Ramalan kebanyakan orang tentang akan wujudnya kereta terbang semakin menjadi kenyataan.

Ketika ini sudah ada kereta terbang yang dihasilkan, cuma belum dipasarkan untuk kegunaan orang awam.

Sudah tentu pelbagai peraturan dan undang-undang baru akan dihasilkan bagi mengawal lalu lintas di udara.

Malaysia juga tidak ketinggalan dalam teknologi kereta terbang di mana sebuah model telah dihasilkan baru-baru ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

prototaip kereta terbang malaysia

Namun, netizen kelihatan tidak begitu teruja dengan reka bentuk model tersebut yang dikatakan menelan bajet sebanyak RM1.

Dengan ini, iluminasi.com kongsikan 5 reka bentuk kereta terbang yang sangat menakjubkan yang sedang dibangunkan ketika ini.

1. AeroMobil

aeromobil

AeroMobil, yang berpangkalan di Slovakia, bertekad untuk membuat kereta terbang yang mampu berfungsi sepenunya.

Mereka kini berada di prototaip ke-4 mereka, jadi kita tahu bahawa mereka benar-benar akan menghasilkannya.

Kesemua prototaip ini dikenali sebagai "AeroMobil" dan unit pertama kereta ini bakal dihantar kepada pemilik persendirian pada tahun 2020. 

Syarikat ini mempunyai banyak konsep seni untuk menunjukkan bagaimana kereta akan berfungsi dalam bentuk terakhirnya.

Ia adalah salah satu daripada model "hibrid" yang lebih ketara dan ini bukan berkaitan dengan bahan bakar.

aeromobil 2

Tidak seperti VTOL (pelepasan dan pendaratan menegak) sebenar, kereta terbang hibrid sering direka untuk berlepas dari landasan, seperti pesawat, tetapi juga mempunyai keupayaan untuk kembali ke bentuk seperti kereta yang membolehkan mereka memandu di jalan raya.

Seperti yang anda jangkakan, ia memerlukan roda dan sayap yang boleh disimpan, bersama dengan sistem bahan api yang sangat efisyen.

AeroMobil berharap dapat mencipta model elektronik. Syarikat itu telah bekerjasama dengan organisasi yang terkenal termasuk Starburst, "pemecut" aeroangkasa, untuk membantu kereta mereka dipasarkan secepat yang munkin.

2. Kitty Hawk

kitty hawk

Ketua Pegawai Eksekutif Kitty Hawk, Sebastian Thrun mendakwa bahawa menerbangkan dan mengawal prototaip terbaharu mereka adalah "semudah seperti bermain Minecraft,".

Ini juga bermakna tiada lesen juruterbang yang diperlukan untuk memandu kereta ini. Prototaip terbaru, yang dikenali sebagai "Flyer," adalah model seberat 113 kilogram yang dicipta untuk memaparkan reka bentuk ultra ringannya.

Kitty Hawk, yang dimulakan oleh Sebastian Thurn dan pengasas bersama Google, Larry Page, merancang untuk mewujudkan kedua-dua mesin terbang peribadi yang sebahagian besarnya untuk "off-road" yang menyeronokkan dan teksi udara untuk mewujudkan persekitaran yang lebih canggih.

Setakat ini ia hanya tersedia untuk penerbangan ujian di pusat latihan.

3. Volocopter 2X

volocopter 2x

Reka bentuk Volocopter agak bercita-cita tinggi dan ia kelihatan sangat cool!

Kereta terbang atau mini-kopter ini direka bentuk untuk penerbangan peribadi dan mempunyai 18 rotor, dikendalikan melalui satu joystick dan dikuasakan melalui bateri elektrik.

Mungkin anda beranggapan bahawa semuanya tidak praktikal, tetapi model ini telah dihasilkan dengan bersaiz penuh, dan telah diuji di atas pentas di pameran CES 2018, dengan tajaan daripada Intel.

Volocopter 2X boleh membawa dua penumpang dan mempunyai masa penerbangan 30 minit dan jarak 17 kilometer antara pusat caj.

Kerja-kerja Intel pada projek ini termasuk teknologi kompleks, termasuk 4 unit sensor bebas untuk mengawal kedudukan, 9 pek bateri elektrik yang berbeza dengan redundansi yang terbina di dalam dan juga payung terjun yang disimpan di atas kenderaan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Tidak hairanlah Volocopter adalah pilihan terbaru Dubai untuk armada teksi udara akan datang.

4. Opener BlackFly

opener blackfly

Merupakan hasil rekaan dan ciptaan pereka Opener dari Kanada, BlackFly adalah kenderaan VTOL yang sangat unik yang menggabungkan penerbangan peribadi yang kaya dengan ciri automatik, termasuk fungsi mendarat automatik dan pulang ke rumah automatik, sekali gus membolehkan penerbangan tanpa keperluan lesen rasmi

Walaupun reka bentukmya agak lain daripad yang lain, namun BlackFly terbang melalui kaedah yang biasa. 8 rotor seperti drone dipasangkan pada 2 sayap.

Walau bagaimanapun, penerbangan Blackfly sedikit unik di mana kereta ini digerakkan ke hadapan dan ke belakang untuk mendapatkan momentum untuk terbang.

Ia dianggarkan mampu bergerak pada jarak 64 kilometer pada kelajuan 116 kilometer sejam, walaupun peraturan mengehadkan angka-angka ini dengan ketara bagi mereka yang ingin menerbangkan kereta peribadi.

5. Airbus Pop.up

airbus popup

Airbus, pembuat pesawat penumpang terbesar di dunia, A380, telah bekerjasama dengan ItalDesign untuk pendekatan yang unik kepada teka-teki auto / aero.

Pop.Up adalah konsep autonomi menggunakan kapsul penumpang modular yang ditanggalkan dari pangkalan pengangkutan darat empat tayarnya dan berubah menjadi quadkopter.

Kelajuan maksimum adalah 100 kilometer sejam dan ia bergantung kepada bateri 15-kWh untuk penerbangan berjarak 130 kilometer.




Hakcipta iluminasi.com (2017)