Oleh pada 05 Aug 2019 kategori

Kelahiran bayi bermakna ia datang dengan beberapa "barang" lain termasuklah uri dan tali pusat. Walaupun kebanyakan dari kita mungkin tidak pernah memikirkannya, kita harus berterima kasih kepada uri  yang mana membolehkan bayi terus hidup di dalam rahim.

Organ berbentuk cakera ini dengan berat sekitar 700 gram berkembang bersama bayi yang belum lahir dan memisahkan bekalan darah mereka daripada ibu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Oksigen dan nutrien boleh dihantar kepada bayi melalui tali pusat manakala sisa nanjis boleh mengalir kembali ke tempat simpanan si ibu untuk dilupuskan.

Dalam sesetengah budaya, organ-organ ini biasanya dibuang sebagai sisa perubatan apabila bayi dilahirkan, namun ada yang menggunakan dalam upacara-upacara pelik untuk tujuan tertentu.

iluminasi.com kongsikan 5 cara pelik manusia menggunakan uri dan tali pusat.

5. Perubatan tradisional Cina

ari ari digunakan dalam perubatan tradisional cina

Rekod terawal penggunaan plasenta dalam perubatan adalah dalam teks oleh seorang ahli herba bernama Li Shihzen yang ditulis sekitar tahun 1500-an.

Dia menerangkan tentang penggunaan sebahagian kecil uri yang dikeringkan untuk merawat pelbagai masalah perubatan yang berbeza.

Memandangkan uri berperanan dalam pembangunan bayi, maka tidak mengejutkan bahawa ia telah digunakan secara tradisional untuk merawat masalah penyusuan, ketidaksuburan lelaki dan mati pucuk.

Walau bagaimanapun, Li Shihzen juga menerangkan tentang penggunaan plasenta untuk membantu masalah serangan sawan, tinnitus, sakit belakang dan batuk kronik.

Walaupun penggunaan plasenta manusia dalam perubatan tradisional Cina kadang-kala digunakan untuk menyokong amalan placentophagy (rujuk point nombor 3), wanita tidak diberi rawatan secara tradisional selepas lahir dan tidak mengambil ubat-ubatan yang dibuat dari plasenta mereka sendiri.

4. Memulihkan kesuburan wanita

afrika gunakan tali pusat dan ari ari untuk kembalikan kesuburan wanita

Di beberapa bahagian Afrika Barat, ketidakupayaan seorang wanita untuk hamil dianggap sebagai sebuah tragedi.

Dipercayai bahawa uri dan tali pusat dapat membantu menggalakkan atau memulihkan kesuburan wanita jika upacara tertentu dilakukan.

Setelah seorang wanita melahirkan anak, mananam uri dan tali pusat bayi itu dipercayai dapat mengambalikan tahap kesuburan ibu serta menyembuhkan rahimnya daripada trauma kehamilan dan melahirkan anak.

Dalam budaya Ghana, terdapat kepercayaan tradisional bahawa wanita yang tidak subur mampu hamil jika mereka membuang air kecil di tempat di mana plasenta wanita lain telah ditanam.

3. Placentophagy

placentophagy amalan memakan ari ari 467

"Placentophagy" bermaksud aktiviti memakan uri.

Sesetengah orang percaya bahawa uri kaya dengan nutrien yang boleh membantu ibu pulih dari melahirkan anak, meningkatkan bekalan susu dan menghentikannya daripada mengalami kemurungan selepas bersalin.

Tidak ada had dalam cara pemakanan uri oleh para ibu bermula daripada mencampurkan dengan buah beri dan dijadikan smoothies sehinggalah menggorengnya dengan bawang dan dihidangkan di atas pinggan.

Jadi, adakah memakan uri bagus untuk kesihatan? Potensi manfaat memakan uri masih belum dikaji dengan baik dan kebanyakan bukti yang menggalakkan amalan ini tidak boleh dipercayai.

Walau bagaimanapun, terdapat risiko bahawa seorang ibu atau bayinya boleh dijangkiti virus atau bakteria akibat memakan uri.

Kajian juga menunjukkan bahawa uri manusia mengandungi logam berat dan hormon terkumpul, walaupun telah dimasak sepenuhnya.

2. Kawalan kehamilan

uri dan tali pusat digunakan sebagai upacara mengawal kehamilan

Walaupun sesetengah budaya mengaitkan uri dengan peningkatan kesuburan, yang lain menggunakannya sebagai cara untuk mencegah kelahiran akan datang.

Di beberapa bahagian di Hungary, membakar uri menjadi abu dan diberikan kepada pasangan mereka dalam bentuk minuman secara tradisionalnya digunakan sebagai upacara jika seseorang wanita itu tidak mahu lagi melahirkan anak.

Mengikut amalan tradisional di wilayah Chkalov di Rusia, uri juga boleh digunakan sebagai satu bentuk kawalan kelahiran.

Sekiranya ia ditanam dengan tali pusat menghadap ke langit, dipercayai bahawa wanita tersebut akan terus mengandung lebih ramai anak.

Walau bagaimanapun, sekiranya dia tidak mahu hamil lagi, wanita tersebut boleh menggali uri dan menanamkannya dengan tali pusat ke arah bertentangan untuk mengelakkan kehamilan.

Upacara ini boleh diulang beberapa kali untuk cuba mengawal kadar kebolehan wanita untuk hamil. 

1. Kosmetik

uri atau plasenta digunakan dalam kosmetik

Uri manusia mengandungi sejumlah besar protein dan enzim semulajadi. Ini boleh diekstrak dan digunakan untuk membuat sebatian seperti alkali phosphatase untuk digunakan dalam produk kosmetik.

Sebatian sedemikian boleh digunakan dalam krim dan serum muka untuk menjana pertumbuhan sel kulit atau melicinkan kedutan, atau sebagai agen penguat rambut dalam syampu.

Pada tahun 2008, skandal meletus di United Kingdom apabila didapati bahawa Hospital Poole telah menjana keuntungan dengan menjual uri yang didermakan untuk digunakan dalam kosmetik.

Sesetengah wanita yang mendermakan uri mereka mengatakan bahawa mereka berbuat demikian dengan beranggapan bahawa uri tersebut akan digunakan untuk menjadi perintis penyelidikan perubatan seperti yang ditunjukkan dalam dokumen pernjanjian.

Sebagai balasan, hospital menyifatkan wang diterima daripada uri tersebut adalah derma dan bukannya pembayaran, serta menyatakan bahawa dana tersebut telah digunakan untuk membeli peralatan untuk menyelamatkan nyawa. 

Rujukan:

Telegraph

Placenta Benefits

BBC




Hakcipta iluminasi.com (2017)