Okra, atau lebih dikenali di Malaysia sebagai kacang bendi, adalah sejenis tumbuhan berbunga hijau. Okra tergolong dalam keluarga yang sama seperti bunga raya dan kapas. Istilah okra merujuk kepada biji-biji yang terdapat dalam tumbuhan ini.

Biasanya di Malaysia, ia dijadikan sayuran ulaman dan juga dimasukkan ke dalam masakan seperti kari dan sebagainya. Di negara lain, ia digunakan sebagai agen pemekat dalam sup disebabkan teksturnya yang berlendir.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sayuran ini sememangnya disukai kerana faedah kesihatannya. Ia mengandungi kalium, vitamin B, vitamin C, asid folik, dan kalsium.

kacang bendi kacang lendiaq

Tak kisah bagaimana cara anda makan sayuran ini sama ada dengan direbus, digoreng atau dimakan terus, anda boleh mendapat manfaat kesihatan daripada sayuran kecil ini di iluminasi.com ingin kongsikan 6 manfaat kesihatan kacang bendi yang ramai tak tahu.

1. Merendahkan kolestrol

rendahkan kolestrol 6 kebaikan kacang bendi yang ramai tak tahu 2

Kacang bendi bukan sahaja menggalakkan kesihatan pencernaan yang baik, malah juga paras kolestrol yang baik kerana kandungan seratnya yang tinggi. Serat terlarut boleh dibubarkan dalam air, bermakna ia dipecahkan dalam saluran pencernaan.

Di situ, ia juga akan mengikat kolestrol dalam makanan lain supaya ia boleh dibuang bersama-sama bahan buangan yang lain. Hasilnya, jumlah kadar kolestrol menjunam, menurut Penerbitan Kesihatan Harvard.

Okra juga membantu merendahkan kolestrol dengan menggantikan semua makanan yang anda makan yang mempunyai tahap lemak dan kolestrol yang tinggi, kerana ia tida mengandungi kolestrol dan lemak yang sangat rendah.

2. Mengurangkan asma/lelah

kurangkan asma 6 kebaikan kacang bendi yang ramai tak tahu 2

Mengambil atau memakan, walaupun dalam jumlah yang sedikit bagi sayuran atau buah-buahan yang tinggi vitamin C, seperti kacang bendi, dapat mengurangkan gejala asma. Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2000 yang diterbitkan dalam jurnal Thorax mendapati bahawa pengambilan buah sitrus atau kiwi memberikan kesan yang sangat kuat terhadap gejala menghidu di zaman kanak-kanak.

Kesan perlindungan tersebut juga dapat dilihat walaupun pada kanak-kanak yang hanya makan buah-buahan ini hanya 1 hingga 2 kali seminggu. Para penyelidik mendapati bahawa fakta ini adalah benar terutamanya di kalangan pesakit yang agak serius.

3. Mengawal penyakit kencing manis

mengawal penyakit kencing manis 6 kebaikan kacang bendi yang ramai tak tahu 2

Serat terlarut boleh membantu pesakit kencing manis disebabkan oleh keupayaannya untuk mengekalkan tahap glukosa darah pada tahap stabil, yang mana memberi kesan kepada bagaimana gula diserap di dalam usus.

Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal ISRN Pharmaceutics pada tahun 2011 menunjukkan bahawa para penyelidik merendamkan kepingan kacang bendi di dalam air dan kemudiannya memberikan larutan air tersebut kepada sekumpulan tikus melalui tiub suapan gastrik, dan sekumpulan tikus lagi tidak diberikan larutan tersebut.

Para penyelidik mendapati bahawa okra membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa dan seterusnya menurunkan tahap gula dalam darah, bagi kumpulan tikus yang dirawat tersebut.

4. Meningkatkan sistem imun

meningkatkan sistem imun badan 6 kebaikan kacang bendi yang ramai tak tahu

Kandungan vitamin C dan komponen antioksida dalam kacang bendi juga menjad berganda sebagai penggalak daya imun terhadap radikal bebas yang tidak selamat, dalam masa yang sama menyokong sistem ketahanan badan.

Vitamin C merangsang sistem imun untuk menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang boleh membantu melawan patogen dan bahan asing lain di dalam tubuh kita.

5. Mencegah penyakit buah pinggang

mencegah penyakit buah pinggang 6 kebaikan kacang bendi yang ramai tak tahu

Dengan kerap memakan kacang bendi, ia boleh membantu mencegah penyakit buah pinggang.

Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2005 yang diterbitkan oleh Jurnal Perubatan Jilin mendapati bahawa pesakit yang makan kacang bendi setiap hari menunjukan pengurangan tanda-tanda klinikal kerosakan buah pinggang lebih tinggi daripada mereka yang menjalani diet diabetes.

Ini sangat membantu kerana separuh daripada kes penyakit buah pinggang berkembang daripada diabetes.

6. Menggalakkan kehamilan yang sihat

menggalakkan kehamilan yang sihat 6 kebaikan kacang bendi yang ramai tak tahu

Kandungan vitamin A, B (B1, B2 dan B6) dan C, serta kesan zink dan kalsium yang tinggi dalam kacang bendi menjadikan sayuran ini ideal untuk dimakan oleh ibu yang sedang hamil.

Kacang bendi juga berfungsi sebagai makanan tambahan untuk serat dan asid folik. Ini membantu mencegah kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan juga mampu menghentikan sembelik ketika kehamilan.

Rujukan:

1. Medical Daily

2. Food Facts

3. Health Line

4. Organic Facts




Hakcipta iluminasi.com (2017)