Pada tahun 1227, salah seorang penakluk terhebat dalam sejarah iaitu Genghis Khan telah meninggal dunia. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, dia meminta agar lokasi kuburnya dirahsiakan.

Selama 800 tahun, tiada siapa yang mengetahui lokasi sebenar makam Genghis Khan. Misteri lokasi itu telah menarik perhatian ramai sejak sekian lama. Namun, mengapakah ia masih belum ditemui? Apakah yang terdapat dalam makam itu sehingga ia dirahsiakan dengan begitu rapi?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah sebab mengapa makam Genghis Khan tidak ditemui sehingga hari ini.

1. Mungkin di lokasi terlarang

ikh khorig

Genghis Khan telah menakluk jajahan darat terbesar dalam sejarah bermula dari Lautan Pasifik sehingga Laut Kaspian. Apabila semakin tua, penakluk itu merancang sesuatu untuk kematiannya kelak.

Pada tahun-tahun terakhirnya, Genghis Khan mengisytiharkan bahawa banjaran gunung Khentii yang dikenali sebagai Ikh Khorig (Larangan Besar) seluas 240km persegi sebagai kawasan larangan.

Kawasan larangan ini dikawal ketat dan hanya keluarga daripada keturunan pahlawan elit sahaja dibenarkan masuk. Ahli arkeologi mempunyai sangkaan bahawa makam Genghis Khan berada di kawasan ini tetapi tiada bukti untuk menyokongnya.

2. Semua bukti dihapuskan

makam genghis khan

Menurut legenda, semua bukti mengenai makam Genghis Khan telah dihapuskan. Tentera yang membawa mayat penakluk itu dikatakan telah membunuh setiap orang yang dilihat dalam perjalanan mereka ke makam rahsia.

Tentera juga membunuh semua hadirin yang terlibat atau menyaksikan pengebumian itu sebelum mengambil nyawa mereka sendiri supaya rahsia itu terkubur bersama.

Ada juga kisah mengatakan bahawa sebanyak 10,000 tentera berkuda memijak tapak makam supaya menjadi rata dan tiada kesan Genghis Khan dikebumikan di situ.

Ada juga kisah menceritakan bahawa satu anak sungai dibina atau hutan tebal ditanam di atas makam Genghis Khan, menjadikannya sukar untuk ditemui.

3. Kajian terperinci tidak dibenarkan

pahlawan darkhad

Pahlawan Darkhad, penjaga kawasan larangan Ikh Khorig

Walaupun kawasan larangan Ikh Khorig dikawal ketat namum beberapa pasukan arkeologi telah diberi kebenaran untuk melakukan kajian di kawasan itu.

Pada tahun 1989, ahli arkeologi Mongolia dan Jepun telah bekerjasama melakukan kajian menggunakan teknologi ultra bunyi dan menemui ratusan tapak dipercayai sebagai kubur tetapi mereka tidak dibenarkan melakukan penggalian secara fizikal di tapak larangan itu.

Pada abad ke-21, Dr. Albert Yu-Min Lin dari National Geographic Society menggunakan kaedah satelit untuk mencari lokasi yang berpotensi sebagai makam Genghis Khan. 

Dr. Albert berjaya menyenarai pendek 100 lokasi tetapi tetap tidak dapat mengesahkannya secara terperinci kerana larangan daripada Mongolia.

4. Dibantah penduduk tempatan

rakyat mongolia

Penduduk Mongolia moden dan pendalaman melihat Genghis Khan sebagai pemerintah terulung yang mengasaskan Empayar Mongol yang hebat. Bagi mereka, pencarian makam pemerintah itu bermakna melanggar pemintaan Genghis Khan supaya kuburnya dirahsiakan.

Pelbagai protes dilakukan rakyat Mongolia terhadap sebarang aktiviti pencarian makam Genghis Khan. Malah, ketika Kesatuan Soviet menguasai Mongolia pada 1924 hingga 1990, tiada sebarang penggalian dilakukan dan Ikh Khorig kekal sebagai kawasan larangan.

Rakyat Mongolia juga percaya terdapat sumpahan sekiranya makam Genghis Khan diganggu. Mereka percaya bahawa dunia akan berakhir sekiranya makam penakluk itu dibuka.

5. Landskap Mongolia 

lanskap mongolia

Landskap Mongolia sendiri merupakan cabaran terbesar bagi pencarian makam Genghis Khan. Untuk pengetahuan, Mongolia adalah tujuh kali lebih besar berbanding Britain tetapi hanya mempunyai sebanyai 2% jalan raya.

Kebanyakan lokasi yang berpotensi sebagai makam Genghis Khan sukar dimasuki kerana kawasannya yang tidak diterokai. Gunung-ganang dan hutan tebal menyukarkan ahli arkeologi untuk membuat sebarang kajian mendalam.

Mungkin rupa bentuk landskap negara ini membantu menyembunyikan makam Genghis Khan selama 800 tahun.




Hakcipta iluminasi.com (2017)