Semua orang pernah berhadapan dengan situasi di mana sambungan internet yang begitu teruk. Kadang-kala, masalah ini berpunca daripada tetapan router atau perkhidmatan yang teruk oleh syarikat telekomunikasi.

Tapi dalam kebanyakan kes yang mana ia kerap kali tidak disedari oleh kebanyakan orang, sambungan WiFi yang teruk berlaku kerana objek atau perabot tertentu di rumah yang terletak berhampiran dengan router atau komputer anda.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan antara 7 barang rumah yang membuatkan sambungan WiFi anda menjadi lemah dan perlahan.

1. Perabot atau permukaan logam

perabot logam ganggu sambungan internet wifi di rumah

Logam adalah sejenis konduktor elektrik, yang bermaksud ia menyerap tenaga elektrik .

Oleh kerana gelombang WiFi anda melepaskan gelombang elektromagnet, sebarang permukaan atau objek logam di rumah anda akan menghalang gelombang ini daripada tersebar.

Jika anda mahukan sambungan internet anda berfungsi tanpa sebarang masalah, letak router anda jauh daripada sebarang logam.

2. Dinding bata dan batu

dinding halang sambungan internet wifi

Sedar atau tidak sesetengah jenis dinding menghalang isyarat WiFi anda.

Antara bahan yang paling biasa diketahui dalam menghalang sambungan internet termasuklah marmar, simen, konkrit, plaster, dan batu bata.

Ini menjelaskan mengapa sambungan internet di rumah 2 atau 3 tingkat mengalami masalah atau sambungan menjadi lemah.

Untuk mengelakkan ini dari berlaku, letakkan router anda di kawasan terbuka dan jauh dari dinding.

3. Cermin

cermin sebabkan router wifi internet bermasalah

Bahan yang membolehkan kita melihat refleksi kita di cermin juga memantulkan isyarat yang dikeluarkan oleh router.

Objek ini berfungsi sebagai perisai, menjadikan sambungan internet melantun-lantun.

Apabila ia terletak berhampiran dengan router, ia boleh membuatkan kekuatan isyarat menjadi perlahan dan tidak stabil.

4. Peti sejuk dan mesin basuh

jauhkan router wifi dari mesin basuh atau peti sejuk

Sebagai peraturan umum, peralatan elektrik yang mempunyai paip yang mengedarkan air tidak begitu "mesra" dengan isyarat WiFi.

Air boleh menyerap dan mengekalkan beberapa tenaga dari gelombang tanpa wayar, sekaligus memberi kesan negatif kepada kualiti sambungan internet.

5. Air / Akuarium

air boleh menjejaskan isyarat internet wifi

Seperti yang dibincangkan di atas, air boleh menyebabkan isyarat internet berkurangan atau menjadi lemah.

Jadi, jika anda meletakkan router WiFi anda berdekatan dengan akuarium, atau apa-apa yang mengandungi sejumlah air malah berhampiran longgokan buah tembikai sekalipun, sambungan internet anda akan menjadi lemah.

6. Lampu kelip-kelip

lampu kelip kelip raya ganggu sambungan wifi

Lampu kelip-kelip yang dipasang ketika hari raya atau Krismas juga boleh menyebabkan isyarat WiFi di rumah menjadi lemah.

Lampu-lampu berwarna-warni ini mempunyai cip yang menjana medan magnet di mana ia berinteraksi dengan gelombang elektrik yang dikeluarkan oleh router anda.

Jika anda memasang lampu ini, jauhkan router anda daripadanya.

7. Ketuhar gelombang mikro

jauhi router wifi daripada ketuhar gelombang mikro

Ini adalah antara salah satu peranti yang mempunyai spektrum frekuensi yang serupa dengan yang digunakan oleh WiFi.

Sekiranya anda terpaksa diletakkan berhampiran dengan ketuhar gelombang mikro, cuba untuk letakkan router anda di tempat yang lebih tinggi daripada peranti ini.

Ia akan mengurangkan kesan negatif yang terjejas akibat ketuhar ini.

Cara untuk tingkatkan kekuatan/signal WiFi

cara kuatkan sambungan internet wifi

Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan sambungan internet anda. Jika isyarat internet anda sangat lemah, lakukan perkara-perkara di bawah:

  1. Pilih lokasi yang terbaik untuk meletakkan router anda, berdasarkan objek-objek yang disenaraikan di atas.
  2. Pastikan router anda sentiasa dikemaskinikan.
  3. Gunakan antenna yang lebih kuat
  4. Cuba untuk gunakan teknologi WiFi yang terbaru dan paling moden.
  5. Gunakan penguat WiFi yang juga dikenali sebagai "WiFi extender".
  6. Broadband yang beroperasi pada 5 GHz biasanya menawarkan sambungan lebih cepat daripada yang lain, kerana ia saluran yang kurang sibuk daripada band 2.4 GHz.
  7. Walaupun kedengaran seperti cliché, cuba untuk reset router anda. Ia akan memadamkan memori router dan membolehkan anda untuk melakukan kemaskini.

Rujukan:

Bagaimana logam menjejaskan isyarat WiFi

Free Wifi Hotspot

Plumewifi




Hakcipta iluminasi.com (2017)