Evolusi haiwan bergantung semata-mata kepada keadaan alam sekitar Bumi.
Jika kita menyelami sejarah Bumi, kita dapat melihat beberapa spesies haiwan berjaya berkembang maju dalam peringkat masa geologi Bumi yang berbeza.
Haiwan-haiwan ini telah berevolusi selama berjuta-juta tahun, sehingga ke hari ini.
iluminasi.com kongsikan 6 haiwan yang paling tua di dunia.
BESARKAN TEKS A- A+
6. Coelacanath – 360 juta tahun
Coelacanaths adalah salah satu daripada spesies ikan terancam yang berkembang pesat sekitar 360 juta tahun yang lalu.
Terdapat dua jenis coelacanaths di dunia dan spesis ini biasanay tinggal di pantai di Afrika dan Indonesia.
Coleanaths mampu membesar sehingga 2 meter panjang dan berat sehingga 90 kg.
Spesis ini hidup dalam kedalaman 2300 kaki dari permukaan air dan mempunyai jangka hayat selama 60 tahun.
Cara pergerakan ikan ini adalah seperti kuda di mana kaki seperti sirip lobak membantunya untuk membuat pergerakan yang unik.
Organ sensorik elektro membantu Coelacanath untuk mudah mengesan pemangsa di lautan. Coelacanaths juga mempunyai kuasa untuk meluaskan mulut untuk menangkap mangsa yang lebih besar.
5. Belangkas – 445 juta tahun
Belangkas berasal dari Bumi sebelum 445 juta tahun yang lalu dan tinggal di perairan yang cetek di seluruh dunia.
Ia mempunyai bahagian luar badan yang keras, ekor panjang dan berduri. Belangkas mempunyai 9 mata secara keseluruhan, yang terdapat di seluruh badan.
Daripada 9 mata ini, 2 mata besar digunakan sebagai mata utama dan yang lain adalah reseptor cahaya untuk mengawal pergerakan.
Belangkas juga boleh mengesan sinar ultra ungu.
4. Nautilus – 500 juta tahun
Nautilus adalah moluska laut yang berasal 500 juta tahun yang lalu. Tempoh ini adalah tersangat lama, sebelum Dinosaur menjelajah di Bumi.
Dianggarkan bahawa Nautilus adalah satu-satunya ahli yang masih hidup dalam kumpulan kerang yang besar.
Nautilus ditemui di air tropika Andaman, Fiji dan Great Barrier Reef, yang hidup di bawah kedalaman 2200 kaki lautan. Nautilus juga digambarkan sebagai fosil hidup.
Badan Nautilus mempunyai banyak ruang cangkerang dan menjadikannya kelihatan seperti sotong kurita.
Mulut Nautilus dikelilingi oleh 100 sesungut dan mempunyai penutup berotot pada cangkerangnya di mana ia akan membantu nautilus untuk melawan pemangsa.
3 Obor-obor - 550 juta tahun
Obor-obor yang memiliki kepala seperti payung boleh ditemui di mana-mana bahagian lautan di dunia. Ia merupakan haiwan tertua di dunia yang memiliki pelbagai organ.
Obor-obor berkembang di lautan dunia 550 juta tahun yang lalu. Ia tidak mempunyai sistem otak dan saraf.
Haiwan ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan warna. 90% daripada badan obor-obor mengandungi air dan diketahui menjadikan obor-obor lain sebagai makanan.
Obor-obor kotak adalah yang paling berbahaya di dunia di mana sesungutnya mempunyai lebih daripada 5000 sel-sel yang menyengat.
2. Span - 580 juta tahun
Span adalah sejenis haiwan laut yang istimewa yang kelihatan seperti tumbuhan. Haiwan ini muncul di lautan dunia sebelum 580 juta tahun dahulu.
Terdapat 5000 spesis span yang berbeza di dunia dan ia hidup dalam koloni dalam kedalaman lautan yang berlainan.
Span tidak mempunyai organ dalaman, lengan atau kepala. Ia mempunyai kuasa khas untuk memulihkan bahagian badan yang hilang dan span baru akan tumbuh dari yang lama.
Tubuh span mengandungi banyak terusan, menjadi tempat perlindungan bagi banyak spesies haiwan akuatik kecil.
1. Cyanobacteria - 2.8 bilion tahun
Cyanobacteria adalah hidupan tertua yang diketahui di dunia. Ia wujud sejak 2.8 bilion tahun yang lalu dan merupakan mikrob pertama yang menghasilkan oksigen melalui fotosintesis.
Dengan cara itu, bakteria ini menjadi sebahagian daripada pengubah atmosfer Bumi menjadi beroksida. Cyanobacteria juga dikenali sebagai bakteria hijau.
Cyanobacteria dengan satu sel membiak melalui mikrofisi.