meteorit 447

Bumi yang kita diami ini dihujani dengan berjuta-juta tan batu dari angkasa setiap hari. Namun, kita bernasib baik kerana kebanyakannya terhakis sebelum menghentam Bumi atau terjatuh ke dalam lautan.

Batu-batu ini dikenali sebagai meteorit. Meteorit adalah antara item tertua yang kita boleh temui di bumi. Malah, ada yang lebih tua dari Bumi dan mungkin juga lebih tua dari sistem suria kita.

iluminasi.com kongsikan 5 meteorit paling tua yang pernah mendarat di muka Bumi dan kisah disebaliknya.

Berikut adalah beberapa meteorit tertua yang pernah mendarat di Bumi dan kisah-kisah yang mereka beritahu kami.

5. Fukang - lebih 4.5 billion tahun

tahi bintang meteorit fukang 822

Salah satu meteorit tertua, paling mahal dan yang tercantik di dunia ialah Fukang. Ia ditemui di padang pasir Gobi di Wilayah Xinjiang China pada tahun 2000.

Dari luar, adalah sukar untuk melihat sebarang kecantikan sebenar dalam meteorit ini, tetapi apabila ia dipotong terbuka, anda akan dapat melihat mozek seperti sarang lebah yang mirip kristal olivine lutsinar yang mencipta satu kesan seperti tingkap kaca berwarna.

meteorit fukang 1

Pembentukan ini dikenali sebagai meteorit pallasite dan kristal ini dianggap sebagai "peninggalan pembentukan planet" menurut Makmal Meteorit Southwest Arizona.

Meteorit ini benar-benar adalah permata dari angkasa lepas. Jisim utama meteorit Fukang mempunyai berat lebih 420 kilogram dan bernilai RM7.9 juta.

4. NWA 7325 - 4.562 billion tahun

nwa 7325

Meteorit Northwest Africa 7325 ditemui di Erfoud, Maghribi pada tahun 2012. Batu hijau yang aneh itu sangat diselubungi misteri.

Komposisinya lebih kompleks daripada kebanyakan meteorit. Batu itu, sebagai contoh, mengandungi sejumlah besar magnesium dan sedikit besi, komposisi yang konsisten dengan merkuri.

Sesetengah saintis mengesyaki bahawa NWA 7325 mungkin merupakan meteorit pertama yang berasal dari Mercury yang pernah menghentam Bumi.

Namun saintis yang lain menyatakan perkara tersebut adalah tidak mungkin kerana usia meteorit ini iaitu kira-kira 4.562 bilion tahun.

Tempoh tersebut adalah sejurus selepas sistem solar kita terbentuk. Apa-apa pun, batu angkasa lepas kuno ini kelihatan sangat menakjubkan.

3. Muonionalusta - 4.565 billion tahun

muonionalusta

Walaupun ia mendarat di planet kita kira-kira sejuta tahun lalu dan bertahan 4 zaman ais, namun serpihan pertama meteorit Muonionalusta hanya ditemui pada tahun 1906.

Ia dinamakan sempena sungai Muonio, di sempadan antara Sweden dan Finland, di atas bulatan arktik lokasi di mana ia ditemui.

Pada bulan Oktober 2017, spesimen yang mencecah 26.5 kilogram ini telah dilelong dengan harga RM74,450.

2. Allende - 4.567 billion tahun

allende

Pada tahun 1969, satu bebola api membuatkan langit di Mexico Utara menyala cerah. Ketika meteorit ini pecah, banyak serpihan menghujani kawasan sekitar kampung kecil Pueblito de Allende.

Lebih 2000 kilogram serpihan telah ditemui dan kepingan-kepingan baru masih terus ditemui penduduk kampung sehingga kini.

Meteorit Allende adalah salah satu meteoriot yang paling banyak dikaji di dunia dan telah memberikan kita pengetahuan dan pemahaman yang lebih baik mengenai pembentukan sistem suria dan planet-planet.

Batu besar dari luar angkasa ini mengandungi bahan-bahan yang dianggarkan berusia 4.567 bilion tahun, sekitar 30 juta tahun lebih tua dari Bumi!

1. Hypatia - Masih belum diketahui, dipercayai lebih tua dari sistem suria 

meteorit hypatia

Pada awal tahun 2018, para saintis mengumumkan berita menarik tentang kerikil kecil yang ditemui di Mesir barat pada tahun 1996.

Ia dinamakan bersempena dengan ahli falsafah, ahli astronomi dan ahli matematik iaitu Hypatia dari Alexandria.

Tidak seperti mana-mana meteorit lain yang ditemui, batu itu mengandungi sebatian yang tidak diketahui dan tidak pernah ditemui di mana-mana planet atau sistem suria kita.

Penyelidik mengesyaki bahawa sebahagiannya terdiri daripada zarah-zarah yang beredar melalui ruang sebelum matahari, Bumi dan planet-planet lain sistem solar kita terbentuk.

Rujukan:

1. Ancient Origin

2. Twisted

3. Daily


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)