(Kredit gambar: Zaidfotografi)

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, rakyat Malaysia tidak mempunyai jumlah bayi yang cukup dan kadar kesuburan terus merudum kepada 1.8 bayi sahaja bagi setiap wanita.

Pada tahun 2018, Malaysia hanya melihat kelahiran seramai 501,495 bayi sahaja, menurun sebanyak 1.3% berbanding tahun 2017.

Rakyat Malaysia tidak mempunyai bayi yang cukup, dan kadar kesuburan terus jatuh ke 1.8 bayi setiap wanita, Jabatan Perangkaan Malaysia telah mendedahkan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tubuh badan manusia bertindak dengan cara yang sangat misteri apabila ia melibatkan proses untuk menghasilkan nyawa baru dan terdapat faktor-faktor tertentu yang boleh mempengaruhi kemungkinan seseorang wanita itu untuk hamil.

Kadang-kala, perkara-perkara yang paling remeh pun dapat mengurangkan kesuburan dan merendahkan peluang wanita untuk hamil.

iluminasi.com kongsikan 5 faktor yang boleh membuatkan wanita tidak subur.

1. Bersenam keterlaluan

terlebih bersenam boleh buatkan wanita tidak subur

Walaupun senaman boleh meningkatkan kesuburan terutamanya dalam kalangan wanita yang mempunyai masalah obesiti, namun terlalu banyak bersenam juga boleh memberikan lebih banyak mudarat daripada manfaat.

Doktor mencadangkan bahawa latihan yang intensif dan berlebihan boleh mempengaruhi tahap hormon dan mengganggu kitaran haid, menyebabkan tahap progesteron yang rendah.

Ini boleh menghalang telur yang disenyawakan dari implantasi.

Wanita yang bersenam dengan kerap dan bertujuan untuk menurunkan berat badan lebih cenderung untuk mengehadkan pengambilan kalori dan mempunyai diet tidak seimbang.

Sekiranya seorang wanita bersenam dengan terlalu keras, ini menimbulkan tekanan pada badan sekaligus mengurangkan kesuburan.

Ini tidak bermakna bahawa mereka ini harus berhenti daripada bersenam, namun mereka perlu mengurangkan dan "mendengar"apa yang dimahukan oleh badan sendiri.

2. Tahap tekanan yang berlebihan

tekanan boleh buatkan wanita kurang subur

Kaitan yang tepat antara kemandulan dan tekanan masih tidak diketahui, tetapi ramai penyelidik menyimpulkan bahawa tekanan dan kebimbangan psikologi mempengaruhi peluang seseorang wanita untuk hamil.

Sesetengah wanita mungkin lebih terjejas disebabkan oleh tekanan berbanding wanita-wanita lain.

Selain itu, ramai yang mula bimbang tentang ketidakupayaan untuk hamil yang menyebabkan kemurungan dan tekanan yang berlebihan terhadap wanita.

Apabila seseorang itu tertekan, tahap hormon kortisol dan adrenalin akan menjadi tinggi yang mana boleh mempengaruhi fungsi tubuh.

Ini memburukkan lagi keadaan kesihatan kronik dan membuatkan kemungkinan penyakit-penyakit baru, seperti obesiti dan disfungsi metabolik.

Mengamalkan kesedaran dan mempelajari lebih lanjut mengenai teknik menangani tekanan boleh membantu menghapuskan kesan tekanan pada badan.

3. Usia

usia meningkat boleh buatkan wanita kurang subur

Jumlah telur yang dihasilkan oleh seorang wanita sepanjang hidupnya akan ditentukan apabila dia dilahirkan.

Umur dan kualiti telur akan semakin teruk dari segi kualiti apabila seseorang wanita itu semakin tua.

Dalam usia 20-an, seorang wanita mempunyai peluang 25 hingga 30% hamil setiap bulan.

Kebarangkalian ini berkurang hingga 5% bagi wanita pada usia 40 tahun.

Dan sudah pastinya setiap wanita itu berbeza-beza dan adalah mustahil untuk meramalkan dengan tepat hasil daripada percubaan untuk hamil.

Namun, para doktor memberikan amaran bahawa usia adalah faktor yang penting yang mempengaruhi kesuburan.

Malah, rawatan IVF sekalipun tak semestinya dapat mengatasi komplikasi umur.

4. Berat badan tidak sihat

berat berlebihan dan kurang boleh buatkan wanita kurang subur

Menurut Persatuan Amerika untuk Perubatan Reproduktif, memiliki berat badan yang lebih dan kurang daripada normal adalah sebab utama bagi ketidaksuburan dalam 12% daripada keseluruhan kes.

Berat badan yang tidak sihat boleh menyebabkan masalah dengan tahap hormon yang seterusnya membawa kepada masalah ovulasi, kitaran haid tidak teratur dan meningkatkan risiko keguguran.

Nasib baik, penyebab ketidaksuburan ini biasanya boleh diterbalikkan.

70% wanita yang berjaya mendapatkan berat badan normal mampu hamil tanpa sebarang rawatan tambahan.

Wanita perlu memastikan bahawa indeks jisim badan mereka (BMI) berada dalam lingkungan yang sihat dan berunding dengan pakar diet untuk pelan diet.

5. Terdedah kepada bahan kimia tertentu 

bahan kimia tertentu boleh buatkan wanita kurang subur

Sebagai pengguna, kita mungkin menganggap bahawa produk kosmetik untuk badan dan bahan kimia pembersihan rumah yang digunakan selamat, tetapi ini tidak semestinya betul.

Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia tertentu, seperti phthalates dan parabens, boleh menyebabkan gangguan endokrin dan masalah lain yang berkaitan.

Kajian menunjukkan bahawa walaupun bahan kimia ini selamat ketika diuji di makmal, saintis masih tidak tahu pasti bagaimana ia boleh berinteraksi antara satu sama lain dalam tubuh.

Jika dilihatkan pada hari ini, tahap obsesi wanita menggunakan produk seperti produk kecantikan dan untuk kurus adalah sangat membimbangkan.

Walaupun kajian lanjut diperlukan, adalah lebih baik untuk kita mengelakkan perkara ini daripada berlaku, berbanding cuba untuk merawatnya.

Kita harus produk kosmetik yang lebih semulajadi dan hadkan pendedahan anda terhadap produk yang mempunyai bahan kimia. 

Rujukan:

1. Guardian

2. Better Health

3. NCBI




Hakcipta iluminasi.com (2017)