Manusia telah melaksanakan hukuman mati sejak lama dahulu.

Tetapi baru-baru ini kita telah mengalihkan perhatian ke arah membangunkan lebih banyak kaedah yang dianggap lebih berperikemanusiaan.

Pada abad ke-15 di Eropah, penderitaan tahanan yang dihukum mati merupakan ciri penting tentang keadilan. Tetapi seiring dengan berjalannya waktu, orang mula mencari sesuatu yang kurang kejam.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Suntikan maut mula diperkenalkan pada tahun 1970-an di Amerika Syarikat dan dianggap sebagai cara yang paling berperikemanusiaan oleh banyak pihak.

Akan tetapi, terdapat banyak bukti yang menyatakan bahawa ia bukanlah cara yang terbaik untuk membunuh.

1. Hukuman yang lebih berperikemanusiaan

julius mount bleyer

(Julius Mount Bleyer)

Cadangan awal untuk suntikan maut muncul semasa Abad Pencerahan apabila kaedah pelaksanaan hukuman mati yang berperikemanusiaan sangat-sangat dicari.

Inisiatif pertama idea ini boleh didapati dalam karya sejarawan Perancis, Robert Muchembled, yang mengumpul cerita mengenai perubahan dalam tingkah laku banduan yang dikenakan hukuman mati dari abad ke-15 hingga ke-18.

Pada mulanya, orang ramai mengejek dan meraikan keadilan yang mereka anggap yang perlu dilakukan. Yang mana lebih kejam dan menyakitkan, itu adalah lebih baik.

Menjelang akhir kurun ke-18, hukuman mati menjadi semakin menakutkan. Para biarawati akan mengikut tertuduh sambil memercikkan air suci, menangis, dan menjamin orang yang terkutuk itu dari pengampunan yang menanti mereka.

Pada tahun 1790-an, satu kaedah baru telah dicipta di Perancis dengan harapan untuk menjadikan hukuman mati lebih berperikemanusiaan, yang dikenali sebagai guillotine (penggal kepala menggunakan alat).

Malangnya, mereka mengatakan bahawa kepala manusia masih sedar beberapa saat selepas dipenggal, membuatkan orang ramai beralih arah untuk mencari cara lain yang lebih baik.

Kemudian, pada tahun 1888, seorang doktor dari New York, Julius Mount Bleyer mencadangkan bahawa suntikan maut akan membawa kepada pengakhiran yang cepat dan tidak menyakitkan.

Namun, dia tidak diendahkan kerana dua sebab. Pertama, tiada seorang pun dalam bidang perubatan menginginkan jarum hipodermik yang baru diperkenalkan ketika itu dikaitkan dengan kematian.

Kedua, elektrik pada ketika itu adalah sesuatu sangat baru kepada orang ramai dan semua orang terpesona dengannya.

Penyokong kepada tenaga elektrik, termasuk Thomas Edison, membuatkan orang ramai mempercayai bahawa ia akan membawa kemudahan kepada semua orang.

Memang benar, elektrik telah membawa kepada kesenangan membuatkan orang ramai beranggapan bahawa elektrik tak akan disalahgunakan. 

Entah bagaimana, penyokong tenaga elektrik meyakingkan semua orang bahawa ia adalah cara yang lebih berperikemanusiaan untuk mati menggunakan elektrik berbanding mati ketika tidur. 

2. Reputasi suntikan maut diburukkan oleh Nazi

nazi jerman 311

Satu lagi sebab mengapa suntikan maut tidak diguna pakai lebih awal adalah kerana kemungkinan hubungannya dengan rejim Nazi.

Walaupun bilik gas menjadi trademark sebagai kaedah pilihan dalam pembunuhan beramai-ramai, suntikan maut lebih awal digemari.

Sudah tentu, ahli sains dan doktor Nazi tidak kisah dalam menyediakan kematian yang berperikemanusiaan.

Mereka menjalankan eksperimen ke atas orang kurang upaya dan sakit menggunakan pelbagai jenis ubat yang disuntik ke pelbagai tempat.

Kaedah yang paling berkesan ditemui Nazi adalah dengan menyuntikkan fenol, bahan kimia yang sangat toksik dan menghakis, terus ke dalam jantung seseorang.

Program membunuh orang cacat mental dan fizikal secara sistematik melalui bilik gas, suntikan atau bahkan kebuluran dikenali sebagai T-4.

