Oleh pada 15 Jan 2019 kategori

Kisah Raja Yeongjo dan Putera Sado yang difilemkan

Bagi para pemerintah seperti raja-raja untuk membunuh orang mereka bukanlah sesuatu yang baru. Malah, terdapat pemimpin yang membunuh anak-anak mereka sendiri.

Orang-orang yang paling berkuasa tidak mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas anak-anak mereka sendiri dan pada masa-masa tertentu, tidak dapat mengawal perasaan mereka sendiri.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagi sesetengah raja, mereka tidak akan bertolak ansur dan mengenakan hukumuan yang ringan jika berasakan bahawa anak-anak mereka bertindak di luar batasan.

iluminasi.com kongsikan 6 pemerintah monarki yang mengenakan hukuman mati terhadap anak sendiri.

6. Abbas I dan Mohammad Baqer Mirza - Parsi

abbas i dan mohammad baqer mirza

Abbas I dianggap sebagai penguasa terbesar dinasti Safavid, salah satu dinasti pemerintah paling penting di Iran.

Dia merupakan seorang yang sangat pintar dalam ketenteraan yang menyelamatkan negaranya dari ambang keruntuhan, membina bandar-bandar makmur dan mengalu-alukan orang Kristian ke negaranya.

Malah, Abbas I sanggup belajar dari orang-orang di negara-negara asing, terutamanya orang-orang Eropah.

Mohammad Baqer Mirza, putera mahkota dinasti Safavid semasa pemerintahan Abbas, dilahirkan oleh salah seorang isteri-isterinya yang beragama Kristian Circassians .

Malangnya, Mohammad Baqer ditangkap dalam satu tipu muslihat dan bersekongkol dengan Circassian. Kecewa dengan perkara ini, Abbas I mengarahkan Baqer untuk dibunuh dan menyerahkan takhta pemerintahan kepada cucunya. 

5. Herod The Great dan 2 anaknya, Alexander dan Aristobulus - Judea

herod the great

Kitab Injil Kristian telah mencatatkan kisah Herod Agung secara negatif dan menyalahkannya di atas "penyembelihan orang yang tidak bersalah" seperti yang diceritakan dalam Kitab Perjanjian Baru Matthew.

Sebagai raja di Judea, Herod mengarahkan pemubunuhan semua kanak-kanak lelaki yang berumur dua ke bawah di sekitar Bethlehem.

Dia merupakan seorang anak pegawai tinggi Roma bernama Antipater Idumaean. Herod the Great membina semula Yerusalem, termasuk kuil, dan mempromosikan kebudayaan Hellenistik.

Dia bukanlah seorang yang tersangat jahat, namun juga bukan seorang bapa yang baik. Selain membunuh anak-anak orang lain, Herod the Great juga membunuh anak-anaknya sendiri.

Anak Herod, Antipater II dengan helahnya telah menghasut bapanya dengan khabar angin tentang ketidaksetiaan abang-abangnya terhadap Herod.

Herod kemudian menjadi paranoid dengan perkara ini dan bertindak dengan tidak waras. Herod the Great memerintahkan Aristobulus dan Alexander agar dicekik sehingga mati atas tuduhan pengkhianatan pada 7 SM. 

4. Maharani Irene dan Constantine VI - Empayar Byzantium

maharani irene dan constantine vi

Pada 14 Januari 771, Irene telah melahirkan seorang bayi lelaki diberi nama Constantine VI, sebelum dia menjadi penguasa perempuan pertama Empayar Byzantium.

Dia berasal dari keluarga bangsawan Athens. Irene menjadi wakil di tempat anaknya sebagai pemerintah disebabkan anaknya yang merupakan pewaris adalah terlalu kecil untuk mengambil tugas tersebut.

Tidak popular disebabkan kekalahan ketenteraannya, Constantine VI kemudiannya dikhianati oleh ibunya. Irene membutakan mata Constantinve VI dan memenjarakan anaknya pada tahun 797.

Irene juga menganjurkan pemberontakannya sendiri dan akhirnya membunuh anaknya, lalu menuntut tampuk pemerintahan sebagai maharani.

