang sentiasa diulangkaji akanlebih mudah untuk anda ingat dan fahami. Sentiasa memberi masa untuk ulangkaji semula pembelajaran supaya anda boleh masuk ke kelas pada hari berikutnya dalam keadaan sudah bersedia.