Terdapat banyak tempat yang menakutkan dan menyeramkan di dunia. Namun, ianya mungkin tidak cukup menakutkan berbanding dengan kawasan yang sangat tercemar dengan bahan radioaktif.

Sejak sekian lamanya, manusia sudah menggunakan bahan radioktif untuk tujuan menghasilkan tenaga nuklear, senjata nuklear dan banyak lagi. Malangnya, penggunaan bahan radioaktif ini kebiasaannya menghasilkan sisa-sisa radiokaktif yang sukar untuk dilupuskan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tidak seperti bahan buangan atau sisa lain yang mudah diuruskan dan dilupuskan, bahan radioaktif ini adalah sesuatu yang mungkin tidak boleh dilihat dengan mata kasar tetapi boleh memberi kesan dalam jangka masa panjang. Melupuskannya juga tidak semudah menanamnya di dalam tanah kerana bahan ini boleh "merebak" ke tanah, air dan persekitarannya, menjadikan keadaan lebih buruk.

Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi 7 kawasan yang diperayai mempunyai tahap pencemararan bahan radioaktif di muka bumi. Untuk makluman, senarai ini disusun secara rawak.

1. Kilang nuklear di Hanford, Washington

kilang nuklear hanford

Pada tahun 1950-an, Amerika Syarikat sedang rakus dengan penghasilkan senjata nuklearnya. Malah, terdapat sebuah kilang yang ditubuhkan sempena Projek Manhattan untuk penghasilkan plutonium bagi menghasilkan bom atom. Malangnya, penghasilan bahan ini turut menghasilkan sisa radioaktif yang begitu banyak.

Cubaan menjual sisa-sisa radioaktif ini juga gagal. Sebagai alternatif, pusat pelupusan sisa bawah tanah telah dibina. Tanpa pengurusan sisa radioaktif yang betul, akhirnya  bahan-bahan radiaktif ini mula menyerap ke dalam tanah dan mencemarkan air.

Usaha pembersihan kawasan ini sudah dilakukan selama berdekad lamanya dan telah memberi kesan buruk kepada pekerja yang terlibat walaupun segala langkah keselamatan telah diambil.

2.  Mailuu-Suu

mailuu suu

Mailuu-Suu merupakan sebuah kawasan di Kyrgyztan yang kaya dengan uranium. Sewaktu zaman Kesatuan Soviet, kawasan ini menjadi pusat perlombongan radioaktif terbesar dan sisa toksiknya juga tidak dilupuskan dengan betul.

Dipercayai 2 juta meter padu sisa radioaktif yang telah ditanam di bawah kerikil dan konkrit di 23 buah tapak pelupusan di sekitar kawasan ini. Apa yang menjadikan kawasan ini lebih merbahaya adalah lokasinya yang terletak berdekatan sungai yang menjadi sumber air bagi kira-kira 2 juta penduduk yang tinggal di kawasan hilir.

3. Kilang tenaga Fukushima Daiichi

fukushima daiichi

Pada Mac 2011, gempa bumi yang melanda beberapa kawasan di Jepun telah menyebabkan tsunami dan mengorbankan 19,000 manusia. Tsunami yang berlaku telah menyebabkan kilang ini yang terletak berhampiran dengan laut mengalami kerosakan, seterusnya mengakibatkan malapetaka pencemaran bahan radioaktif yang dahsyat.

Akibatnya, kerajaan telah mengambil langkah memindahkan 100,000 orang yang tinggal di kawasan berdekatan. Pada masa yang sama, usaha pembersihan sisa radioaktif turut dijalankan dan robot-robot juga telah digunakan untuk kerja-kerja pembersihan sisa-sisa radioaktif ini.

4. Lombong uranium Church Rock

lombong uranium church rock

Pada tahun 1979, kebocoran yang terjadi pada empangan di Lombong uranium Church Rock di New Mexico telah menyebabkan kira-kira 1,100 tan uranium dan 94 juta air sisa terawat mencemarkan Sungai Puerco sehingga 80 km ke hilir.

Kemalangan ini kekal sehingga kini sebagai kemalangan yang melibatkan pelepasan bahan radioaktif terbesar di Amerika. Bahan radioaktif ini dikesan terdapat pada haiwan, air dan tumbuhan serta turut memberikan impak buruk kepada populasi orang Navajo yang tinggal di kawasan sekitar apabila ada antara mereka yang melahirkan anak yang cacat serta kerosakan buah pinggang. 

5. Mayak

mayak 772

Sebelum tragedi di Chernobyl diketahui umum, terdapat banyak ura-ura yang mengatakan sebenarnya pihak Kesatuan Soviet sudah lama menyembunyikan tragedi sedemikian yang sudah beberapa kali berlaku di loji nuklear mereka yang lain. Salah satunya adalah di Mayak.

Mayak adalah tapak tentera rahsia yang berhampiran dengan bandar Chelyabinsk yang tertutup dan khusus dalam pembuatan plutonium untuk tentera. Pada tahun 1957, loki nuklear ini telah mengalami satu insiden yang menyebabkan pencemaran 7,700 batu persegi kawasan sekitarnya.

Pada masa tersebut, pihak berkuasa Soviet telah menyembunyikan perkara ini sehinggalah ianya didedahkan setelah kejatuhan rejim Kesatuan Soviet pada 1990-an. Hanyalah pada 2009 penduduk di kawasan Mayak ini dipindahkan setelah tahap bahaya radioaktif disini telah diketahui.

6. Pesisir pantai Somalia

Kawasan pesisir pantai Somalia diketahui masyarakat antarabangsa aktif dengan kegiatan lanun. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu kawasan ini juga sangat tercemar dengan bahan-bahan radioaktif akibat pembuangan sisa-sisa toksik dikawasan ini suatu ketika dahulu.

Ketiadaan pasukan keselamatan menjaga kawasan pesisir pantai ini menjadikan ianya tidak terkawal dengan aktiviti pembuangan sisa ini. Ramai yang tidak menyedari tahap bahaya bahan radioaktif ini kerana kebanyakannya sudah tertanam jauh ke dalam pasir.

Walau bagaimanapun, kejadian tsunami pada tahun 2009 menjadikan keadaan semakin buruk kerana ianya telah mengakibatkan hakisan teruk pada kawasan pantai, seterusnya mendedahkan kembali bahan-bahan radioaktif ini. Pihak United Nations sudah menyedari perkara ini sejak bertahun lamanya dan mengesyorkan sesuatu perlu dilakukan demi keselamatan penduduk setempat.

7. Sellafield

sellafield

Tragedi yang berlaku di Sellafield umpama tragedi yang berlaku di Chernobyl. Ianya berlaku apabila salah satu loji memproses utama dikenali sebagai Windscale No. 1 telah terbakar pada Oktober 1957 sehingga menyebabkan 11 tan uranium terbakar selama 3 hari. 

Lebih malang, pada peringkat tiada penduduk berdekatan yang dipindah keluar dan kerja-kerja di loji berkejaan diteruskan seperti biasa. Jika tidak kerana tindakan  Thomas Tuohy, Timbalan Pengurus Besar disitu yang mengambil tindakan berani matinya, kemungkinan letupan yang lebih dahsyat akan terjadi.

Kredit:

  1. Time
  2. NPR
  3. CBS News
  4. Stanford
  5. VOA News
  6. The Independent



Hakcipta iluminasi.com (2017)