penindasan kaum wanita di korea utara

Korea Utara sememangnya terkenal sebagai sebuah negara dengan dasar tertutup dan dipimpin oleh seorang diktator selama beberapa generasi. Rakyatnya juga tidak bebas dan perlu patuh pada beberapa larangan yang mungkin dianggap pelik bagi kita antaranya tidak boleh memakai seluar jeans, tidak boleh menonton filem Barat dan banyak lagi.

Disebabkan itulah sejak dahulu lagi ramai rakyat Korea Utara telah melarikan diri dan belot kepada negara asal mereka. Namun, jumlahnya semakin berkurang setiap tahun apabila kerajaan mula mengetatkan kawalan di sempadan.

Untuk rakyat wanitanya pula, Korea Utara telah membuat undang-undang seperti Undang-Undang tentang Kesaksamaan Seks, Undang-Undang Pekerja, dan Undang-undang Nasionalisasi Industri-industri Perlu. Walaupun undang-undang ini tidak sepenuhnya berjaya, ia diperkenalkan untuk membantu golongan wanita di sana.

Pembaharuan yang dilaksanakan ini memberikan hak wanita di tempat kerja, hak mewarisi dan berkongsi harta dan hak perkahwinan bebas dan perceraian. Hari ini, wanita di Korea Utara terlibat dalam pelbagai tenaga kerja dan terdapat ramai wanita yang berpangkat tinggi.

Nisbah wanita dan lelaki dalam pekerjaan dengan gaji tinggi jauh lebih rendah daripada pekerjaan dengan gaji rendah. Di samping itu, kebanyakan wanita dengan kedudukan tinggi dalam masyarakat kebiasaannya adalah mereka yang mempunyai perkaitan saudara atau isteri pemimpin atasan.

Tidak banyak informasi mengenai kehidupan rakyat negara ini yang diketahui oleh orang luar. Sebahagian besar maklumat merupakan maklumat yang didedahkan sendiri oleh rakyat Korea Utara yang sudahpun melarikan diri ke luar negara. Hal ini termasuklah realiti kehidupan yang dilalui oleh kaum wanita Korea Utara.

Dijadikan sebagai agen kerajaan

perisik korea utara

Sesetengah wanita yang cantik mungkin akan diambil oleh kerajaan untuk program risikan mereka. Wanita-wanita ini akan dihantar ke luar negara untuk menjalankan hubungan dengan lelaki-lelaki kaya yang memiliki perniagaan sendiri.

Mereka dilatih untuk "memujuk" secara halus lelaki dari luar negara ini untuk turut melaburkan wang mereka ke Korea Utara. Selain itu, wanita ini juga dilatih menggoda lelaki kaya agar mempunyai anak. Anak yang lahir hasil hubungan dengan lelaki dari luar ini biasanya akan diambil dan diletak dibawah jagaan kerajaan.

Muka anak hasil kacukan dengan lelaki luar negara ini sememangnya menjadi pilihan untuk dilatih sejak daripada kecil untuk menjadi agen perisik bagi kerajaan. Wajah mereka yang mempunyai kacukan ini memudahkan mereka dihantar ke luar negara bagi kerja-kerja perisikan bagi kerajaan Korea Utara.

Dipaksa menganggotai ketenteraan

wanita korea utara

Korea Utara gemar mencanangkan dan berbangga kerana mereka mempunyai jumlah wanita yang ramai dalam pasukan ketenteraan mereka. Dianggarkan seramai 500,000 wanita menganggotai pasukan ketenteraan dan jumlah ini sangat ramai jika dibandingkan dengar negara-negara lain.

Malangnya, ia bukanlah atas kerelaan mereka. Di Korea Utara, penyertaan dalam perkhidmatan ketenteraan adalah satu kewajipan, tidak kira jantina. Bagi wanita, mereka perlu menjalani latihan ketenteraan sekurang-kurangnya selama 7 tahun.

Mereka dilayan dengan sangat teruk dan didakwa tidak diberi makan dengan cukup sehinggakan kebanyakan mereka tidak datang haid. Benar, setelah 6 bulan hingga setahun dalam latihan ketenteraan, mereka kebiasaannya tidak didatangi haid kerana tidak diberikan makan cukup nutrisi dan sentiasa dalam keadaan tertekan.

Rutin harian untuk lelaki dan wanita hampir sama. Wanita cenderung mempunyai rejim latihan fizikal yang sedikit lebih pendek tetapi mereka juga diharuskan melakukan tugas harian seperti membersihkan dan memasak yang dikecualikan terhadap tentera lelaki. Sebahagian besar wanita yang sudah menghabiskan tempoh latihan wajib meneruskan khidmat mereka kerana beranggapan sudah terbiasa dengan kehidupan dalam pasukan tentera dan tidak mampu berdikari di luar.

Gangguan seksual adalah satu kebiasaan

Dalam perkhidmataan ketenteraan, gangguan seksual dan rogol adalah satu kebiasaan. Salah seorang rakyat Korea Utara yang mendedahkan perkara ini mendedahkan walapun dia tidak pernah dirogol, beberapa wanita lain menghadapi perkara malang tersebut.

Kebiasaannya perkara ini akan dilakukan oleh ketua mereka sendiri yang tinggal di bilik persendirian. Kerajaan Korea Utara menyatakan bahawa mereka mengambil serius perkara ini dimana seseorang indiidu yang didapati bersalah merogol boleh dikenakan hukuman penjara sehinga 7 tahun penjara.

Malangnya, tiada wanita yang berani tampil ke hadapan untuk membuat pengakuan. Akibatnya, lelaki yang terlibat dengan perkara terkutuk sebegini biasanya akan terus terlepas. Perkara ini biasanya akan berulang kali terjadi.

Perkahwinan bukan atas pilihan sendiri

Perkahwinan kebiasaannya adalah hubungan antara lelaki dan wanita yang menyayangi antara satu sama lain. Namun, perkara ini jarang terjadi di Korea Utara. Kebiasaannya dipaksa dan mereka tidak mempunyai hak untuk bersuara mengenai perkara ini.

Kebiasaannya, wanita dijadikan sebagai "hadiah" kepada lelaki sebagai balasan mereka telah banyak berjasa kepada negara. Amatlah sedih umpama mereka dijadikan barangan yang boleh diberi kepada orang lain sesuka hati tanpa persetujuan mereka sendiri.

Maka tidak hairanlah ramai yang menyatakan mereka menghadapi keganasan rumah tangga dan tidak dilayan dengan baik oleh pasangan masing-masing. Kes-kes sebegini sudah menjadi satu kebiasaan.

Napkin menstruasi tidak wujud

Menstruasi adalah proses semulajadi kepada setiap wanita yang belum monopaus. Di Korea Utara, kain atau pad napkin yang biasanya dipakai oleh wanita yang haid tidak wujud. Ianya tidak dijual di pasar raya. Malah, tampon juga tidak wujud maka mereka perlu berusaha sendiri memastikan darah haid yang keluar terjaga.

Kebiasaannya, mereka akan menggunakan lebihan kain yang kemudiannya digunting. Di sana, wanita yang didatangani haid dianggap sesuatu yang memalukan. Sejak kecil, masyarakatnya diajar bahawa para wanita sentiasa dalam keadaan berdosa dan didatangani haid adalah satu peringatan tentang dosa-dosa mereka.

Kredit:



Hakcipta iluminasi.com (2017)