Lapangan terbang memudahkan perhubungan manusia untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang jauh. Di Malaysia, kita mempunyai berpuluh lapangan terbang domestik yang memudahkan perjalanan dari bandar ke bandar dalam Malaysia. Kita juga mempunyai beberapa lapangan terbang antarabangsa antaranya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, iluminasi ingin berkongsi senarai 5 lapangan terbang paling sibuk di dunia. Untuk makluman para pembaca, kesibukan sesebuah lapangan terbang itu diukur berdasarkan jumlah penumpang yang menggunakan lapangan terbang tersebut dalam masa setahun. Data jumlah penumpang bagi tahun 2016 digunakan dalam artikel ini.

5. Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo

tokyo international airport

Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo menduduki tangga ke 5 dengan jumlah 79 juta penumpang dicatatkan pada tahun 2016. Lapangan terbang ini juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Haneda dan Lapangan Terbang Tokyo Haneda.

Ianya mempunyai 3 buah terminal di mana terminal-terminal ini dihubungkan melalui perkhidmatan bas ekspres. Lapangan terbang ini menjadi hab utama beberapa syarikat penerbangan yang berasal dari Jepun antaranya Japan Airlines, All Nippon Airways, Skymark Airlines, Air Do, Solaseed Air dan StarFlyer.

4. Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles

los angeles international airport

Pada tahun 2016, lapangan terbang ini mencatatkan 80 juta penumpang, peningkatan sebanyak 8% daripada tahun sebelumnya. Ianya menjadi laluan utama dari dan ke Eropah, Asia, Amerika Latin dan Oceania.

Lapangan terbang ini juga menjadi hab utama bagi beberapa syarikat penerbangan antaranya Alaska Airlines, American Airlines, Delta Air Lines dan United Airlines. Terdapat 9 buah terminal dimana terminal-terminal ini dihubungkan melalui perkhidmatan bas ekspres.

3. Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai

dubai international airport

Lapangan terbang ini menduduki tanga ke 3 dalam senarai lapangan terbang paling sibuk di dunia. Ianya terletak di Garhoud, Dubai dan menctatkan 84 juta penumpang pada tahun 2016. Dari segi jumlah kargo pula, tahun 2015 menyaksikan lapangan terbang ini menduduki tangga ke 6 bagi lapangan terbang paling sibuk untuk penerbangan kargo.

Lapangan terbang ini mempunyai 3 buah terminal, dengan keluasan keseluruhannya adalah seluasa 2,900 hektar. Ianya merupakan hab utama bagi syarikat penerbangan Emirates. Dari segi ekonomi pula, lapangan terbang ini merupakan penyumbang besar dengan menawarkan 90,000 peluang pekerjaan, yakni kira-kira 21% peluang pekerjaan di Dubai.

2. Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing

beijing capital international airport

Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing terletak di ibu negara China iaitu Beijing. Sepanjang tahun 2016 sahaja, ianya mencatatkan jumlah penumpang seramai 94 juta orang.

Lapangan terbang ini dibuka pada tahun 1958 dan merupakan hab utama bagi syarikat penerbangan China Airlines. Ianya mempunyai 3 buah terminal dan luas keseluruhan lapangan terbang ini adalah 1480 hektar.

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield–Jackson Atlanta

hartsfield jackson atlanta international airport

Pada tahun 2016 sahaja, kira-kira 104 juta penumpang menggunakan kapal terbang ini. Ianya mempunyai keluasa seluasa 4700 hektar dan terletak di Atlanta, Georgia. Secara keseluruhanya, ia mempunyai 207 pintu bagi penerbang domestik dan antarabangsa.

Lapangan terbang ini mengungguli tangga teratas lapangan terbang paling sibuk di dunia sejak tahun 1998. Penerbangan domestik antara bandar-bandar di Amerika Syarikat merupakan penyumbang besar kepada jumlah penumpang yang ramai ini. Lapangan terbang ini menjadi hab utama bagi syarikat penerbangan Delta Airlines.

Bagaimana pula dengan KLIA?

Bagi tahun 2016, KLIA mencatatkan jumlah penumpang sebanyak 52 juta orang, penurunan 1% berbanding tahun sebelumnya.

Kredit:

  1. Telegraph
  2. WikiPedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)