Pendidikan boleh dikatakan sebagai salah satu asat paling berharga yang boleh dilaburkan oleh seseorang individu. Tidak dinafikan seseorang itu boleh berjaya tanpa menghadiri kolej atau universiti tetapi melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi memberikan anda lebih banyak peluang dalam apa sahaja bidang yang diceburi.

Bagi golongan berkemampuan pula, mereka mempunyai pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sebahagian pusat pengajian tinggi di luar negara diiktiraf lebih berprestij dan menyediakan pengalaman yang berbeza. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walau bagaimanapun, kos pengajian di luar negara agak tinggi berbanding tempatan. Berikut adalah senarai pusat pengajian tinggi paling mahal di dunia.

7. University of Chicago - Amerika Syarikat

Kos : RM 249,000

university of chicago

Universiti ini telah diasaskan oleh John D. Rockefeller dan Persatuan Pendidikan Baptis Amerika Syarikat pada tahun 1890. Sejak dari awal lagi, University of Chicago terkenal sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang berpengaruh.

Universiti of Chicago melahirkan ramai graduan atau tenaga pengajar yang memenangi Hadiah Nobel. Selain itu, universiti ini juga menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat. Ia merupakan salah satu majikan terbesar di Chicago dengan jumlah kakitangan sebanyak 16,000 orang.

Jumlah yuran pengajian yang disertakan di atas tidak termasuk yuran lain seperti tempat tinggal di kampus dan penyediaan makanan.

6. ETH Zurich – Switzerland

Kos : RM 253,000

eth zurich

Universiti yang memberi tumpuan kepada sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik ini terletak di Zurich dan ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan Switzerland pada tahun 1854.

Misi universiti ini adalah untuk mendidik para saintis dan jurutera terhebat dan berfungsi sebagai pusat kecemerlangan sains dan teknologi kebangsaan.

Pusat pengajian tinggi ini dianggap sebagai salah satu universiti terbaik di dunia dan menduduki tempat ke-7 dalam QS World University Rankings. Kos sara hidup yang tinggi di negara ini memerlukan anda mempunyai simpanan wang yang banyak.

5. University of Oxford - United Kingdom

Kos : RM 260,000

university of oxford

Universitu of Oxford merupakan salah satu universiti paling tua di dunia yang masih beroperasi sehingga hari ini. Pusat pengajian tinggi yang mempunyai standard yang sama seperti Cambridge University ini mempunyai reputasi melahirkan sebahagian besar minda terhebat di United Kingdom dan seluruh dunia.

Jurusan pengajian yang ditawarkan universiti ini mempunyai jumlah yuran yang berbeza. Ada yang sedikit rendah dan ada yang lebih tinggi berbanding kos yang dipaparkan. Namun, yuran bagi penduduk UK dan Ireland adalah jauh lebih murah berbanding pelajar luar.

Kerana reputasinya, Oxford menjadi bandar keenam termahal di dunia bagi pelajar pengajian tinggi. Pada tahun 2018 sahaja, universiti ini mempunyai pendapatan sebanyak RM 13 bilion dan berada pada kedudukan ke-5 dalam QS World University Rankings.

4. Massachusetts Institute of Technology (MIT) - Amerika Syarikat

Kos : RM 276,000

massachusetts institute of technology

MIT ditubuhkan pada 1861 disebabkan peningkatan sektor perindustrian di Amerika Syarikat. Pusat pengajian tinggi terkemuka ini fokus terhadap sains gunaan dan kejuruteraan.

Sejak itu, MIT memainkan peranan penting dalam mengembangkan banyak aspek kejuruteraan, sains moden dan matematik. Selain itu, MIT juga terkenal di seluruh dunia kerana inovasi dan kekuatan akademiknya.

Sebanyak 93 pemenang Hadiah Nobel dan 26 Anugerah Turing mempunyai kaitan dengan pusat pengajian ini. Mereka adalah pelajar lepasan MIT atau tenaga pengajar di sini. Tidak hairanlah jika ia merupakan salah satu pusat pengajian termahal dunia.

3. New York University - Amerika Syarikat

Kos : RM 316,000

nyu

Ditubuhkan pada tahun 1831, New York University adalah salah satu pusat pengajian pertama yang mengambil pelajar berdasarkan kemampuan akademik, bukannya taraf sosial mereka.

NYU juga merupakan salah satu pusat pengajian multinasional di dunia dan mempunyai kampus-kampus di seluruh dunia seperti Eropah, Asia dan Timur Tengah.

Universiti tanpa sempadan di tengah-tengah bandar Manhattan ini terkenal dengan bidang Seni dan juga Sains. Antara individu terkenal lulusan NYU adalah seperti Angelina Jolie, Lady Gaga dan Martin Scorsese. 

2. Columbia University - Amerika Syarikat

Kos : RM 325,000

columbia university

Lama sebelum NYU ditubuhkan, Columbia University terlebih dahulu mengukuhkan cengkamannya di Big Apple sejak tahun 1754. Universiti ini merupakan salah satu daripada 9 universiti yang ditubuhkan sebelum Revolusi Amerika.

Columbia University merupakan salah satu daripada lapan universiti Ivy League di Amerika. Universiti berprestij ini sangat memilih calon pelajar mereka dengan kadar penerimaan sekitar kira-kira 6% sahaja.

Universiti yang mementingkan pembelajaran tahap tinggi ini juga mengenakan yuran yang amat tinggi bagi para pelajar yang layak memasukinya.

1. Harvey Mudd College - Amerika Syarikat

Kos : RM 335,000

harvey mudd

Apakah yang menjadikan Harvey Mudd sebagai pusat pengajian tinggi termahal di dunia?

Harvey Mudd College berada pada kedudukan kedua paling tinggi menghasilkan PhD STEM (singkatan Science, Technology, Engineering dan Math). Forbes telah menamakan kolej ini sebagai pusat pendidikan ke-18 terbaik di Amerika.

Malah, Harvey Mudd juga sering dinobatkan sebagai pusat pengajian kejuruteraan terbaik di Amerika Syarikat. Kolej ini dinamakan sempena seorang jurutera perlombongan, Harvey Seeley Mudd, yang bertanggungjawab membiayai penubuhan kolej ini.

Walaupun mengenakan yuran yang paling mahal, pusat pengajian tinggi yang hanya mempunyai kira-kira 900 pelajar pada satu-satu masa ini juga melahirkan ramai graduan yang pendapatan tinggi di Amerika.




Hakcipta iluminasi.com (2017)