blogging tips

Kini, sesiapa sahaja boleh memiliki blog peribadi secara percuma. Terdapat banyak platform yang membolehkan anda mendaftar blog secara percuma antaranya Blogspot, WordPress, Tumblr dan Wix. Walaubagaimanapun, sebagai pemilik blog, ada beberapa perkara asas yang perlu dielakkan oleh pemilik blog, terutamanya bagi mereka yang masih baru dalam dunia blogging.

#1 Terlalu Banyak Popup

Ya, terdapat banyak cara untuk membuat duit melalui blogging. Antara cara yang paling mudah adalah meletakkan banner iklan di beberapa sudut di blog anda. Bagi memastikan banner tersebut lebih mudah dilihat, ada pemilik blog yang bertindak aggresif dengan menggunakan popup untuk memaparkan banner iklan di blog mereka.

Sekiranya hanya 1 popup, ianya masih lagi boleh dimaafkan. Bayangkan sekiranya terlalu banyak popup, sudah tentu pengunjung blog anda merasa bosan untuk ke blog anda lagi.

#2 Tulisan Yang Sukar Dibaca

Tujuan utama anda membuat blog adalah bagi memudahkan pembaca membaca tulisan anda. Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah blog yang sudah dibaca. Antara sebabnya adalah kerana saiz tulisan yang terlalu kecil ataupun font tulisan yang terlalu fancy. Selain itu, pastikan juga warna tulisan anda kontra dengan warna background.

#3 Ciplak Tulisan Orang Lain

Terdapat sesetengah blogger yang terlalu terdesak ingin membuat duit melalui blog sehingga sanggup menciplak hasil kerja orang lain. Ini merupakan satu jenayah penulisan yang patut dielakkan.

Di Universiti, seseorang yang meniru hasil kerja orang lain (plagiarism) boleh dikenakan hukuman berat seperti digantung atau dibuang universiti. Sekiranya anda ingin mengambil idea orang lain, sila oleh mengikut gaya penulisan anda dan berikan kredit kepada penulis asal.

#4 Tidak Meletakkan Butang Sosial Sharing

Adalah sangat rugi sekiranya anda tidak meletakkan butang share Facebook dan Twitter di blog anda. Hal ini dapat memudahkan para pembaca berkongsi tulisan anda dengan lebih mudah kepada rakan-rakan mereka. Sekarang ini zaman media sosial, sangat rugi sekiranya anda tidak menggunakan kuasa media sosial dengan sebaiknya. Lagipun ianya 100% percuma bukan?

#5 Tidak Meletakkan Gambar Dalam Tulisan

Gambar merupakan elemen penting dalam sesebuah penulisan. Jika penulisan anda hanya mengandungi tulisa semata-mata, ianya mungkin boleh menyebabkan pembaca bosan.Meletakkan gambar yang berkaitan dapat membantu pembaca lebih fokus dan tertarik untuk meneruskan pembacaan sehingga ke perenggan yang terakhir.

Sekiranya anda mengambil gambar daripada mana-mana website, pastikan gambar tersebut diberikan kredit kepada pemilik asal gambar. Jika tidak, anda dikira mencuri harta orang lain.


tags : , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)