Amat menakjubkan apabila memikirkan bahawa hidupan hidup di mana-mana sahaja sama ada di darat, udara dan air. Semuanya berbeza dari segi saiz, kelajuan dan mempunyai ciri-ciri aneh antara satu sama lain.

Bagi haiwan laut, kebanyakannya masih belum habis diterokai kerana saiz lautan yang terlalu besar. Namun, manusia dapat mengetahui haiwan laut yang manakah yang paling pantas di antara mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 5 haiwan air paling laju di dunia.

5. Ikan terbang - 69 km/j

ikan terbang 858

Ikan terbang tergolong dalam keluarga jenis Exocoetidaes. Ia hidup di setiap lautan terutama di kawasan tropika dan subtropika yang hangat.

Spesis ini hidup di laut dengan zon cahaya matahari, yang berada dalam kedalaman kira-kira 200m, dengan cahaya yang lebih jelas.

Pengeluaran utama berlaku di zon ini dan oleh itu sejumlah tumbuhan dan organisma hidup dalam lingkungan ini.

Organisma kecil seperti ikan terbang adalah sasaran yang besar. Ia mampu berenang pada kelajuan 69 kilometer sejam menjadikannya haiwan laut ke-5 terpantas di dunia dan boleh meluncur di atas air selama 30 saat.

Dengan kelajuan ini, ia boleh bergerak 200 meter jauh dari pemangsanya. Selain itu, ikan ini adalah spesies terancam. 

4. Tuna Yellowfin - 74 km/j

ikan tuna yellowfin

Ikan Tuna Yellowfin tergolong dalam keluarga Bonito dan spesies tuna yang lebih besar tinggal di hemisfer utara dan selatan. Ia hidup di permukaan air dan boleh mencecah berat kira-kira 181 kilogram dalam tempoh 8 tahun.

Sebagai haiwan air ke-4 terpantas di dunia, ikan ini mempunyai kelajuan maksimum 74 kilometer sejam. Reka bentuk biologi ikan tuna ini membolehkan ia mencapai kelajuan ini.

Sirip dada dan alur khas membantu spesis ini bergerak sepanjang arus dan ciri-ciri ini menjadikannya mampu berenang lebih pantas. 

Ikan Tuna Yellowfin makan semua haiwan yang ada di persekitaran mereka dan ini menjadi sebab mengapa ia mudah menambah berat dengan cepat.

Antara makanan biasa bagi ikan ini termasuklah ikan lain, sotong dan dan organisma lain di permukaan laut. Ciri-ciri tuna yang lebih berat ini menjadikan ia sebagai sasaran nelayan dan syarikat.

3. Jerung Mako - 74 km/j

jerung mako

Ikan jerung Mako yang juga dikenali dengan nama berbeza seperti blue pointer, jerung bonito shark atau jerung shortfin mako, adalah jenis jerung makarel yang besar. Spesis ini adalah yang paling pantas dalam kalangan semua jenis jerung.

Kadar tumbesaran haiwan ini jauh lebih tinggi dan jerung dewasa biasanya mempunyai panjang purata 3.2 meter dan berat sehingga 135 kg. Saiz ikan ini yang dilaporkan paling panjang adalah kira-kira 4.45 meter. 

Jerung Mako hidup di laut tropika di seluruh dunia. Ia menjadikan ikan tuna, ikan todak, bonito, penyu, jerung lain dan burung laut sebagai makanan.

Pelbagai jenis jerung ini mampu mencapai kelajuan terpantas pada 74 kilometer sejam, menjadikannya haiwan laut ke-3 terpantas di dunia. 

Fail serangan jerung antarabangsa telah mencatatkan beberapa kejadian di mana jerung ini menyerang manusia dan bot, kadang-kala menyebabkan kematian.

Jerung Mako tidak pernah dilaporkan menjadikan manusia sebagai mangsa, namun kelajuan, kekuatan dan saiz spesis ini mampu menyerang dan membunuh manusia. 

2. Ikan todak - 97 km/j

ikan todak

Ikan todak adalah ikan sukan terkenal dari jenis ikan "billfish", berasal dari keluarga Xiphiidae.

Ia juga dipanggil dengan nama "broadbill". Satu ciri penting spesies ini adalah muncungnya yang panjang dan besar. Ikan todak biasanya mempunyai struktur tubuh yang panjang dan bulat, serta akan hilang gigi dan sisik pada tubuh ketika dewasa.

Ikan todak biasanya ditemui di Atlantik, Lautan Hindi, dan kawasan Pasifik pada kedalaman 550 meter dari permukaan air.

Saiz terbesar yang dilaporkan adalah sepanjang 4.55 meter dengan berat mencecah 650 kilogram. Selain daripada pancingan sukan, ia diburu sebagai makanan mahal di kebanyakan negara barat.  

Kelajuan ikan todak mencapai 97 kilometer sejam menjadikan ia sebagai ikan dan haiwan air kedua terpantas di dunia.

Dalam iklim sejuk, ia cenderung untuk bergerak ke arah kawasan iklim yang lebih panas.

Ikan todak boleh menyelam ke arah mangsa hingga kira-kira 2,000 kaki ke dasar lautan. Muncungnya seperti pedang membantu untuk mencapai kelajuan dan juga untuk menikam mangsa.

1. Marlin - 110 km/j

ikan marlin

Ikan Marlin tergolong dalam keluarga Istiophoridae dengan badan yang panjang, muncung tajam dan sirip panjang memanjang dari kerak badannya.

Nama ini berasal dari persamaan ikan ini dengan alatan pelaut yang dikenali sebagai "marlinespike". Haiwan ini adalah makhluk paling pantas di dalam air, dengan kelajuan 110 kilometer sejam. 

Ikan Marlin adalah jenis pancingan sukan terkenal di kawasan tropika. Ia mampu membesar sehingga panjang 4.26 meter dengan berat sekitar panjang 7 meter dan mampu mencecah berat 900 kilogram.

Marlin biru Atlantik, Makaira Nigerian, marlin hitam dan Istiompax indica adalah beberapa spesies yang lebih besar dari kategori yang sama.

Ikan ini menggunakan muncung yang tajam dan kuat untuk membunuh mangsa. Ikan Tumbuk banir atau sailfish, spesies Marlin, dilaporkan memiliki kelajuan purata terpantas, 110 kilometer sejam, menjadikan ia paling laju di dunia. 

Ikan marlin lebih gemar berada berdekatan dengan permukaan air dan kadang-kala berenang jauh daripada mangsa. Ikan ini melakukan penghijrahan tertentu dari kawasan tropika sejuk ke tempat yang lebih panas. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)