jep kahwin

Pada pagi 25 Februari 2017, pasangan pelawak popular, Jep Sepahtu dan pelakon jelita, Sari Yanti melangsungkan pernikahan secara mengejut sekaligus meleraikan spekulasi kisah percintaan antara mereka berdua yang hangat diperkatakan. Mereka selamat dinikahkan oleh bapa Sari Yanti, Dato' Mohamad Nazari dengan cuma sekali lafaz pada tepat jam 11.50 pagi. 

Majlis tertutup yang dilangsungkan di Dewan Mercu Mustapha Kamal itu dihadiri oleh ahli keluarga, rakan artis serta kawan terdekat, manakala pihak media tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Antara rakan artis yang hadir seperti Shuib, Rahim, Wan Sharmila, Angah, Azhael, Nazim Othman, Syazwan Zulkifly dan Abby Fana.

Untuk pengetahuan semua, ini merupakan perkahwinan kedua Sari Yanti selepas perkahwinannya dengan bekas suami, Mohd Eddy Casmadi yang dikurniakan dua orang anak,  Barr Al Aly dan Basit Al Haq. Bagaimanapun, mereka disahkan bercerai pada 11 Disember 2014.

Tahniah diucapkan kepada pasangan sama cantik sama padan ini. Semoga dikurniakan anak-anak yang comel ya!

jep sepahtu sari yanti

membaca doa

jep sarung cincin di jari sari yanti

jep sepahtu hensem

sari yanti anggun di hari persandingan

perkahwinan jep sepah dan sari yanti

persandingan jep sepahtu dan sari yanti

gambar jep sepahtu ketika akad nikah

sari yanti di hari perkahwinannya

Kredit foto: Instagram @wr.co

Sumber berita: mStar Online, Hlive & myartis.com


tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)