Dalam dunia hip-hop, rantai yang dipakai penyanyi rap adalah lebih daripada sekadar barangan kemas. Ia sebaliknya adalah simbol kepada status seseorang penyanyi itu. Boleh dikatakan hampir semua penyanyi rap mempunyai rantai unik yang menjadi identiti mereka.

Fazz Ahmad young rapper no 1. Kiyek!

Barangan kemas yang mahal ini menjadi penanda aras kepada pencapaian kerjaya mereka dalam dunia hip-hop. Selama berdekad-dekad lamanya, penyanyi rap dilihat bersaing untuk menonjolkan barangan kemas termahal dan paling unik yang mereka miliki berbanding pesaing-pesaing lain.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah senarai beberapa rantai penyanyi rap paling mahal di dunia.

7. Solar System - RM 2.1 juta

Penyanyi : Takeoff

solar system takeoff

Takeoff adalah salah seorang penyanyi rap yang merupakan anggota kumpulan Migos selain Offset dan Quavo. Selain dikenali kerana sering memakai kaca mata berwarna warni, Takeoff turut mempunyai rantai berlian yang mengagumkan.

Rantai besar yang dinamakan Solar System ini mungkin merupakan rantai yang mempunyai reka bentuk paling rumit dalam senarai ini. Rantai ini mempunyai bola-bola yang tergantung padanya yang melambangkan planet-planet dalam sistem suria dengan medallion bertatahkan berlian besar sebagai matahari.

Rantai seberat hampir 1 kg ini mengandungi 200 karat berlian dan Takeoff berbelanja sejumlah RM 2.1 juta untuk rantai ini.

6. Crunk Ain’t Dead - RM 2.1 juta

Penyanyi : Lil Jon

crunk aint dead

Rantai penyanyi Lil Jon yang dinamakan sebagai Crunk Ain't Dead ini suatu masa dahulu pernah diiktiraf oleh Guinness Book of World Records sebagai rantai penyanyi rap paling mahal.

Rantai seberat 2.3kg ini mengandungi lebih daripada 3,700 berlian putih berjumlah 73 karat. Sama seperti Takeoff, Lil Jon berbelanja sebanyak RM 2.1 juta untuk rantai sebesar 7.5 inci ini.

Penyanyi yang boleh dianggap sebagai pemain lama dalam industri hip-hop ini telah menghasilkan sebanyak 7 album dan 15 singles.

5. Twin Panther - RM 2.1 juta

Penyanyi : Gucci Mane

gucci mane twin panther

Rantai Twin Panther yang dimiliki oleh penyanyi Gucci Mane ini tidak kelihatan seperti kebanyakan rantai yang biasa dipakai penyanyi rap terkenal lain. Bahkan, rantai ini tidak mempunyai medallion atau pingat.

Walau bagaimanapun, rantai yang diukir menyerupai kepala harimau kumbang ini tetap dianggap unik dan merupakan antara rantai penyanyi rap termahal.

Secara keseluruhannya, rantai bernilai RM 2.1 juta ini mempunyai 1,800 permata yang ditanam padanya. Gucci Mane mempunyai banyak lagi koleksi rantai mahal tetapi Twin Panther adalah yang termahal di antara semua.

4. 64 Crayons - RM 2.1 juta

Penyanyi : Sean Kingston

sean kingston 64 crayons

Penyanyi rap yang berasal dari Jamaica ini terkenal dengan lagu-lagunya yang mempunyai unsur rap dan raggae. Penyanyi bertaraf dunia yang terkenal dengan lagu Beautiful Girls ini turut mempunyai antara rantai termahal dalam dunia hip-hop.

Rantai yang diberi nama 64 Crayons ini dihasilkan mengikut bentuk kotak crayon. Ia dihasilkan daripada emas putih dan berlian berwarna untuk melambangkan crayon itu. Pada bahagian belakang pingat rantai ini ditulis "Go crayons."

Rantai bernilai RM 2.1 juta ini bukan sahaja merupakan antara rantai termahal dunia tetapi juga adalah crayon paling mahal di dunia.

3. Ice Age - 4.23 juta

Penyanyi : Mike Jones

mike jones ice age

Penyanyi rap Mike Jones mungkin tidak begitu dikenali ramai tetapi dia mempunyai antara barangan kemas termahal dalam senarai ini. Rantai yang dinamakan sebagai Ice Age ini dihasilkan daripada berlian dan emas putih dengan pingat bertulis "Ice Age."

Pada tahun 2009, penyanyi rap itu mendapati bahawa rantainya yang bernilai RM 4.23 juta ini telah hilang di kediamannya dan dipercayai dicuri oleh rakan terdekatnya.

Mujurlah, dia menginsuranskan rantai yang mahal ini dan berjaya membuat tuntutan serta mendapatkan wangnya semula.

2. N.E.R.D. - RM 4.23 juta

Penyanyi : Pharrell Williams

pharrell williams nerd

Penyanyi Pharrell Williams menghasilkan rantai yang dikenali sebagai N.E.R.D. pada tahun 2006. Rantai itu dihasilkan dan dinamakan sempena memperingati kumpulan yang ditubuhkannya pada tahun 1999.

Walau bagaimanapun, kumpulan N.E.R.D hanya mampu bertahan selama 6 tahun sebelum dibubarkan pada 2005 di mana Williams bergerak secara solo.

Rantai N.E.R.D diiktiraf sebagai salah satu rantai penyanyi hip-hop termahal pernah dihasilkan. Rantai ini dihasilkan daripada emas dan dicorakkan dengan berlian putih dan pelbagai batu permata berharga lain. Pingat pada rantai ini menampilkan versi Pharrell Williams dan ahli kumpulan N.E.R.D. yang lain.

1. The Face - RM 6.35 juta

Penyanyi : Rick Ross

rick ross the face

Rantai penyanyi rap paling mahal adalah loket The Face yang dipakai oleh penyanyi Rick Ross. Penyanyi ini menempah rantai dengan kalung yang menyerupai wajahnya sendiri.

Rantai replika wajah penyanyi ini dihasilkan daripada emas, berlian dan pelbagai batu permata lain. Pada harga RM 6.35 juta, rantai ini mendapat julukan sebagai rantai penyanyi rap paling mahal di dunia.

Penyanyi yang berasal dari Miami ini turut mempunyai koleksi besar pelbagai barangan hiasan mewah yang lain seperti gelang dan jam tangan. Bahkan, dia yang meminati permainan video turut mempunyai koleksi permainan video yang unik dan sukar ditemui.




Hakcipta iluminasi.com (2017)