Daripada sinar matahari hinggalah ke tiub kulit, rawatan perubatan vintaj yang menakutkan ini sebenarnya teknik yang memberikan inspirasi dan masih digunakan hari ini.

Sejarah perubatan dipenuhi dengan kaedah rawatan luar biasa yang mana kelihatan seperti satu cara penyeksaan.

Walau bagaimanapun, banyak penyelesaian aneh pada masa lalu sebenarnya membuka jalan untuk rawatan perubatan moden yang digunakan hari ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 5 kaedah perubatan yang paling menakutkan dalam sejarah.

1. Terapi sinar matahari

terapi cahaya 2

Kuasa penyembuhan matahari telah diiktiraf dan dihargai sejak zaman Empayar Inka, adalah saluran air kejuruteraan dan orang-orang Yunani kuno musykil dengan kewujudannya.

Tetapi pabila doktor Faroese-Denmark, iaitu Niels Finsen menemukan bahawa radiasi cahaya boleh membantu merawat penyakit lupus vulgaris pada tahun 1890-an, barulah kaedah terapi cahaya moden ini dilahirkan.

Teknologi ini mendapat sambutan dan untuk sebahagian besar daripada separuh pertama abad ke-20, terapi cahaya digunakan untuk segala-galanya dari penyakit ulser varikos hinggalah kepada jangkitan dada dan anemia.

terapi cahaya

Kanak-kanak yang sakit adalah pesakit yang paling popular untuk kaedah rawatan kontroversial ini, yang mana memaparkan gambar-gambar kanak-kanak separa bogel yang mengelilingi bola-bola yang menyeramkan seperti dirasuk syaitan.

Terapi cahaya kemudiannya menjadi usang apabila antiobiotik menjadi popular pada tahun 1960-an, namun ia masih digunakan sehingga ke hari ini untuk merawati penyakit demam kuning pada bayi yang baru lahir dan beberapa penyakit kulit seperti ekzema dan psoriasis. 

2. Radiografi

kaedah x ray terawal di dunia 619

Walaupun peralatan sinar-X awal, dengan semua perbatasan mekanikal dan alat penghias seperti mimpi buruk, mungkin kelihatan seperti imaginasi yang menyakitkan oleh ahli sains gila, namun perkembangan radiografi kekal sebagai salah satu kemajuan yang paling penting dalam perubatan diagnostik.

Seperti banyak usaha saintifik, teknologi pengimbasan perubatan disokong akibat letusan peperangan.

Kurang dari setahun selepas Wilhelm Röntgen mula-mula mengesan dan menghasilkan sinar-X pada tahun 1895, teknik baru itu mendapati tempatnya di sebuah hospital tentera.

Makmal radiografi mula berkembang dan tak lama kemudian, teknologi "keajaiban" ini digunakan secara meluas.

ahli radiografi ketika perang dunia pertama

Radiografi satu ketika dahulu melibatkan jentera dan pengendali asas yang dibungkus dalam apron plumbum padat yang memberikan penampilan yang menakutkan.

Dan semakin teknologi ini berkembang, terutamanya semasa Perang Dunia I, di mana radiografi menyelamatkan nyawa yang tak terhitung jumlahnya dengan membantu para doktor ketika itu, pemahaman kita tentangnya dan bahayanya juga berkembang. 

Hari ini, peralatan ini dicipta dengan reka bentuk yang kurang menakutkan.

3. Proses meluruskan tulang belakang

kaedah meluruskan tulang belakang zaman dahulu

Kebanyakan rawatan awal untuk kecacatan tulang belakang melibatkan rak dan pendakap yang mungkin tidak kelihatan pada hari, yang mana seperti ini ruang penyeksaan atau penjara bawah tanah yang suram.

Bayangkan pesakit terikat dan digantung tangan, pinggul, dan kepala ke rangka kayu yang direka untuk menarik dan memutar badan mereka.

Walaupun kelihatan agak teruk, mekanisma pelurus tulang belakang ini mungkin memberikan kebaikan kepada mereka yang mengalami masalah seperti scoliosis.

Sekurang-kurangnya, ia membantu mengembangkan pemahaman kita tentang kaedah yang paling berkesan untuk merawat masalah tulang belakang kompleks.

kaedah meluruskan tulang belakang zaman dahulu 2

Hippocrates, ahli fizik Yunani, menghuraikan tentang scoliosis pada 400 SM, dan sejak itu semua cara menangani tulang belakang telah dicipta yang mana kebanyakannya menemui kegagalan.

