Menurut pengasas agama Scientology iaitu L. Ron Hubbard, Scientology adalah sains kepada bagaimana untuk mengetahui jawapan. Bagi para pengamal agama ini pula, mereka mempercayai beberapa perkara aneh itu adalah benar.

Pada tahun 1950, Penulis L. Ron Hubbard telah menerbitkan sebuah buku berjudul Dianetics: The Modern Science of Mental Health. Buku itu menggariskan sistem psikoterapi terbarunya. Dalam masa empat tahun, buku itu telah berkembang dan mencipta agamanya sendiri iaitu The Church of Scientology.

BESARKAN TEKS     A-  A+

l ron hubbard

L. Ron Hubbard

Sejak itu, agama baru ini telah dikelilingi dengan pelbagai kontroversi kerana kaedah paksaan yang digunakan mereka termasuk mengintip, memeras ugut malah juga menculik.

Selain kaedah yang digunakan, Gereja Scientology juga telah menimbulkan beberapa kontroversi mengenai kepercayaan mereka yang pelik. Berikut adalah beberapa kepercayaan pelik agama Scientology yang seperti berada dalam kategori mereka yang tersendiri.

1. Xenu

konfederasi galaksi

Menurut L. Ron Hubbard, penciptaan asas Scientology adalah seperti berikut: Xenu (juga disebut sebagai Xemu) pernah suatu ketika dulu menjadi pemerintah kepada Konfederasi Galaksi, sebuah organisasi kuno yang merangkumi 76 buah planet. Konfederasi itu telah wujud selama 20 juta tahun namun planet-planet itu bergelut dengan populasinya yang terlampau ramai.

Kerana khuatir akan digulingkan, Xenu telah mengumpulkan berbillion-billon orangnya, membekukan mereka dan menangkap roh (thetans) mereka dan kemudian berpindah ke Bumi (mereka gelar sebagai Teegeeack) untuk dihapuskan. Xenu meletakkan semua roh itu di atas gunung berapa dan memusnahkan mereka dalam satu siri letupan. Hanya beberapa roh sahaja yang terselamat dan dihantar ke udara.

Apabila di udara, roh-roh itu kemudian ditangkap oleh Xenu dan diberikan kepada roh-roh itu maklumat yang mengelirukan termasuk konsep-konsep yang berkaitan semua agama yang wujud di dunia sekarang.

Setelah semua kejahatan yang dilakukannya, Xenu akhirnya dipenjarakan oleh Konfederasi Galaksi dan bumi dibiarkan dengan roh-roh yang diberikan maklumat mengelirukan itu.

Ahli Scientology tidak dibenarkan untuk mengetahui kisah ini sehingga mereka menaiki tahap tertentu dalam Gereja Scientology dengan menghabiskan wang yang banyak untuk melakukan hal ini. Gereja itu secara dasarnya menafikan kewujudan kisah ini kepada orang luar bahkan pengikutnya yang berpangkat rendah.

2. Thetan dan Auditing

e meter scientology

Alat E Meter yang digunakan oleh Scientology semasa sesi Auditing

Kisah roh (thetan) yang dibekukan dan Xenu memainkan peranan besar dalam kepercayaan Scientology. Setiap manusia mempunyai thetan mereka sendiri dan mereka percaya bahawa sesi "pengauditan" adalah perlu bagi membersihkan roh ini agar dapat mencapai tahap yang lebih "jelas".

Auditing adalah salah satu amalan utama Scientology di mana penganutnya dibersihkan daripada pengaruh negatif yang dipanggil engrams. Ia dilakukan bagi meningkatkan kesedaran rohani dan mencapai potensi yang belum diterokai. Gereja Scientology menyatakan prosedurnya adalah 100% berkesan selagi ia dilakukan dengan betul dan penerimanya benar-benar inginkan perubahan.

Apa yang anda perlu tahu ialah, prosedur melakukan pengauditan ini adalah sangat mahal. Ia dianggarkan menelan kos sehingga kira-kira RM 531,000. 

