Kapal persiaran mungkin merupakan ekspresi utama sesetengah golongan kaya. Mereka melambangkan bukan sahaja keupayaan pembeli untuk membelinya dengan tanda harga yang cukup besar, tetapi membolehkan mereka menikmati percutian dengan penuh ketenangan jauh dari hiruk pikuk orang lain. 

Maka tidak hairanlah sesetengah jutawan di dunia membelanjakan berjuta-juta malah berbilion-bilion dolar untuk memiliki dan merasai pengalaman menaiki kapal persiaran mereka sendiri. Mari kita lihat 7 kapal persiaran paling mahal di dunia yang pernah dijual dan boleh dibeli. 

7. Oceanco Custom Sunrays - $149 juta

oceanco custom sunrays

Kapal dari 2010 ini dibina di limbungan kapal Oceanco. Ia adalah kapal bermotor berbilang tingkat yang membentang sepanjang 85 meter atau 280 kaki. Pereka Belanda Bjorn Johansson mencipta kapal ini dalam siri Y700 beliau.

Bahagian dalam Sunrays telah dicipta oleh Terence Disdale, seorang perekka bentuk dalaman mewah. Kapal ini mempunyai salun, ruang istirahat, dewan makan formal, dan spa yang luar biasa di dek jambatan. Ruang istirahat kapal boleh diubah menjadi pawagam  sesuka hati.

6. Lurssen Custom KISMET - $195 juta

lurssen custom kismet

Limbungan kapal Lurssen membina kapal  mega ini yang mempunyai 312 kaki panjang, pada tahun 2014. Pasukan pembinaan kapal layar Moran bekerjasama dengan Lurssen untuk mencipta kapal ini, dengan reka bentuk luaran oleh Espen Oeino dan dalaman oleh Reymond Langton Design.

Kapal layar ini yang dikenali dengan nama ringkas KISMET, mempunyai 8 bilik kabin termasuk bilik utama dengan dek peribadi, jakuzi dan helipad. Kapal ini juga mempunyai kolam renang, spa dan banyak lagi kemudahan. Anda boleh memiliki semua kemewahan ini kos $195,239,168.

5. Benetti Custom Motoryacht IJE  - $202 juta

benetti custom motoryacht ije

Kapal layar yang dibuat khas oleh Benetti ini telah dibina pada 2019, dengan bahagian luar yang dihasilkan oleh pereka di RWD. Benetti mengambil bahagian dalam, digayakan mengikut rekabentuk rumah mewah di pantai untuk membawa pengalaman percutian di atas kapal.

Pada 354 kaki, ini adalah kapal layar Benetti terpanjang pernah dibina. Ia mempunyai salun, gimnasium, kolam renang, ruang makan terbuka, ruang istirahat, firepit dan pelbagai kemudahan lain dengan tanda harga $202,170,736.

4. Shatoosh 2022 Yacht -  $213 juta

shatoosh 2022 yacht

Sebuah limbungan kapal di Jerman sedang membina Shatoosh untuk dijual pada tahun 2022 dan kini adalah yang paling mahal di pasaran pada harga $213,629,813. Ia adalah kapal persiaran mega sepanjang 331 kaki, berdasarkan reka bentuk H2 Shatoosh.

Kapal layar buatan Jerman ini mempunyai kelajuan maksimum 18kn dan julat 6000nm. Buat masa ini, tidak banyak info yang didedahkan oleh pembangun kapal ini. 

3. Eclipse - $590 juta

Eclipse telah dibina di Jerman oleh Blohm+Voss dan merupakan salah satu yang terbesar dalam senarai ini dengan panjang 533 kaki (dan yang keempat terbesar di dunia). Ahli perniagaan Roman Abramovich membeli kapal layar ini pada 2010 dengan harga $590 juta, yang nilainya menjadi hampir $650 juta hari ini.

Sebagai kapal persiaran milik ahli perniagaan, Eclipse mempunyai banyak ciri unik, termasuk dua helipad, tiga bot pelancar, dua kolam, dan juga dewan disko. Eclipse juga mempunyai kapal selam mini yang boleh dilancarkan. Ia boleh tenggelam sehingga 50 meter (atau 160 kaki).

2. Azzam - $600 juta

azzam

Kapal Azzam adalah yang terbesar dalam senarai ini dengan panjang 590 kaki yang sangat besar. Ia pertama kali dilancarkan pada 2013, direka oleh Nauta Design untuk rekabentu mewah dan kelajuannya. Oleh itu, kapal layar Ramai yang melihatnya dari jauh terkejut apabila mengetahui ia adalah salah satu kapal layar terbesar di dunia kerana ia kelihatan sangat padat dan elegan.

Kapal layar Azzam mempunyai saloon terbuka dan bilik untuk 36 tetamu dan 80 anak kapal. Rupa bahagian dalamnya adalah rahsia keluarga diraja Dubai tetapi diketahui bahawa ia telah direka oleh pereka dalaman Perancis, Christophe Leoni, yang juga mereka bentuk venir kayu dan marquetry di istana keluarga diraja.

1. History Supreme - $4.8 billion

history supreme

Kapal persiaran yang paling mahal ialah History Supreme. Ia juga merupakan kapal layar terpendek dalam senarai ini dengan panjang 100 kaki, cuku pendek sehinggakan kebanyakan orang akan memanggilnya bot. Stuart Hughes mencipta History Supreme, sebuah bot yang diliputi sepanjang keseluruhannya dengan platinum dan emas pepejal.

Seorang ahli perniagaan Malaysia yang tidak mahu dikenali membeli History Supreme dengan harga $4.8 bilion. Ia mengambil masa tiga tahun untuk pembinaannya, serta 220,462 paun logam berharga yang menutupi hampir setiap inci bahagian luar dan dalam. Sesetengah pihak percaya ia milik Robert Kuok.

Kredit:

  1. Nautica
  2. Market Herald
  3. Marine Insight
  4. Yatch World



Hakcipta iluminasi.com (2017)