Dengan kemajuan teknologi teknologi, banyak kelebihan yang dapat dinikmati oleh generasi sekarang berbanding generasi dahulu. Segala maklumat boleh didapati melalui capaian internet.

Dalam dunia bisnes dan perniagaan pula, kemajuan teknologi membolehkan lebih ramai peniaga menjual barangan mereka dengan lebih mudah dan berkos rendah. Mari ketahui beberapa kelebihan berniaga secara dalam talian.

BESARKAN TEKS     A-  A+

jualan dalam talian

1. Segmen Pelanggan Lebih Luas

Dengan capaian internet, anda boleh mendapat segmen pelanggan yang dijual. Sebagai contoh, sekiranya ada adalah seorang penjual bantal kekabu, pelanggan anda tidak terhad kepada penduduk setempat sahaja seperti anda membuka kedai fizikal. 

Dengan membuat pengiklanan di internet, pelanggan anda tidak hanya terhad kepada rakyat seluruh Malaysia sahaja malah mungkin juga pelanggan daripada antarabangsa.

2. Kurang Modal Awal

Berbanding membuka kedai fizikal yang memerlukan anda membayar ratusan atau ribuan ringgit untuk menyewa kedai, modal awal yang diperlukan untuk berniaga secara dalam talian jauh lebih murah.

Keperluan asas yang diperlukan adalah capaian internet. Sekiranya anda ingin memasarkan produk, untuk peringkat awal boleh gunakan medium percuma seperti pemasaran melalui blog dan laman sosial. 

3. Kurang Risiko

Antara kerisauan peniaga yang membuka kedai fizikal adalah ketidakmampuan untuk mendapatkan keuntungan yang mencukupi untuk membayar sewa. Dengan meniaga secara dalam talian, anda tidak perlu menyewa kedai lagi.

Untuk membuat pemasaran secara dalam talian, anda boleh membuat pemasaran dengan menggunakan cara berbayar seperti pengiklanan melalui Facebook Ads, Google Adwords atau beberapa medium lain. Medium pengiklanan ini juga fleksibel di mana ianya bergantung kepada modal dan kemampuan anda sahaja.

4. Masa Yang Fleksibel

Sekiranya anda membuka kedai, selalunya anda terpaksa membuka kedai pada waktu pagi dan tutup pada lewat petang atau malam. Sekiranya andalah yang menjaga kedai tersebut, maka masa anda terikat dengan dengan waktu perniagaan anda.

Berniaga secara dalam taian memberi anda masa yang fleksibel. Sebab itulah ianya menjadi pilihan bagi suri rumah yang ingin menjana pendapatan dengan menjual secara dalam talian. Sambil menjaga anak, sambil buat duit.

5. Bebas Berada Di Mana-Mana

Dengan menjual secara dalam talian, anda tidak perlu berada di sesuatu tempat dalam masa yang lama. Cukup dengan gajet yang bagus dan capaian internet, anda boleh menguruskan perniagaan anda di mana-mana anda berada!




Hakcipta iluminasi.com (2017)