Ia bermula pada awal tahun 1939 dan menjadi model pembunuhan beramai-ramai yang diikuti pada tahun 1940-an. Ia dilakukan dengan doktor mengabaikan pesakit yang dianggap "tidak layak hidup" supaya mereka kelaparan.

Ia berakhir dengan pesakit dihantar seramai beribu-ribu orang ke pusat pembunuhan. Penemuan antarabangsa terhadap kengerian yang dilakukan oleh Nazi Jerman menyebabkan hukuman bilik gas tidak disukai dan dan mungkin mempercepatkan penggunaan suntikan.

Suruhanjaya Diraja British berkata bahawa tidak ada hukuman elektrik atau bilik gas adalah lebih berperikemanusian daripada hukuman gantung.

Suruhanjaya itu juga memberitahu bahawa suntikan maut masih belum sesuai untuk dilaksanakan tetapi harus dikaji melalui sains.  

3. Protokol Jay Chapman

jay chapman

Hinggalah pada tahun 1977, seorang pemeriksa perubatan Oklahoma bernama Jay Chapman mencadangkan formula khusus untuk suntikan maut bagi memastikan kematian yang lebih berperikemanusiaan.

Orang awam masih mengaitkan hukuman mati bilik gas dengan rejim Nazi dan elektrik telah terbukti tidak berperikemanusiaan.

Mereka yang dihukum bunuh oleh kerusi elektrik kadang-kala terbakar dan saksi yang melihat kerap kali terkejut mengetahui betapa sukanya untuk menonton hukuman dijalankan.

Jadi, ketika Jay Chapman muncul dengan saranannya untuk protokol "tiga ubat", sistem kehakiman dan orang awam lebih bersedia untuk mendengar tentangnya.

Protokol ini direka bentuk supaya tahanan melalui proses di mana badan mereka akan mula-mula kebas, kemudian lumpuh dan diiikuti dengan kematian.

Adalah penting untuk dinyatakan bahawa tahanan boleh dibunuh dengan barbiturat, yang akan memastikan kematian yang tidak menyakitkan.

4. Pelaksanaan suntikan maut pertama di dunia

charles brooks jr

(Charles Brooks Jr.)

Protokol Jay Chapman dibangunkan di Oklahoma, tetapi Texas adalah yang pertama menggunakannya. Charles Brooks Jr. adalah orang pertama yang mendapat penghormatan untuk menguji idea Chapman.

Dia telah disabitkan dengan pembunuhan seorang mekanik, David Gregory selepas pergi untuk pandu uji di kedai kereta terpakai di mana David bekerja.

David ditemui dalam keadaan terikat dan ditembak di kepala pada malam tersebut di sebuah bilik motel.

Charles dan rakan jenayahnya, Woodie Loudres, kedua-duanya didapati bersalah atas pembunuhan itu kerana kedua-duanya tidak dapat membuktikan siapa yang menembak David. 

Walaubagaimanpun, Woodie dijatuhkan hukuman yang lebih ringan berbanding Charles. Suntikan maut dirasakan berperikemanusian, tetapi tiada siapa yang tahu apa yang dirasakan oleh Charles kerana ia belum pernah dilaksanakan sebelum itu.

Charles Brookes kemudian berjumpa dengan Dick Reavis, seorang wartawan dan membuat perjanjian dengannya sebelum hukuman dilaksanakan untuk melihat sama ada dia mengalami sebarang kesakitan ketika dihukum.

Apabila Brooks bersedia untuk disuntik, dia akan menggelengkan kepalanya jika mengalami sebarang kesakitan. Apabila masanya sudah tiba, Charles perlahan-lahan memalingkan kepalanya dari satu sisi ke arah yang lain dan kemudian ke atas dan kembali ke satu sisi.

Namun, Dick Reavis tidak dapat memastikan adakah ini sejenis isyarat daripada Charles. Juga, adalah tidak jelas tahap pergerakan Charles memandangkan dia menjadi lumpuh akibat suntikan tersebut.

5. Penerimaan oleh antarabangsa

suntikan maut sedang dilaksanakan

Suntikan maut melihatkan penerimaan yang meluas di negara penghasilannya, Amerika Syarikat. Sehingga Mac 2019, 30 negeri di Amerika Syarikat membenarkan hukuman mati dengan suntikan maut.

