Oleh pada 07 Nov 2018 kategori

Pengeboman berani mati adalah sangat sinonim dengan pengganas pada hari ini. Satu ketika dahulu ia menjadi tulang belakang kepada sesebuah ketenteraan dan digunakan secara meluas oleh kuasa Axis ketika Perang Dunia Kedua.

Kamikaze oleh Jepun adalah salah satu contoh yang sangat terkenal. Juruterbang Jepun dilatih untuk menghentam pesawat mereka mengenai kapal kuasa Allied. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

juruterbang jepun kamikaze

Negara-negara lain menghasilkan taktik yang lebih gila termasuklah memasukkan tentera mereka ke dalam peluru berpandu. Malah, Tentera Udara Amerika Syarikat juga hampir-hampir melakukannya.

iluminasi.com kongsikan 6 cubaan gila di mana manusia dijadikan sebagai senjata bunuh diri.

1. Kaiten - Jepun

kaiten

Kaiten adalah pesawat kamikaze Jepun versi dalam air. Seperti pesawat, pemandunya dijangkakan untuk menghentam kapal selam torpedo ini ke arah kapal musuh, membunuh pemanduya dan memusnahkan kapal.

Kerja penghasilan Kaiten bermula pada Februari 1944 dan sebuah prototaip dilancarkan pada Julai tahun yang sama. Secara teknikalnya, Kaiten tergolong dalam kategori torpedo berbanding kapal selam. 

Malah, ia juga dikuasakan oleh enjin torpedo dan pemandu hanya berada di dalamnya untuk tujuan mengemudi ke sasaran.

Prototaip pertama membenarkan pemandu untuk menyelamatkan diri ketika torpedo semakin hampir ke sasaran, namun kebanyakan pemandu tidak berminat untuk berbuat demikian. Versi seterusnya tidak membenarkan mereka untuk menyelamatkan diri.

kaiten 2

Pemandu Kaiten mempunyai dua peluang untuk menyerang sasaran dan jika dia tidak berjaya kali kedua, pemandu dijangkakan untuk meletupkan torpedo tersebut termasuk dirinya.

Ketidakupayaan Kaiten untuk menyelam dengan begitu dalam merupakan kelemahan terbesar kerana ia terdedah kepada serangan Allied.

Sesetengah daripadanya terlepas sasaran dan yang lain tidak meletup walaupun telah menghentam sasaran. Namun tentera laut Jepun berjaya menyerang kapal Amerika Syarikat menggunakan Kaiten, dan kapal USS Underhill merupakan mangsa yang terkenal.

Ia tenggelam pada 24 Julai 1945 selepas diserang oleh 6 unit Kaiten. Pihak Jepun menghentikan serangan menggunakan senjatan ini seminggu sebelum mereka menyerah kalah.

2. Maiale - Itali

maiale dari itali

Maiale, yang bermaksud khinzir dalam bahawa Itali adalah sebuah torpedo berpemandu yang dihasilkan di Itali ketika Perang Dunia Kedua.

Kerja-kerja pembinaan bermula pada tahun 1935 disebabkan kebimbangan tentera laut Itali yang dikelilingi oleh kapal-kapal Inggeris dan Perancid di Laut Mediterranean.

Pada tahun yang sama, Itali telah melancarkan Maiale pertama di perairan tersebut. Senjata bunuh diri yang berukuran 5 meter panjang dilengkapi sama ada dengan peledak seberat 300 kilogram atau dua peledak 150 kilogram.

Dua orang kru memandu torpedo ini ke pelabuhan milik England dan Perancis. Sebaik sahaja ia tiba di bawah kapal musuh, kru tersebut akan menanggalkan bahagian hadapan torpedo yang mengandungi peledak, dipasangkan di bawah kapal musuh dan melarikan diri sebelum meletup.

Namun, pelancaran Maiale pertama berakhir dengan kegagalan. Satu dimusnahkan oleh pesawat dan yang lain berundur selepas diserang.

maiale dari itali 2

Penggunaan Maiale kemudiannya berjaya pada Disember 1941 apabila ia menenggelamkan dua kapal perang Inggeris dan sebuah kapal tangki di Mesir.

Walaubagaimanapun, kru-kru berjaya ditangkap sebelum melarikan diri. Maiale kekal dalam perkhidmatan Itali dan digunakan secara meluas menentang kapal British dan kapal dagang sekutu Allied sehingga Itali menandatangani gencatan senjata dengan sekutu itu pada September 1943.

Walaupun Maiale merupakan satu kejayaan, namun adalah sangat sukar untuk mengendalikannya dan cenderung untuk tenggelam. Ini sebabnya ia digelarkan sebagai "khinzir". Banyak torpedo musnah ketika ujian.

3. Sonderkommando Elbe - Nazi Jerman

sonderkommando elbe

Sonderkommando Elbe adalah kumpulan khas Luftwaffe (pasukan udara Nazi Jerman) yang dilatih untuk menghentam pesawat mereka ke atas pesawat Allied.

Seperti yang diketahui, perang berubah pada di penghujung, dengan Jerman berada dalam situasi kalah membuatkan mereka menghasilkan idea-idea gila.

Antaranya adalah mengeluarkan semua senjata dan perisai dari pesawat dan memerintahkan para juruterbang untuk melanggar pesawat Allied. Idea itu akhirnya memburukkan lagi keadaan Jerman.