Tiada sesiapa pun yang dapat merampas kuasa Irene walaupun anak yang dilahirkannya sendiri.

3. Constantine The Great dan Crispus - Empayar Rom

constantine the great dan crispus

Maharaja Constantine mengubah Empayar Rom kepada agama Kristian, menamatkan salah laku orang Kristian dan penyembahan tuhan-tuhan Rom.

Dia hidup hampir sepanjang hidupnya sebagai seorang pagan dan bertukgar kepada agama yang pernah dibenci di atas katil sebelum kematiannya.

Constantine menandatangani Pengisytiharan Milan yang mengatakan bahawa orang Kristian harus bebas mengamalkan agama mereka sebagaimana yang mereka sukai.

Seperti banyak maharaja, Constantine mempunyai seorang waris bernama Crispus. Disukai oleh tenteranya, Crispus adalah pemimpin dalam operasi ketenteraan yang menang terhadap Franks dan Alamanni.

Menerima pendidikannya dari penulis Kristian Lactantius, Crispus telah berkahwin dengan seorang wanita muda bernama Helena, yang melahirkan anak Crispus.

Constantine bangga dengan pencapaian anaknya dan sangat gembira menjadi seorang datuk. Menjadi seorang lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang pewaris serta kejayaan dalam ketenteraan sudah tentu akan membuat seorang bapa bangga.

Namun, isteri kedua Constantine, Fausta, dilaporkan menuduh Crispus cuba menggodanya. Percaya dan tersangat berang, Constantine membunuh Crispus..

Akhirnya, Constantine mendapati bahawa tuduhan itu adalah palsu dan Fausta juga dibunuh ketika sedang mandi.

2. Philip II Of dan Don Carlos - Sepanyol

philip ii dan don carlos

Maria Manuela dari Portugal, isteri kepada Philip II dari Sepanyol, meninggal selepas melahirkan pewarisnya. Bayi tersebut yang diberi nama Don Carlos mempunyai satu kaki lebih pendek dan bahu yang berbeza tinggi.

Malah, Don mengalami kecacatan mental. Sebagai contoh, Don Carlos gemar membunuh kuda-kudanya dan memukul gadis-gadis kecil.

Dia juga beranggapan bahawa berlian adalah beracun. Secara adat, dia akan mewarisi takhta ayahnya dengan hak kelahiran, tetapi jelas sekali bahawa Don Carlos tidak layak untuk menjadi raja.

Pada tahun 1568, Don Carlos diumumkan mati, dan khabar angin mengatakan bahawa dia telah diracun oleh ayahnya sendiri.

1. Raja Yeongjo dan Putera Sado - Korea

raja yeongjo dan putera sado

Putera Sado adalah putera mahkota diraja Korea yang dimasukkan ke dalam peti beras dan dibiarkan mati kelaparan oleh bapanya, Raja Yeongjo.

Raja Yeongjo adalah seorang lelaki yang sukar untuk digembirakan. Oleh itu, apabila anaknya menjadi seorang pemuda yang bermasalah, perkara menjadi lebih teruk.

Ia menjadi sangat buruk sehingga setelah memarahi anaknya, Raja Yeongjo akan membilas mulut, mencuci telinga dan menukar pakaian yang baru.

Putera Sado menjadikan bapanya sebagai idola tetapi tidak pernah mendapatkan kelulusan Raja Yeongjo.

Sado dituduh menyimpan kepala orang yang telah dikebumikan yang dibunuhnya, serta menyerang dan merogol wanita.

Tidak disenangi dan disayangi oleh bapanya, Sado menjadi semakin hilang pertimbangan. Hubungan tragis antara bapa dan anak lelaki telah ditakdirkan mempunyai pengakhiran yang pahit. 

Putera mahkota itu dilucutkan gelaran diraja dan diperintahkan untuk masuk ke dalam kotak beras kayu yang sempit.

Putera Sado menghabiskan lapan hari terakhirnya dengan menjerit meminta pengampunan daripada bapanya, yang akhirnya mati ketika hanya berusia 27 tahun. rahmat dari raja. Dia hanya berumur 27 tahun. [9]




Hakcipta iluminasi.com (2017)