Sejak kebelakangan ini, kisah mengenai seorang gadis Sindrom Down bernama Bella menjadi tumpuan seluruh warga Malaysia. Bella didakwa didera oleh pengurus sebuah rumah kebajikan yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kesejahteraan remaja itu.

Sepatutnya, kanak-kanak Sindrom Down seperti Bella perlu diberi perhatian dan penjagaan yang lebih berbanding kanak-kanak normal. Dilahirkan dengan keupayaan intelektual dan fizikal yang terbatas sebenarnya bukanlah penghalang bagi insan istimewa Sindrom Down untuk berjaya di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah beberapa individu Sindrom Down yang berjaya dan terkenal di mata dunia.

1. Sujeet Desai

sujeet desai

Sujeet Desai ialah pemuzik Sindrom Down pertama yang bermain di Carnegie Hall iaitu antara dewan muzik yang paling ternama di dunia. Sujeet juga berjaya menguasai tujuh instrumen muzik iaitu klarinet bb, klarinet bes, saksofon alto, biola, piano, trompet dan gendang.

Sujeet telah membuat persembahan di hampir seluruh Amerika Syarikat dan 13 negara lain. Dia memenangi banyak anugerah termasuklah Anugerah Pencapaian Hari Orang Kurang Upaya PBB, Anugerah Hari Sindrom Down Sedunia dan banyak lagi.

Selain sering mendapat liputan stesen televisyen dan akhbar ternama, kisah Sujeet turut diterbitkan dalam beberapa rancangan dokumentari.

2. Madeline Stuart

madeline stuart

Madeline Stuart dikenali secara meluas sebagai model profesional pertama dengan Sindrom Down. Madeline menjadi orang kedua dengan Sindrom Down yang diberi penghargaan untuk berjalan di pentas New York Fashion Week (selepas pelakon Sindrom Down Jamie Brewer).

Sejak itu, dia sering dijemput untuk menjadi model di pelbagai acara fesyen. Madeline turut menyertai Paris Fashion Week, London Fashion Week dan banyak lagi. Malah, gadis ini turut disenaraikan dalam majalah Vogue dan Forbes.

Lebih mengagumkan lagi, model yang berasal dari Australia ini telah memulakan jenama fesyennya sendiri iaitu 21 Reasons Why. Anda mungkin tidak percaya bahawa Madeline pernah menamatkan triatlon Sukan Olimpik Khas sebanyak tiga kali. 

3. Pablo Pineda

pablo pineda

Pablo Pineda ialah seorang pelakon dan pendidik dan dikenali sebagai individu Sindrom Down Eropah yang pertama memperolehi ijazah universiti. Beliau menamatkan kedua-dua Diploma dalam Perguruan dan Psikologi Pendidikan.

Dia turut membintangi sebuah filem mengenai seorang lulusan universiti dengan Sindrom Down. Walaupun masih berlakon, Pineda bercadang untuk membina kerjaya dalam bidang pendidikan dan berusaha melaksanakan strategi antarabangsa untuk meningkatkan peluang pekerjaan bagi orang kurang upaya.

Dia kini menjadi penceramah jemputan di universiti di seluruh dunia selain telah menulis beberapa buah buku. Video Pineda berucap di Ted Talk tersedia untuk ditonton dalam talian.

4. Zach Gottsagen

zack gottsagen

Zack Gottsagen ialah seorang pelakon yang telah membintangi beberapa filem dan antara filemnya yang paling terkenal setakat ini adalah The Peanut Butter Falcon (2019).

Dia turut menjadi individu pertama menghidap Sindrom Down untuk mempersembahkan anugerah bersama-sama pelakon Shia LaBeouf di Anugerah Akademi. 

Ketika kecil, pakar perubatan memberitahu bahawa Gottsagen mungkin tidak boleh bercakap atau berjalan. Dengan bantuan ibunya, dia berjaya membuktikan bahawa tiada yang mustahil untuk dilakukan.

5. Tim Harris

tim harris

Tim Harris ialah seorang atlet yang telah memenangi banyak pingat emas di Sukan Olimpik Khas (berbeza dengan Paralimpik). Dia bertanding dalam bola keranjang, hoki, bola tampar, golf dan acara trek dan padang.

Tim juga merupakan satu-satunya penghidap Sindrom Down di AS yang berjaya membuka restorannya sendiri. Restoran Tim diberi nama Tim's Place di Albuquergue, New Mexico. Tim turut menubuhkan yayasannya sendiri yang dinamakan sebagai Tim's Big Heart Foundation di mana dia berhasrat untuk memberi inspirasi kepada semua orang di seluruh dunia.

6. Chelsea Werner

chelsea werner

Chelsea Werner ialah seorang ahli gimnasti Sukan Olimpik Khas dan seorang model. Ketika masih kecil, doktor memberitahu bahawa Chelsea mungkin tidak dapat berjalan kerana mempunyai masalah otot.

Namun, dia berjaya membuktikan doktornya salah dengan menjadi pemenang Kejohanan Kebangsaan Amerika Syarikan sebanyak empat kali dalam acara gimnastik di Sukan Olimpik Khas.

Chelsea juga telah menceburi bidang peragaan dan telah menjadi penghias majalah terkenal seperti Teen Vouge serta dijemput untuk berjalan di New York Fashion Week.

7. Jamie Brewer

jamie brewer

Jamie Brewer ialah seorang pelakon Sindrom Down yang telah membintangi pelbagai siri televisyen dan filem Hollywood. Antara lakonannya yang paling menyerlah adalah dalam siri American Horror Story.

Brewer juga merupakan penghidap Sindrom Down pertama memenangi Anugerah Pelakon Drama Cemerlang untuk Drama Desk Award dan merupakan yang pertama berjalan di New York Fashion Week pada tahun 2015.

Brewer juga bekerjasama dengan beberapa badan untuk memansuhkan penggunaan perkataan "Retard" dalam perundangan di Texas dan menggantikannya dengan "Intellectual Developmental Disability" dalam semua bahasa rasmi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)