Kredit foto: Instagram.com/sariyanti

Siapa tidak mengenali pelakon comel Sari Yanti? Beliau pernah menerima pencalonan menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 bagi kategori Artis Baru Wanita Popular. Sari Yanti mula menempa nama setelah membuat penampilan di sebuah iklan Hotlink.

Beliau bergelar pelakon menerusi drama Kisah Kaisara yang ditayangkan di TV3, sekaligus menjadi titik tolak tawaran yang tidak putus-putus dalam bidang lakonan. Drama itu mengisahkan kehidupan pelajar sekolah bertudung yang menjadi kegilaan ramai penonton kerana jalan ceritanya yang ringkas dan penuh warna.

 

Mungkin ramai yang tidak tahu Sari Yanti pernah mendirikan rumahtangga dengan Mohd Edy Casmadi Che Hussin. Mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2014.

Akan tetapi, hasil perkahwinan itu selama 5 tahun, mereka mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy (8 tahun) dan Basit Al-Haq (4 tahun).

Pada 25 Februari 2017, Sari telah berkahwin dengan pelawak popular, Jep Sepahtu. Beliau juga kini sedang sarat mengandung anak sulung mereka.

Jom lihat beberapa foto terbaru Sari Yanti sejak tahun lepas. Memang berseri habis.

Sumber berita: azhan.co

Kredit foto: Instagram.com/sariyanti




Hakcipta iluminasi.com (2017)