Sesuatu tempat atau lokasi itu boleh menjadi tumpuan pelancong sekiranya terdapat faktor tarikan menarik padanya seperti cuaca, pemandangan, faktor sejarah dan seumpamanya.
Walau bagaimanapun, tidak semua lokasi pelancongan akan kekal selamanya. Ada kawasan pelancongan yang terpaksa ditutup atas sebab-sebab tertentu seperti kemusnahan alam, perubahan iklim, pencemaran, persaingan daripada pesaing dan sebagainya.
BESARKAN TEKS A- A+
Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi kepada para pembaca kami 7 lokasi pelancongan yang dahulunya popular namun kini tidak lagi wujud atau tidak lagi dibuka untuk tujuan pelancongan atass pelbagai sebab.
1. Darwin’s Arch, Pulau Galapagos
Kepulauan Galapagos di Ecuador diklasifikasikan sebagai tapak warisan UNESCO kerana kekayaan semula jadinya. Lokasi ini menjadi rumah bagi banyak spesies yang tidak terdapat di tempat lain seperti iguana laut dan pulau-pulau yang menarik pelancong dari seluruh dunia.
Tarikan semula jadi yang paling terkenal di pulau-pulau itu sudah tidak ada lagi. Terdapat formasi batuan yang berbentuk seperti lengkungan yang disebut Darwin's Arch - dinamai sempena lawatan terkenal Darwin ke pulau-pulau ini pada tahun 1835. Menurut gambar yang dikeluarkan oleh Kementerian Alam Sekitar Ecuador, bahagian atas lengkungan tersebut telah runtuh pada bulan Mei 2017, mungkin disebabkan oleh hakisan semula jadi.
2. Maya Bay, Thailand
Maya Bay terletak di Ko Phi Phi Le dan merupakan yang kedua terbesar dari semua pulau di kepulauan Phi Phi yang indah di Thailand. Pulau ini pernah ditayangkan dalam filem tahun 2000 yang dibintangi Leonardo di Caprio - The Beach - dan masih merupakan salah satu pantai tropika paling indah yang dapat anda kunjungi di seluruh dunia.
Mulai tahun 2018, kerajaan Thailand telah melarang semua pelancong ke sini kerana popularitinya yang semakin meningkat telah mempengaruhi ekologi tempatan, termasuk hampir semua batu karang. Pada puncaknya, kawasan ini menerima kedatangan jumlah pelancong lebih dari 5,000 orang, mendorong kerajaan untuk menutupnya kepada semua pelancong bermula pada tahun 2018.
3. River Country, Florida
Taman air River Country dimulakan sebagai salah satu tarikan utama pertama yang dibina di Walt Disney World di Florida pada tahun 1976. Taman ini juga merupakan salah satu taman air bertema sepenuhnya yang pernah ada, menjadikannya tarikan bagi peminat taman air di seluruh dunia.
Namun, River Country menghadapi persaingan sengit dari taman bertema lain yang lebih baru, termasuk taman tema Disney lain seperti Typhoon Lagoon. Disney mengumumkan penutupan River Country pada tahun 2005, setelah ditutup selama hampir tiga tahun untuk penyelenggaraan.
4. Menara Porselin, Nanjing
Menara Porselin di Nanjing ini bukan hanya monumen terkenal di China, tetapi juga dianggap sebagai keajaiban dunia abad pertengahan yang diketahui oleh banyak pelancong pada masa itu. Dibina oleh Maharaja Yongle dari Dinasti Ming, menara ini atau lebih tepatnya pagoda - siap dibina pada awal abad ke-15.
Malangnya, menara ini hancur pada abad ke-19 semasa peristiwa Pemberontakan Taiping - salah satu perang saudara terbesar dalam sejarah. Tapak asal itu kini ini kini dibina versi moden dari Menara Porselin yang asli yang dibiayai oleh sumbangan yang cukup besar dari seorang jutawan China.
5. Chacaltaya Glacier Ski Resort, Bolivia
Glacier Chacaltaya di Bolivia dahulu adalah salah satu glasier terbesar di rantau ini. Para saintis Bolivia mula mengkajinya pada tahun 90-an, menganggarkan bahawa ia dapat bertahan sehingga sekurang-kurangnya tahun 2015. Namun, ia mencair lebih cepat daripada yang diharapkan, mempengaruhi banyak orang yang bergantung kepadanya untuk bekalan air tawar mereka di dataran La Paz yang gersang.
Ia juga merupakan lokasi Chacaltaya Glacier Ski Resort - tempat peranginan ski tertinggi di dunia pada zaman kegemilangannya. Menjelang tahun 2009, glasier Chacaltaya telah mencair sepenuhnya. Tempat peranginan ini yang pernah menjadi pusat kegiatan pelancongan yang ramai di rantau ini pada musim sejuk, kini sudah diabaikan.
6. Air Terjun Guaira, Paraguay dan Brazil
Air Terjun Guaira adalah sekumpulan air terjun semula jadi yang terbentuk di Sungai Panama yang terletak di sepanjang sempadan Paraguay dan Brazil. Dari segi isipadu air, Air Terjun Guaira mungkin mempunyai jumlah air jatuh tertinggi berbanding air terjun lain yang kita ketahui - bunyinya begitu kuat sehingga dapat ddengari dari 20 batu jauhnya.
Walaupun ia adalah salah satu destinasi pelancongan yang paling kerap dikunjungi di Paraguay dan Brazil, Air Terjun Guaira kini hanya menjadi sejarah masa lalu. Ianya tenggelam dan diganti oleh Dam Itaipu pada tahun 1982 sebagai sebahagian dari perjanjian antara Paraguay dan Brazil.
7. Pokok Wawona, California
Pokok sequoia raksasa adalah antara spesis pokok terbesar dunia berdasarkan isipadu. Spesis ini juga salah satu yang tertinggi dan pokok yang lebih tua boleh mencapai ketinggian lebih dari 270 kaki. Spesies ini hanya terdapat di kawasan lereng pergunungan Sierra Nevada di California, menjadikannya tempat percutian yang ideal untuk para pejalan kaki dan peminat alam dari seluruh dunia.
Mungkin sequoia gergasi yang paling terkenal adalah pokok dinamakan Wawona yang berusia 2100 tahun yang ditebuk lubang besar di bawahnya untuk menarik pelancong pada tahun 1881. Malangnya tindakan ini dan faktor lain seperti cuaca melemahkan pokok ini sebelum ia akhirnya rebah ketika musim sejuk 1968-69 ketika berusia hampir 2100 ketika itu.
Kredit: