manusia dan haiwan

Haiwan telah memberikan pelbagai manfaat kepada manusia sejak daripada kewujudan manusia sendiri.

Antara manfaat haiwan yang terpenting kepada manusia sudah tentu sebagai sumber makanan, pengangkutan dan peneman hidup.

Namun, tak semua haiwan memberikan faedah kepada manusia. Malah ada yang membawa kepada kerosakan.

Akan tetapi, terdapat beberapa jenis haiwan yang mana sangat penting kepada manusia untuk terus bertahan hidup di Bumi.

iluminasi.com kongsikan 7 haiwan paling penting bagi manusia untuk terus kekal hidup di Bumi.

7. Lebah

lebah penting untuk bumi

Makhluk-makhluk kecil yang paling terkenal dengan madu yang lazat ini sebenarnya memainkan peranan yang lebih penting dalam membolehkan Bumi berfungsi.

Di seluruh dunia, serangga kecil yang bekerja keras ini menghasilkan serbuk bunga dari bunga ke bunga ketika terbang ke merata-rata tempat setiap hari.

Pendebungaan sangat penting kerana ia adalah proses asas yang membuatkan kebanyakan tumbuhan di Bumi berkembang.

Kehidupan tanpa tumbuh-tumbuhan, bunga, pokok, dan buah-buahan akan berlaku jika lebah tidak melakukan kerja mereka.

Malangnya, populasi lebah telah jatuh sehingga 80% di bahagian-bahagian tertentu di dunia akibat interaksi manusia, perubahan iklim, penyakit dan penggunaan racun perosak.

6. Semut

semut penting untuk bumi

Setakat ini, manusia telah menemui lebih daripada 12,000 spesies semut di seluruh dunia dan kemungkinan besar anda dapat menemuinya di hampir setiap ekosistem.

Makhluk-makhluk kecil ini membantu membentuk dan memelihara keadaan tanah yang sihat bagi tumbuh-tumbuhan untuk berkembang, yang mana menjadi makanan kita.

Aktiviti penting ini berlaku ketika semut menggali ke dalam tanah, membina terowong dan menyuburkan tanah ketika bekerja.

Hasilnya, ia membantu dalam penguraian dengan mengitar semula nutrien yang ada di dalam tanah.

5. Katak

katak penting untuk manusia

Kalau lah ada haiwan yang boleh menunjukkan tahap kesihatan ekosistem Bumi dan menjadi tanda amaran untuk manusia mengambil tindakan, pasti dunia akan lebih selamat.

Oh ya, sebenarnya katak boleh melakukannya.

Katak berfungsi sebagai penunjuk biologi kerana kulit haiwan ini menyerap bahan-bahan di habitat sekitar mereka.

Akibatnya, apa-apa perubahan pada kulit katak akan menunjukkan tahap pencemaran atau masalah lain yang ada di kawasan tersebut.

Katak boleh wujud di dalam air dan juga di darat, yang bermaksud bahawa haiwan-haiwan ajaib ini akan menjadi yang pertama untuk bertindak balas terhadap sebarang bahaya.

4. Ikan

kepentingan ikan untuk bumi

Menurut para penyelidik di University of Exeter, ikan dapat membantu mengurangkan kesan perubahan iklim dengan najisnya. Ya, najis ikan dapat mengurangkan keasidan lautan.

Dalam mengekalkan keseimbangan pH laut, najis ikan terapung ke permukaan air dan akhirnya larut. Apabila proses ini berlaku, ia membentuk karbon dioksida yang kemudiannya membantu menghasilkan keasidan di lautan.

Terdapat banyak perbincangan dalam beberapa tahun kebelakangan ini mengenai isu penangkapan ikan yang terlalu banyak.

Menurut National Geographic, 31% daripada populasi ikan dunia ditangkap secara berlebihan dan 58% lagi dipancing pada tahap mampan yang maksimum.

Dengan lebih daripada 7 bilion orang mahukan ikan berada di dalam hidangan mereka, makhluk-makhluk laut ini mungkin tidak akan dapat membiak mengikut permintaan.

3. Cacing

cacing

Mungkin ramai yang tertanya-tanya atau tak tahu apa sebenarnya fungsi cacing kan?

Makhlukbawah tanah yang licin dan kecil ini sebenarnya boleh membantu mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tempat pembuangan sampah secara dramatik .

Daripada membuang sampah terus ke tempat pembuangan sampah, manusia sudah mula kembali menggunakan sistem penguraian menggunakan cacing.

Amalan penguraiannya menggunakan cacing boleh membantu masalah rumah hijau dan jumlah sampah yang dihasilkan dalam isi rumah setiap hari.

Di samping itu, dengan menggunakan sistem penguraian cacing mampu mencipta baja yang hebat untuk tanaman dan tumbuhan lain. 

2. Primata selain daripada manusia

primata

Makhluk-makhluk comel ini bukan sekadar menjadi penjana ekonomi bagi industri pelancongan sahaja. Dengan lebih daripada 300 spesies yang berlainan di dunia, primata memainkan peranan penting dalam mengekalkan hutan tropika dan subtropika.

Najis primata menjadi penyubur pokok-pokok yang baru tumbuh untuk hari kemudian dan memastikan hutan tumbuh dengan sihat.

Tanpa ekosistem seperti ini, kita tak akan memiliki sumber karbon yang kekal. Hutan hujan tropika juga mempengaruhi pola hujan global.

Sekiranya dunia kekurangan pokok dalam hutan hujan ini, kelembapan yang masuk ke atmosfera juga berkurangan, hujan berkurangan menjadikan bekalan air berkurangan. 

1. Burung

burung

Walaupun semua haiwan yang telah disebutkan di atas pakar dalam hal masing-masing, tetapi burung mempunyai peranan dalam banyak proses semulajadi di dunia menjadikan ia antara haiwan paling penting.

Termasuk dalam pelbagai peranan ekologi, burung melaksanakan kawalan serangga, penguraian hutan, kitar semula nutrien, pendebungaan dan penanaman benih, dan pengudaraan tanah. 

Tanpa semua ini dunia kita mungkin tidak seperti hari ini.



Hakcipta iluminasi.com (2017)