pemain termahal dunia

Sekiranya anda seorang peminat bola sepak antarabangsa, mesti anda sedar bahawa gaji pemain bintang rata-ratanya tidak masuk akal. Bayangkan mereka dibayar sebanyak ratusan ribu dollar seminggu untuk bermain satu hingga 2 perlawanan seminggu.

Jendela perpindahan di penghujung musim juga menyaksikan perubahan tangga gaji pemain apabila ada pemain yang ditawarkan kontrak baru dan ada juga yang berpindah ke kelab lain untuk mencari nafas baru.

Kali ini, pihak IIuminasi ingin kongsikan pula senarai pemain bola sepak antarabangsa yang mendapat pendapatan termahal bagi musim 2021/22. Bagi senarai ini, gaji yang diterima akan dicampur dengan jumlah pendapatan dari segi tajaan dan penjenamaan.

7. Andres Iniesta

andres iniesta

Pendapatan: $37 juta (gaji) + $4 juta (komersial)

Nama yang mungkin mengejutkan dalam senarai ini memandangkan namanya kurang muncul di media selepas mengambil keputusan berpindah ke kelab Vissel Kobe pada tahun 2018 dengan menandatangani 2 tahun kontrak bersama kelab itu.

Pemain tengah ini sejak itu membantu kelab memenangi Piala Maharaja pada tahun 2019, melayakkan diri ke Liga Juara-Juara AFC untuk pertama kalinya dan memenangi Piala Super Jepun pada bulan Februari 2020. Pada bulan April yang lalu, pada hari ulang tahunnya yang ke-37, beliau menandatangani kontrak baru untuk mengekalkannya bersama kelab sehingga 2023.

6. Robert Lewandowski

robert lewandowski

Pendapatan: $27 juta (gaji) + $8 juta (komersial)

Kontrak pemain berusia 33 tahun ini berakhir pada tahun 2023 dan penampilannya sebagai pemain tahunan di liga Jerman tahun ini menimbulkan desas-desus beliau bakal berpindah ke kelab lain. Kali terakhir beliau gagal menjaringkan gol untuk Bayern adalah pada bulan Februari dan beliau kini sudah menjaringkan 19 gol dalam semua permainan.

Selain pendapatan daripada bermain dengan Bayern Munich, beliau turut melancarkan jenama produk pakaiannya sendiri RL9  selain turut memperoleh pendapatan daripada Nike, Huawei, Head and Shoulders dan beberapa jenama lain.

5. Mohamed Salah

mohamed salah

Pendapatan: $26 juta (gaji) + $16 juta (komersial)

Dengan baki dua tahun dalam kontrak pemain berusia 29 tahun ini, Salah dan Liverpool sedang dalam rundingan untuk mengekalkan penyerang bintang ini di Anfield. Sejak meninggalkan Roma pada tahun 2017, beliau  telah menjadi antara pencetak gol terbanyak Liverpool dan Liga Perdana Inggeris.

Oktober lalu, beliau menjaringkan gol ke-100 untuk kelabnya, menjadi yang terpantas untuk melakukannya dalam sejarah kelab itu. Tidak ada pemain Liga Perdana lain yang menjaringkan lebih banyak gol dalam masa yang sama. Beliau juga telah menjadi wajah contoh atlet Muslim dalam sukan bola sepak.

4. Kylian Mbappe

kylian mbappe 162

Pendapatan: $28juta (gaji) + $15 juta (komersial)

Dengan kehebatan yang dimilikinya, agak mengejutkan kerana gajinya jauh lebih rendah daripada Neymar, Messi dan Ronaldo. Pemain Perancis berusia 22 tahun ini baru-baru ini menolak kontrak lanjutan dengan PSG yang akan menjadikannya setara dengan gaji Neymar dan mengekalkannya dengan kelab sehingga 2024.

Musim 2021-22 adalah yang terakhir dalam kontraknya sekarang. Mbappe telah mengumpulkan lebih banyak gol dalam kariernya daripada yang dimiliki Ronaldo atau Messi pada usianya. Dia juga membuat lebih banyakd duit dari yang mereka pada usia yang sama kerana penaja komersial telah mengenalpasti potensinya lebih awal.

3. Neymar Jr.

neymar jr 248

Pendapatan: $75 juta (gaji) + $20 juta (komersial)

Neymar akhirnya bertindak keluar daripada bayang bermain di bawah populariti Messi di Barcelona untuk berpinndah ke PSG pada 2017 dengan bayaran yuran perpindahan $ 263 juta dan membantu kelab itu ke final Liga Juara-Juara pertamanya tahun lalu.

Pada Mei lalu pemain berusia 29 tahun itu menandatangani kontrak lanjutan selama empat tahun untuk tinggal di ibu negara Perancis sehingga 2025 dan kekal di antara pemain dengan gaji tertinggi. Untuk musim 2021/22, beliau bakal memperoleh gaji $75 juta dan pendapatan dari program komersial berjumlah $20, menjadikan keseluruhan pendapatannya $95 juta.

2. Lionel Messi

lionel messi 224

Pendapatan: $75 juta (gaji) + $35 juta (komersial)

Sering dibandingkan dengan Cristiano Ronaldo, Messi kini merupakan pemain dengan gaji termahal di dunia. Beliau dijangka memperoleh $75 juta gaji dan tambahan $35 juta dari kempen komersial bersama beberapa jenama, menjadikan pendapatannya bagi musim 2021/22 sekitar $110 juta.

Messi secara kontroversi berpindah ke Paris Saint-Germain pada jendela perpindahan lalu dengan yuran perpindahan percuma. Pemain berusia 34 tahun ini kini bermain bersama Neymar dan Kylian Mbappe di Paris dan pasukan Mauricio Pochettino kini menjadi pilihan untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah.

1. Cristiano Ronaldo

cristiano ronaldo 907

Pendapatan: $70 juta (gaji) + $55 juta (komersial)

Cristiano Ronaldo melengkapkan kejutan dengan membuat perpindahan kembali ke Manchester United setelah tiga musim bersama Juventus. Dianggap salah satu pemain terbaik sepanjang zaman, Ronaldo kembali ke Manchester United selepas 12 musim. Pemain antarabangsa Portugal ini pernah mencipta nama di England memainkan peranan utama untuk Manchester United.

Walaupun dari segi gaji beliau hanyalah berada di tangga ketiga tertinggi selepas Neymar dan Messi, namun bagi jumlah pendapatan keseluruhan beliau berada di tempat pertama dengan jumlah keseluruhan $125 juta dimana $70 juta adalah gajinya dan tambahan $55 juta pendapatan daripada pelbagai kontrak tajaan dan penjenamaan. 

Kredit:

  1. FORBES
  2. SCMP


Hakcipta iluminasi.com (2017)