seorang otaku jepun

Jepun merupakan sebuah negara yang banyak mewujudkan budaya yang asli, daripada budaya pornografi yang cukup pelik hinggalah budaya-budaya mereka yang tak mampu difikirkan oleh orang lain. Apa yang tak ada di negara lain, pasti akan ada di Jepun, membuktikan orang-orang Jepun ini sangat kreatif, sehinggakan mereka mampu meluangkan masa untuk menyertai peperiksaan-peperiksaan kelayakan yang tak mungkin wujud di mana-mana negara lain.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Peperiksaan apa itu? Berikut adalah 5 peperiksaan sebenar yang wujud di Jepun yang kami tak tahu nak katakan aneh, gila, ganjil atau tak masuk akal.

1. The Japanese Pro Wrestling Certification Exam

new japan pro wrestling

Ujian peperiksaan ini bukanlah untuk melatih anda menjadi seorang penggusti. Kewujudannya hanyalah untuk membuktikan yang anda adalah seorang yang mempunyai pengetahuan luas tentang sukan gusti professional Jepun. Dengan bayaran sebanyak RM130, setiap individu yang layak akan ditauliahkan dengan sijil serta cenderahati yang membuktikan anda adalah pakar dalam informasi gusti Jepun.

2. Peperiksaan Kemampuan Persaraan Bagi Bakal Pesara

ujian memandu warga tua

Walaupun kelihatan kelakar, tetapi peperiksaan ini sebenarnya banyak juga membantu bakal pesara untuk merancang tahap kemampuan mereka, selepas persaraan. Dengan bahan bacaan yang disediakan khas untuk peserta mengulangkaji, peperiksaan ini sangat popular di Jepun dengan diadakan 2 kali setahun bagi bakal pesara belajar tentang kemahiran ilmu persaraan.

3. Peperiksaan Suri Rumah

suri rumah jepun

Ilmu mengawal rumah tangga bukan mampu dimiliki semua orang, jadi wujud satu organisasi di Jepun yang akan mengiktiraf mana-mana individu yang ingin memperkembangkan pengetahuan mereka tentang kemahiran menjadi suri rumah. Peperiksaan objektif ini mempunyai soalan-soalan seperti 'apakah yang paling sesuai untuk membasuh baju?" atau 'pada arah manakah kaedah terbaik menggosok pakaian?' namun peperiksaan ini kini tidak lagi dijalankan.

4. Peperiksaan Otaku

ujian kelayakan diiktiraf sebagai otaku

Jika anda rakyat Malaysia yang kerap merasakan diri anda seorang otaku, kami harap anda cuba ambil peperiksaan ini. Dengan hanya tahap kelulusan sekitar 6.2 peratus, peperiksaan ini merupakan salah satu peperiksaan paling sukar untuk lulus. Dengan soalan merangkumi keseluruhan ilmu seorang otaku daripada hal ehwal manga (komik) kepada anime dan permainan video, serta watak-watak animasi, sesiapa yang lulus peperiksaan ini merupakan Otaku sebenar yang boleh mendabik dada.

5. Peperiksaan Pentauliahan Peminat Naruto

sijil peperiksaan ujian naruto

Jika anda mampu menjawab 'apakah haiwan pertama yang diseru Naruto?' atau 'Siapakah penderma mata kepada Hatake Kakashi?' dan mempunyai pengetahuan yang luas tentang dunia Naruto, ini mungkin peperiksaan untuk anda. Dengan kadar bayaran sebanyak RM168 bagi sekali peperiksaan, prospek mencari pekerjaan di Malaysia pasti akan meningkat apabila anda mempersembahkan sijil Naruto anda ini pada bakal majikan anda nanti.




Hakcipta iluminasi.com (2017)