Oleh pada 23 Jul 2021 kategori

Kredit: Instagram @ebitlew

 

Berikut adalah beberapa catatan dan rumusan mengenai sidang media oleh Ustaz Ebit Lew bagi menjawab fitnah ke atas misi ke Gaza melalui sidang media beliau tengahari semalam.

 

1. Ustaz Ebit Lew membayar hampir setengah juta kepada syarikat Halaa untuk masuk ke Gaza seperti yang didakwa oleh Nadir adalah tidak benar.

 

2. Beliau juga tidak menggunakan nama entiti Miles of Smiles seperti yang Nadir sebutkan. Malah, beliau mendedahkan Miles of Smiles sebagai perantara yang bagus sebenarnya mengenakan caj USD10K (RM40K) seorang.

 

3. Sebaliknya, setelah mendapat kelulusan, Ustaz Ebit Lew menggunakan syarikat yang disyorkan oleh perisikan Mesir. Beliau mengaku membayar RM10 ribu seorang untuk pengangkutan dan kawalan keselamatan.

 

4. Semua urusan pengagihan barangan yang beliau berikan diuruskan oleh Egypt Red Cresent dan Palestine Red Cresent yang telah diiktiraf oleh dunia.

 

Dakwaan Nadir bahawa barangan tersebut tersangkut dan tidak akan dapat diagihkan adalah tidak benar. Dua hari lepas, kerajaan Mesir telah mengeluarkan video Egypt Red Cresent membawa masuk barangan Ustaz Ebit Lew dan penderma yang lain.

 

5. Menjawab tuduhan Nadir bahawa beliau membazir wang penderma, Ustaz Ebit Lew menyatakan beliau tidak membawa sebarang dana orang ramai atau kerajaan dalam misi ke Gaza. Beliau menggunakan wang sendiri dan rakan-rakan yang menderma.

 

6. Ustaz Ebit Lew menyarankan individu yang sepatutnya membentangkan penyata sumbangan ialah Nadir sendiri kerana beliau mendakwa mendapat sumbangan RM20 juta setahun.

 

Tanya Ustaz Ebit Lew, adakah Nadir pernah menerangkan secara terperinci kepada orang ramai mengenai perbelanjaan RM20 juta tersebut?

 

Netizen dilihat memberi sokongan terhadap Ustaz Ebit Lew.  

 

"Teruskan usaha murnimu Ustaz Ebit Lew. Saya amat menyokong. Allah melindungi anda. Jangan jadi seperti segelintir ustaz yang hanya bertopeng. Ustaz hari ini tidak lagi seperti ustaz dahulu," ujar seorang netizen.  

ebitliew ss 1

 

"Alhamdulillah. Gembira dengar penjelasan dari Ustaz Ebit Lew. Semoga Allah merahmati dan memelihara anda. Sudah lama rasanya wujud banyak penipuan dalam talian berkaitan agama Islam, bukan Palestin sahaja," tambah seorang lagi netizen.

ebitliew ss 2

 

Artikel ini diambil dengan keizinan dari sumber asal.

 

Sumber:

1. Suara.TV

2. Ab Jalil Backer 




Hakcipta iluminasi.com (2017)