Kebiasaannya aktiviti sukan yang melibatkan fizikal akan disertai oleh peserta yang kurus dan fit. Namun, tidak bagi sukan gusti Sumo dimana atlet sumo (digelar rikishi) memiliki badan yang besar dan obes.

Sumo sudah menjadi sebahagian daripada budaya orang Jepun dan merupakan antara sukan popular di sana selain karatte, judo, aikido dan iaido. Walaunpun rata-rate penggusti sumo berbadan besar, kemahiran, kekuatan dan teknik yang betul ditagih bagi membolehkan mereka mengalahkan lawan merreka. 

Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi pula beberapa fakta menarik mengenai sukan gusti sumo ini.

7. Yokozunas

yokozuna

Yokozunamerupakan pangkat tertinggi dala sumo tetapi tidak ada syarat yang ditetapkan untuk menjadi yokozuna. Selama bertahun-tahun, orang asing (atau gaijin) telah dihalang daripada mencapai pangkat ini, termasuk ahli gusti popular Konishiki, yang dilahirkan di Hawaii.

Namun, pada tahun 1993, satu lagi atlet sumo hebat kelahiran Hawaii bernama Chad Rowan akhirnya akan menjadi yokozuna bukan Jepun yang pertama. Hari ini gaijin mendominasi sumo, sehinggakan tidak ada yokozuna Jepun dalam lebih sedekad. Malah, sumo kini turut didominasi oleh atlet dari  Mongolia dan Eropah Timur.

6. Pengadil dan Seppuku

pengadil sumo

Dalam sumo, pengadil (dipanggil gyoji) tugasan mereka sebagai satu penghormatan sehingga mereka membawa pisau pada mereka sebagai simbol niat mereka untuk melakukan seppuku sekiranya berlaku kesilapan.

Sudah tentu, tiada siapa yang benar-benar membunuh diri, tetapi sekiranya satu keputusan buruk dibuat oleh  pengadil mereka secara tradisinya menyerahkan peletakan jawatan mereka kepada organisasi tempat mereka bekerja.

5. Diet

Tidak seperti kebanyakan sukan tempur lain, sumo tidak mengasingkan pesertanya mengikut berat, jadi lebih besar seseorang itu, lebih banyak kelebihannya dalam menolak pesaing yang lebih kecil. Keadaan ini membenarkan ahli gusti untuk menambah berat badan sebanyak mungkin.

Rikishi bangun pada waktu subuh dan mula berlatih tanpa bersarapan dengan andaian bahawa ini melambatkan metabolisme dan menjadikannya lebih sukar untuk membakar kalori. Pada waktu makan tengah hari, ahli gusti biasanya makan rebusan daging, sayur-sayuran dan nasi yang kaya dengan protein yang dipanggil chankonabe, bersama-sama dengan pelbagai hidangan sampingan.

4. Pavel Bojar, atlet Sumo terkurus

Pavel Bojar—seorang ahli gusti dari Republik Czech yang bertanding di bawah nama "Takanoyama." Tidak seperti atlet lain, Takanoyama hanya mempunyai berat 98 kilogram dan ketinggian 185 sentimeter. Beliau pernah terdesak untuk menambah berat badan sehingga ditangkap dan diberikan amaran kerana menggunakan insulin.

Beliau mengalahkan lawannya dengan menggunakan kepantasan dan kelicikannya menggunakan berat dan momentum lawannya untuk menjathkan mereka. Taknoyama pernah bertanding di peringkat makuuchi iaitu peringkat teratas sumo profesional sebelum bersara dari sukan ini pada tahhun 2014.

3. Rutin harian menyiksakan

Hidup seorang atlet sumo diumpakan sebagai seorang banduan di penjara yang perlu mengikuti rejim latihan ketat setiap hari. Malah, sumo bukanlah pilihan sekiranya mahu popular kerana mereka tidak mendapat bayaran tinggi sehinggalah mereka masuk ke pertandingan peringkat lebih tinggi.

Ahli gusti mesti berpakaian fesyen tradisional malah dilarang memandu. Walaupun rikishi dianggap lelaki gemuk paling sihat, memiliki berat badan berlebihan sememangnya memudaratkan kesihatan mereka dan kebiasannya mengalami masalah seperti sakit sendi, masalah buah pinggang dan hati dan lain-lain. 

2. Buli dan skandal

skandal sumo

Seperti mana-mana sukan, sumo juga tidak terlepas daripada perkara-perkara yang kurang enak didengar. Atlet sumo yang muda biasanya akan di "raging" oleh atlet senior seperti disuruh membasuh dan memasak. Malah, lebih turut ada yang disuruh membersihkan punggung atlet senior.

Pada 2007, satu skandal mengejutkan berlaku di pusat latihan Tokitsukaze dimana seorang atlet berusia 17 tahun Takashi Saito. Walaupun awalnya dikatakan mati kerana sakit jantung, laporan penyiasatan mendedahkan atlet malang itu sebenarnya dipukul oleh 3 atlet lain atas denda yang diarahkan oleh pengurus pusat latihan itu. 

1. Atlet sumo wanita

Dalam kebanyakan sukan, terdapat jurang perbezaan besar pendapatan antara atlet lelaki dan wanita, termasukklah sukan sumo. Wanita secara umumnya diharamkan dalam dunia sumo; mereka dilarang sama sekali daripada memasuki dohyo, gelanggang tempat gusti berlaku, kerana haid menjadikan mereka najis secara simbolik.

Tidak lama dahulu, gusti sumo wanita menjadi tarikan popular di Jepun. Walau bagaimanapun, apa yang dipanggil onnazumo ini bukanlah acara sukan yang tulen tetapi lebih kepada hiburan. Organisasi ahli gusti sumo wanita masih wujud seperti di Amerika Syarikat tetapi tiada siapa yang menjangka popularitinya akan meningkat. 

Kredit:

  1. The Independent
  2. Spiegel
  3. USA Today
  4. NPR
  5. The New York Times
  6. The Guardian



Hakcipta iluminasi.com (2017)