3. Operating Thetans

simbol ot

Setelah belajar dan menjadi jelas bagaimana untuk sepenuhnya menghargai dan mengawal keupayaan yang wujud dalam semua roh, pengamal akan dikenali sebagai Operating Thetan (OT). Menurut Scientology, OT tidak dibatasi oleh bentuk fizikal atau alam semesta fizikal. OT adalah keadaan kesedaran rohani di mana seseorang mampu mengendalikan diri dan persekitarannya.

Dari situ, banyak peringkat OT yang wujud. Semuanya menjanjikan pengetahuan dan kuasa yang mengagumkan dan sudah tentu, setiap peringkat akan memerlukan kos yang lebih untuk dicapai. Pada OT tahap tiga misalnya, pengamal akan mendengar kisah Xenu seperti yang diceritakan di atas tadi.

4. Tone Scale

skala tona scientology

Menurut fahaman rasmi Scientology, membaca dan memberi reaksi kepada orang lain adalah kunci kejayaan. Walaupun kenyataan itu bukanlah sesuatu yang luar biasa, Scientology berpendapat bahawa kebanyakan orang tidak mempunyai hubungan emosi dan emosi batin yang jelas serta benar.

Kaedah Tone Scale atau skala tona ini dicipta untuk memahami misteri berkaitan tingkah laku manusia. ia mengajar ahli Scientology bagaimana untuk memahami dan memberi tindak balas terhadap orang lain dengan emosi yang sesuai.

Skala nada bermula dari -40 hingga 40. Lebih tinggi skala tona anda, lebih baik. Sekiranya anda mencapai skor 40, ia digambarkan sebagai Serenity of Beingness. Bagi skor 1.1 pula, anda dianggap sebagai seorang yang tidak ikhlas (senyum diluar, dalam hati berlainan) dan menggambarkan seseorang yang tidak boleh dipercayai. Jika anda tidak percaya dalam Scientology, maka skala tona anda adalah 1.1.

Oleh kerana Scientology seperti kebanyakan agama lain yang dibina atas cinta dan penerimaan, mereka kononnya menggunakan ajaran homophobic, tona skala juga perlu bersesuaian dengan orientasi seksual mereka. Jika seseorang itu gay, mereka secara automatik jatuh ke dalam kategori skala tona Covert Hostility (rahsia huru-hara) dan hanya boleh bergerak ke heteroseksualiti dan ketinggian rohani melalui pengauditan.

5. Manusia berevolusi dari kerang

kerang scientology

Dalam buku L. Ron Hubbard iaitu Scientology : The History of Man, dia menerangkan tentang kejadian dalam kehidupan masa lalu. Kerana thetan adalah entiti abadi, mereka mempunyai kehidupan yang mengalami truma sepanjang masa. Akibatnya, manusia hari ini mempunyai ingatan separa sedar bahawa pada kehidupan terdahulu mereka hidup sebagai segala-galanya termasuk kerang, atom, sel dalam proses mitosis, organisma fotosintesis awal, sloth dan banyak lagi.

Kerang sebagai contoh, Hubbard berhujah bahawa engsel kerang akhirnya bertukar menjadi rahang manusia dan dengan menggunakan kerongkong anda, anda boleh merasakan efek yang nyata pada hari ini.

Hubbard melalui tulisannya kemudian membari amaran kepada pembaca bahawa sekiranya perbincangan tentang kejadian-kejadian ini dilakukan di luar skop Scientology, ia boleh mengakibatkan kecelaruan.

Sesetengah pihak percaya bahawa teori kerang yang ditulis oleh Hubbard ini diperolehinya ketika dia memberikan anakna amphetamine, menyebabkan anaknya meracau tanpa henti tentang beberapa perkara termasuk kehidupan lalu sebagai seekor kerang.

Mungkin tidak semua, tetapi ramai penganut Scientology kelihatan seperti mereka percaya bahawa mereka berasal dari apa yang dimaksudkan oleh pengasas agama itu. Sebenarnya, banyak lagi kepercayaan pelik lain yang dipercayai oleh penganut Scientology ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)