roti paling mahal di dunia 775

Roti adalah antara makanan ruji yang paling digemari bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Faktor utama kepada perkara ini adalah ia merupakan sumber karbohidrat yang mudah didapati dan yang paling penting, murah.

Sebuku roti di Malaysia ketika ini berharga sekitar RM3 dan anda boleh dapatkannya di mana-mana kedai runcit berdekatan.

roti benggali

Namun, terdapat beberapa jenis roti yang mempunyai kelainan dan keistimewaan tersendiri sehinggakan dijual dengan harga yang tersangat mahal.

iluminasi.com kongsikan 5 jenis roti yang paling mahal di dunia.

5. Roti Miche – RM84 sebuku

roti miche new york

Miche adalah sejenis roti yang boleh anda dapati di New York dan ia adalah roti paling mahal yang dihasilkan di Amerika Syarikat.

Apa yang istimewa mengenai roti ini adalah ia bukanlah jenis roti yang boleh dihasilkan dalam tempoh beberapa jam. Ia diperbuat daripada tepung ternakan organik dan roti ini mempunyai rasa yang sangat diperkaya bersama tekstur rumit yang sukar untuk dijelaskan.

Tepung yang digunakan mesti menjalani proses penapaian yang lama yang memberikan rasa unik dan sehingga kini, teknik ini masih belum dapat ditiru.

Jika anda melawat ke New York dan ingin rasa keenakan roti ini, ia boleh didapat di Amy's Bread dan sangat sesuai disajikan dengan mentega berkualiti tinggi.

4. Roti Shepherd – RM88 sebuku

tom herbert roti sheperd loaf

Jenis roti keempat paling mahal di dunia adalah roti Shepherd's dengan harga RM88 sebuku. Roti yang menakjubkan ini adalah produk dari Great Britain hasil ciptaan Tom Herbert, tukang roti tempatan yang membangunkannya ketika dia berusia 33 tahun.

Resipi itu dihasilkan 55 tahun yang lalu dan disediakan dengan teliti melalui proses peningkatan ganda yang dilaksanakan sebelum dibakar.

Sesetengah ramuan yang menarik digunakan dalam resipi roti ini adalah garam laut Cornish, air spring Cotswolds dan tepung Somerset organik.

3. Roti Harrods Roquefort dan Almond Sourdough – RM103 sebuku

the roquefort and almond sourdough

Pasaraya Harrods di London adalah antara yang termewah di dunia, menawarkan roti paling mahal di seluruh Great Britain dan ketiga termahal di dunia.

Roti Roquefort dan Almond Sourdough yang terkenal ini boleh didapati dengan harga $ 24.50 setiap satu. Sebab kepada harga yang sangat mahal ini adalah penggunaan bahan-bahan terbaik yang boleh diperolehi.

Jenis roti ini adalah hasil ciptaan Paul Hollywood, pakar roti yang telah menggelarnya roti ini sebagai "Rolls-Royce" dalam dunia bakeri.

Roti ini langsung tidak mempunyai sebarang perisa tiruan atau bahan tambahan dan ia dibuat hanya menggunakan tepung gred A yang diperolehi dari pengilang pakar.

Keju Roquefort yang digunakan dalam roti adalah kualiti terbaik yang boleh didapati dari Perancis. Roti ini sangat laris ketika cuti musim panas dan sangat sukar untuk mendapatkannya.

National Association of Master Bakers di Great Britain telah menamakan roti ini sebagai jenis roti paling mahal di seluruh negara itu.

2. Roti Royal Bloomer – RM407 sebuku

roti royal bloomer

Jenis roti kedua paling mahal di dunia adalah roti Royal Bloomer. Roti Royal Bloomer dihasilkan di Orchard Pigs Bakery milik Roberet Didie yang terletak di Wrexham di Wales Utara.

Roti ini menawarkan rasa yang menarik dengan membuat sedikit perubahan dalam penghasilannya dengan menggantikan air dengan champagne.

Champagne memberikan roti rasa yang unik dan lazat, tetapi ini bukan satu-satunya perkara yang membuatkannya istimewa.

Roberet Didier juga menggunakan emas 23 karat dalam resipi Royal Bloomer. Dia menambah emas merah 23 karat sebagai hiasan untuk memberikannya warna merah terang pada permukaan roti ini. 

1. Roti Gold Leaf – RM554 sebuku

gold leaf bread roti paling mahal di dunia 3

Jenis roti yang paling mahal di dunia dikenali sebagai Gold Leaf Bread atau Roti Daun Emas. Ia sangat menakjubkan seperti namanya.

Resipi ini berasal dari pakar bakeri Moreno, yang merupakan pemilik Pan Pina Bakery warisan keluarga yang terletak di Andalusia, Sepanyol.

Perniagaan bakeri keluarga Moreno telah berniaga sejak 70 tahun yang lalu dan menghasilkan 50 jenis roti.

Apa yang membuatkan roti seberat 400 gram ini istimewa adalah Moreno menggunakan debu emas sebanyak 250 mg dalam resipi untuk menghasilkan sebuku roti.

gold leaf bread roti paling mahal di dunia 2

Anda tak perlu untuk ke Sepanyol bagi merasai kenak roti emas ini kerana ia dieskport ke seluruh dunia dan popular terutamanya di wilayah Costa del Sol, Rusia dan negara-negara Timur Tengah.

Debu emas yang digunakan dalam setiap buku roti ini bernilai RM416. Walaupun diakui oleh Moreno sendiri bahawa debu mewah itu tidak menambah apa-apa rasa, tetapi ia memberikan pelanggannya rasa eksklusif dan glamor.

gold leaf bread roti paling mahal di dunia

juan manuel moreno

(Juan Manuel Moreno)

"Bahan-bahan yang lain adalah organik dan sangat sihat. Orang ramai percaya bahawa sejumlah emas baik untuk pencernaan. Kami menerima ramai pelawat dari Rusia dan China yang sentiasa mencari sesuatu yang baru untuk menunjukkan betapa kayanya mereka," kata Juan Manuel Moreno yang kini mewarisi perniagaan keluarga ini.


tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)