Sehingga tahun 2009, 936 daripada 1,107 banduan yang dihukum mati sejak tahun 1977 dibunuh dengan cara ini.

Sejak tahun 2000, hanya 5 banduan dihukum mati dengan cara lain, iaitu dengan kerusi elektrik. Teknik ini diteima oleh banyak negara termasuk China yang melaksanakan hukuman mati sekitar 10,000 banduan dalam setahun.

Taiwan adalah yang pertama menghalalkan teknik ini selepas Amerika Syarikat namun tidak pernah menggunakannya.

Guatemala mengamalkan teknik ini tetapi berhenti pada tahun 2000 apabila pelaksanaan hukuman mati yang ditayangkan di televisyen telah gagal. 

6. Ujian tahap kesakitan yang dialami banduan suntikan maut

suntikan maut dikatakan berperikemanusiaan

Walaupun suntikan maut yang tersebar ke negara-negara di seluruh dunia, masih tidak ada bukti yang pasti bahawa prosedur itu tidak menyakitkan atau berperikemanusiaan.

Charles Brooks telah menggelengkan kepalanya apabila disuntik, mungkin cuba memberi isyarat kepada Dick Reavis bahawa dia mengalami kesakitan.

Kita tak pernah mengetahui tentang perkara ini kerana tiada siapa yang terselamat ketika menerima suntikan maut.

Jay Chapman mengejek idea untuk menguji protokol untuk melihat sama ada ia tidak menyakitkan atau tidak.

Beliau berkata bahawa satu-satunya cara yang boleh menyakitkan banduan adalah dengan memulakan dengan dos yang tidak berperikemanusiaan dan menambahkan dos, yang akan menyeksa banduan.

Tetapi penyelidik di Florida dan Virginia telah menemui cara yang kurang kejam untuk menguji suntikan ini. Mereka hanya menguji tahap ubat-ubatan yang masih terdapat di dalam badan selepas banduan mati.

Hasil yang ditemukan menunjukkan bahawa sebanyak 90% daripada tahanan yang diberikan suntikan maut tidak mempunyai anestetik yang cukup dalam sistem mereka.

40% daripada banduan dipercayai berada dalam keadaan sedar selepas disuntik, menyebabkan mereka mengalami sensasi terbakar yang melampau di seluruh badan, kekejangan otot, sesak nafas dan akhirnya serangan jantung.

7. Kegagalan pelaksanaan suntikan maut

Walaupun suntikan maut mungkin tidak memberikan sebarang kesakitan jika dilaksanakan dengan betul, namun ia kerap kali dilakukan dengan tidak betul.

Doktor dan jururawat sering dilarang daripada menyertai mana-mana bahagian pelaksanaan oleh kod etika mereka. Sesetengah doktor tidak mahu memberikan pendapat mengenai amalan ini.

Ini bermakna bahawa juruteknik tanpa latihan formal dalam kerumitan ubat bius diberikan tugas untuk mentadbir tiga suntikan tersebut.

Sebarang kesilapan boleh mengakibatkan pelaksanaan suntikan yang gagal.

Banduan akan menderita kesakitan yang tidak sepatutnya jika juruteknik tidak boleh memasukkan jarum dengan betul, menggabungkan suntikan atau menyuntik terlalu sedikit bahan kimia tersebut.

Malang sekali, kesilapan ini agak biasa berlaku. Di Oklahoma, terapi intravena (IV) yang bertujuan untuk dimasukkan ke arteri femoral seorang banduan, Clayton Lockett, telah tersalah masuk dan bahan kimia tersebut dilepaskan di bawah kulitnya.

Dia akhirnya mati selepas 43 minit dalam kesakitan yang melampau. Di Georgia, seorang juruteknik juga mempunyai masalah tertentu dalam memasukkan IV.

Seorang juruteknik menyerah selepas satu jam gagal mencari vena yang sesuai. Dalam kes yang lain, seorang banduan berusia 72 tahun telah memasukkan IV berhampiran pangkal punggungnya selepas tidak dapat dimasukkan di bahagian tangannya.

Sebagai rujukan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengutuk sebarang kaedah pelaksanaan yang menyebabkan mangsanya menderita selama lebih dari 10 minit.




Hakcipta iluminasi.com (2017)