Pada tahun 1895, Lewis Sayre, yang dianggap sebagai salah seorang bapa pencipta pembedahan ortopedik, mencadangkan rawatan scoliosis dengan cara penggantungan.

Menurut Lewis , pesakit perlu digantung pada tangan mereka sehingga mereka tergantung di atas udara, di mana titik kecacatan scoliosis mereka boleh diluruskan dan plaster dipasangkan untuk membetulkannya.

Malah, Lewis sendiri pernah menggantungkan dirinya sendiri sebagai salah satu proses perubatan ini.

Teknik ini dipersoalkan, tetapi ia berfungsi untuk membantu membangunkan kaedah moden pada hari ini.

4. "Iron Lung"

mesin kotak logam

Pada tahun 1952, ketika wabak polio Amerika Syarikat berada di tahap paling parah, lebih daripada 21,000 orang menghidap penyakit paralisis dan sekurang-kurangnya 3,000 meninggal dunia.

Mangsa virus mengalami gejala seperti selesema pada peringkat awal jangkitan, sebelum penyakit itu menjejaskan saraf penting dalam sistem pernafasan.

Bagi sesetengah orang, satu-satunya pilihan adalah ditempatkan di dalam "paru-paru besi", alat pernafasan buatan yang kelihatan seperti alat penyeksaan berbanding kaedah rawatan.

Bagi sesetengah pesakit, kehidupan di dalam mesin ini mengambil tempoh yang pendek, dan mengurungkan diri beberapa minggu di dalam kotak logam ini sudah cukup untuk memulihkan mereka sepenuhnya.

Bagaimanapun, mangsa-mangsa yang kurang bernasib baik terpaksa menghabiskan sisa hidup terkurung dalam mesin ini. 

pesakit dirawat dalam kotak besi

Walaupun menyeksakan, namun bagi kebanyakan pesakit, kotak logam ini dilihatkan sebagai rahmat dan tanpanya, virus polio mungkin akan meragut lebih banyak nyawa.

Program vaksinasi polio dan ventilator moden telah menyebabkan kotak besi ini tidak lagi berguna pada hari ini. 

Pada tahun 2014, dipercayai bahawa terdapat hanya 10 orang di Amerika Syarikat yang masih hidup dalam kotak besi ini.

5. Pembedahan plastik awal

walter yeo

Di awal kemunculan pembedahan plastik pada awal abad ke-20, ketika para doktor perang seperti Sir Harold Gillies berusaha untuk menutupi kekejaman pertempuran yang mengerikan, percubaan dan inovasi perubatan merupakan sesuatu yang sangat diperlukan.

Tetapi percubaan itu kadang-kala berubah menjadi sesuatu yang mengerikan.

Sebagai contoh, kisah Walter Yeo, seorang pelayar Inggeris yang kehilangan kelopak matanya ketika Perang Dunia 1. 

Kecacatan yang dialami Walter memaksa penyelesaian baru dihasilkan, iaitu cantuman kulit gaya 1916. Harold  Gillies yang melakukan prosedur itu menggunakan teknik penciptaannya sendiri yang dikenali sebagai "pedicle tubed."

pembedahan plastik awal

Ia melibatkan pelucutan kulit dari dada Walter pada tiga sisi, mengupasnya kembali dan menampalkannya ke bahagian wajah yang cacat.

Kulit tersebut masih lekat pada dada Yeo tetapi dijahit ke dalam "tabung" kulit yang menyambungkan wajah dan dadanya untuk memastikan aliran darah dan mencegah jangkitan pada cantuman. Ia juga berguna untuk menakutkan kanak-kanak. 

Hasil prosedur itu agak teruk jika mengikut standard pembedahan plastik moden, tetapi Walter dapat meneruskan kehidupan normal dan bahkan kembali bertugas secara aktif.

Sejak itu, perkembangan antibiotik moden untuk menangani jangkitan bermakna bahawa pakar bedah tidak lagi perlu menjahit pesakit seperti Frankensteinian, tetapi percubaan awal ini adalah penting dalam pemahaman kita mengenai pembedahan plastik moden.




Hakcipta iluminasi.com (2017)