Oleh pada 22 Mar 2019 kategori

rompakan paling berani

Seperti kerjaya lain, perompak bank juga menyesuaikan diri dengan budaya yang berubah-ubah.

Menurut artikel yang ditulis oleh Albert Samaha untuk The Village Voice, "Bagaimana Trend Rompakan Bank Telah Berubah di Amerika Saban Tahun," hanya sepertiga perompak bank yang melakukan rompakan pada tahun 2000 menggunakan senjata api.

Oleh kerana juruwang pada masa kini diarahkan untuk mematuhi permintaan perompak bagi memastikan keselamatan mereka sendiri, menggunakan senjata adalah risiko undang-undang dan fizikal yang tidak perlu bagi perompak.

perompak bank paling kental dan berani

Pada tahun 2011, 58% daripada perompak melakukan rompakan dengan memberikan juruwang nota di mana dia menuntut wang tunai.

Teknik yang digunakan untuk rompakan bank berbeza-beza, tetapi beberapa rompakan dilakukan dengan begitu berani. iluminasi.com kongsikan 5 rompakan bank paling berani di dunia.

5. Boyne Lester Johnson merompak Bank Imperial - Kanada

boyne lester johnson

(Kredit: Historic Images)

Pada tahun 1958, seorang juruwang bank muda yang berpenampilan kemas, Boyne Lester Johnson merompak tempat kerjanya sendiri.

Penampilannya yang bergaya membuatkan pihak media terpesona, ketika dia dalam buruan. Dalam poster mencarinya, Johnson kelihatan memakai tuksedo putih dan tali leher hitam.

Bersama dengan ketinggian dan beratnya, poster itu menyertakan penerangan ini: "Seorang berpenampilan kemas, sering hadir di kelab malam, peminum champagne dan gemar berdampingan dengan wanita". 

Johnson tidak pernah ditangkap, tetapi dia ditemui ketika dia kembali ke tempat jenayahnya ketika melawat restoran Riviera, yang mengambil alih lokasi bank tersebut pada tahun 2018.

4. Geng James merompak Bank Ocobock Brothers - Amerika Syarikat 

geng james

Geng James, yang diketuai oleh adik beradik Jesse dan Frank James, mengeksploitasi ketidakstabilan sosio-ekonomi yang disebabkan oleh Perang Saudara Amerika untuk keuntungan peribadi mereka.

Mereka merompak bank-bank dan kereta api serta berjaya mengelakkan diri daripada ditangkap selama 15 tahun.

Pada Jun 1871, Geng James tiba di Coryden, Iowa. Ketika ketibaan mereka, ahli politik dan aktivis anti-perang, Henry Clay Dean menyampaikan ucapan di Gereja Methodist.

Henry Dean adalah seorang pemidato yang dihormati dan seperti yang dijangka oleh Geng James, ucapannya dihadiri oleh orang ramai.

Hasilnya, banyak tempat awam termasuk Bank Ocobock Brothers, hampir kosong dan memudahkan kerja rompakan mereka.

Kemungkinan rompakan bernilai RM25,000 itu tidak akan pernah diketahui oleh orang ramai jika geng ini tidak masuk ke gereja Methodist di mana Henry Dean sedang berucap, dan mengejek penonton dengan melambaikan wang ke arah mereka.

3. Nanette Perkins merompak Bank Chase - Amerika Syarikat

nanette perkins

(Kredit: KUTV)

Walaupun berpakaian kasual, Nanette Perkins sangat cekap dalam profesion pilihannya iaitu merompak bank.

Pada 2017, Perkins merompak 5 bank dalam tempoh 2 hari, bermula dengan Chase Bank di West Valley City, Utah.

Di setiap bank, dia menyerahkan nota yang meminta wang dan tidak pernah menggunakan senjata.

Nanette Perkins langsung tidak menghiraukan pengawasan bank dan tidak cuba untuk menyembunyikan penampilannya.

Selain cermin mata, Nanette Perkins memakai bandana biru di kepalanya. Dalam kebanyakan rompakan, dia memakai pakaian seluar tidur.

Dia berjaya merompak kira-kira RM37,000, tetapi bersetuju untuk memulangkan sebahagian daripada wang itu sebagai sebahagian daripada perjanjian rayuannya ketika akhirnya dia ditangkap pada 2018.

2. Albert Spaggiari merompak Société Générale - Perancis

albert spaggiari

Pada Julai 1976, selepas 2 bulan menggali dan menebuk sistem pembetungan bandar di Nice, Perancis, 13 perompak merangkak melalui pembetung dan memasuki peti besi bank Société Générale dari bawah tanah.

Lebih 6 hari, mereka mengosongkan 370 tabung emas, perhiasan, dan wang tunai. Jumlah keseluruhan bernilai 50 juta franc, bersamaan RM130 bilion pada tahun 2019.

Ketika kumpulan itu melarikan diri, air pembetung yang semakin meningkat membanjiri bank. Polis menahan ketua geng ini, Albert Spaggiari, yang mendakwa dia melakukan rompakan ini berdasarkan sebuah novel. 

Beberapa anggota geng berjaya ditangkap dan disabitkan kesalahan. Walau bagaimanapun, Spaggiari melarikan diri.

Apabila dia dibawa ke mahkamah, Albert melompat keluar dari tingkap di pejabat hakim setinggi 6 meter. Dia menaiki motosikal yang sudah disediakan, yang membawanya ke sebuah kereta Rolls Royce.

Pemandu Rolls Royce tersebut memandu menghala ke Paris dan sejak itu, Albert Spaggiari tidak pernah kembali ke Perancis.

1. Dennis K. dan geng merompak pelbagai bank antarabangsa

dennis k

Oleh kerana kemajuan teknologi, ada kemungkinan untuk merompak sebuah bank tanpa perlu ke bank.

Dennis K. (nama samaran tersebut oleh polis Sepanyol yang menangkapnya) dan kumpulannya merompak beberapa bank antarabangsa dari akhir tahun 2013 sehingga Dennis ditangkap pada tahun 2018.

Bagaimana perompak ini melawat begitu banyak bank di banyak negara tanpa ditangkap ?

Sebenarnya, mereka tidak hadir ke bank yang dirompak. Perompak ini mencipta dua jenis malware, Anunak dan Carbanak, dan memuat naiknya ke sistem digital ATM bank di seluruh dunia.

Kemudian, mereka mengadaptasikan program ujian keselamatan, Colbalt Strike, menjadi malware.

Dennis K. tidak pergi ke bank tetapi dia membuatkan ATM bank memberikan wang secara langsung kepadanya.

Dalam masa kurang daripada 5 tahun, penjenayah siber ini menghasilkan kira-kira RM8.56 bilion. Dan walaupun Dennis K. telah ditangkap, tetapi wang tersebut masih belum ditemui.


tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)