Walaupun Jerman mempunyai kapal terbang yang lebih baik daripada musuh mereka, namun ia tidak mencukupi. Malah, Jerman tidak mempunyai juruterbang atau bahan api yang mencukupi.

sonderkommando elbe 2

Menjadikan pesawat mereka sebagai peluru berpandu hanya mengurangkan jumlah pesawat dan juruterbang yang mereka miliki.

Walaupun juruterbang dijangka untuk menyelamatkan diri keluar kapal terbang sebelum meletup, namun ia bukanlah sesuatu yang mudah. Idea Jerman untuk menghentam kapal terbang sekutu Allied tidak begitu berjaya dalam pertempuran.

Walaupun cara ini berjaya memusnahkan beberapa pesawat Allied namun Jerman kehilangan lebih banyak pesawat.

Selain itu, ketika pihak Allied dengan cepat dan mudah menggantikan kapal terbang mereka, sebaliknya berlaku kepada Jerman.

4. Fukuryu - Jepun

fukuryu

Fukuryu yang bermaksud naga yang mengintai pengebom berani mati ketika Perang Dunia Kedua. Askar-askar yang ditugaskan ke unit ini bersenjatakan tongkat bulu dengan bom seberat 15 kilogram di hujungnya.

Para penyelam akan menyelinap ke pelabuhan musuh dan memasangkan tongkat bulu ini pada kapal musuh. Hasil daripada letupan tersebut akan membunuh penyelam dan merosakkan atau menenggelamkan kapal. 

Apa yang menariknya adalah para penyelam lebih cenderung untuk terbunuh sebelum sempat memasang bom pada kapal.

Ini disebabkan oleh cara aneh untuk mengekalkan bekalan oksigen oleh penyelam. Mereka menyambungkan topi keledar yang dipakai ke tangki yang mengandungi natrium hidroksida .

Udara yang dihembus keluar akan masuk ke dalam tangki di mana ia akan bercampur dengan alkali untuk membentuk oksigen yang digunakan untuk bernafas semula.

Idea ini adalah untuk menghidup udara bersih melalui hidung dan menghembus nafas ke dalam tiub. Namun jika tersalah langkah dalam melakukan teknik pernfasan ini akan menyebabkan penyelam pengsan.

Kira-kira 50 orang penyelam terbunuh ketika menjalani latihan selepas menghidu natrium hidroksida. Kadang-kala, air memasuki tangki dan menukarkan alkali di dalamnya kepada gas beracun.

Adalah normal bagi penyelam untuk terperangkap disebabkan oleh rumpai laut.

Penyelam yang terselamat dan tidak meletupkan bom juga tidak begitu bernasib baik kerana ramai di antara mereka yang mengalami masalah pernfasan dan kerosakan pada otak.

5. Shinyo - Jepun

shinyo

Setakat ini, kita boleh bersetuju bahawa tentera Jepun sangat nekad untuk menghalang sekutu Allied daripada menceroboh wilayah mereka menggunakan serangan bunuh diri sebagai taktik tempur biasa.

Kapal Shinyo yang bermaksud gempa laut merupakan lagi satu senjata bunuh diri yang dilancarkan oleh Jepun. Ia diubahsuai daripada kapal peluru berpandu yang mengandungi letupan.

2 jenis kapal shinyo telah dihasilkan. Kapal jenis pertama direka untuk tentera laut, digunakan dengan merempuh kapal musuh dan membunuh pemandunya serta menyebabkan kerosakan yang teruk kepada kapal musuh.

Yang kedua direka untuk tentera darat, digunakan untuk menjatuhkan bom di sekitar kapal musuh sebelum beredar.

Sepatutnya pemandu tidak terbunuh dalam serangan ini, namun kadang-kala ia berlaku kerana bot ini tidak cukup pantas untuk meninggalkan lokasi sebelum bom meletup.

6. Marder - Nazi Jerman

marder

Marder adalah kapal selam kecil dengan seorang pemandu dibina oleh Nazi Jerman. Kapal selam ini sepatutnya tidak membunuh pemandunya, namun ia kerap berlaku.

Ia merupakan versi yang lebih baik bagi jenis kapal selam yang sama iaitu neger. Marder menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh neger, termasuklah ketidakupayaan untuk kekal di dalam air.

Namun, marder yang sepatutnya menggantikan negera tidaklah dianggap lebih baik berbanding versi sebelumnya itu. Ketika menyelam, ia tidak boleh turun melebihi 30 meter. Atas sebab keselamatan, ia biasanya kekal di kedudukan 13.7 hingga 15.2 meter dari permukaan.

Jika ia menyelam pada kedalaman lebih daripada itu, ia bermakna bunuh diri. Kedua-dua kapal selam ini dilengkapi dengan peluru berpandu yang dilancarkan oleh pemandunya sebelum meninggalkan lokasi.

Walaubagaimanapun, beredar selepas menembak peluru berpandu adalah sangat sukar bagi kedua-dua kapal selam ini.

Walaupun mader berjaya digunakan menentang kapal-kapal sekutu Allied, namun ia masih disenaraikan sebagai senjata yang gagal memandangkan 1 pertiga daripada pemandunya terbunuh ketika melakukan misi. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)